13 tahun tanggung biawak hidup, isteri luah rasa kecewa suami pilih perempuan baru kenal 3 bulan. Ramai “suami” mengambil kesempatan atas kebaikan budi isteri yang membantu dalam urusan kewangan rumahtangga.

Bila semakin sedap “dibela”, suami umpama biawak hidup dan bersenang lenang mempergunakan kebaikan isteri. Lebih kejam, boleh berpoya-poya dengan perempuan lain dan tak hargai pengorbanan isteri langsung.

13 Tahun Tanggung Biawak Hidup

Satu perkongsian di fb oleh seorang isteri atas nama Fika-fika memperlihatkan semakin ramai suami yang tidak tahu apa erti tanggungjawab sebagai suami sebaliknya akan keluar berpoya-poya.

Ini perkongsiannya.

Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok bergambar bersama dengan perempuan nie!! Suami ku??

Aku 24 jam cari kau tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau, rupanya kau lari dengan perempuan lain. Ya Allah pergi KL. Kau bawak duit semua. Satu  sen pun kau tak tinggalkan isterimu.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Songlap Duit, Kemudian Menikah Lain.’ Isteri Ini Menyesal 8 Tahun Tanggung Biawak Hidup

Isteri Bekerja Sampai Ambil Peranan Ketua Keluarga, Suami Jangan Nak ‘Menunggang’ Pasangan

Bila Isteri Lebih Berjaya, Jangan Semua Tanggungjawab Keluarga Ditanggungnya, Suami Kena Sedar Diri!

Sampai kau jual kereta isterimu. Duit keringat isterimu selama ini semata-mata belikan kau kereta. Kau buat aku begini. Ya Allah, apa lagi kurangnya aku dengan kau. Aib mu aku sorok selama kita kahwin 13 tahun.

IKLAN

Aku berkerja keras cari duit selama ini dan tolong kau cari duit selama ini berniaga dari pagi sampai ke malam, kau tak bekerja. Ini kau buat dengan aku Ya Allah. Selama ini kenangan pahit dan manis kita lalui bersama. Aku tahan bersama kau.

Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Pilih Perempuan Baru Kenal 3 Bulan

Begini kau buat dengan aku. 4 kali kau curang  sama aku, aku masih terima kau sebagai suami ku lagi. Aku tetap bertahan sebagai isterimu selama ini.

Apa lagi kurangnya aku sama kau wahaiii suamiku. Sakit kau letak semua nie dengan aku. Kalau ia pun kau tak mahu dengan aku ke apa ke, kau jumpa aku bagus-bagus. Bincang sama-sama. Lepaskan aku  secara elok dan bukan gantung tak bertali begini.

Sakit aku rasakan ya Allah apa kau buat aku selama nie aku tahan ja. Kau tipu aku bulat-bulat selama ini ya Allah. Kau lari bawak semua duit, kau berhutang sama orang tanpa pengetahuanku. Keliling pinggang tidak bagitahu aku. Kau jual nama kau cakap aku yang pinjam duit.

IKLAN

Rupanya kau berpoya-poya dengan perempuan lain. Ini kau buat dengan aku. Sakit sangat aku rasakan ya Allah. Kalau kau mahu lepas aku,  kau jumpa aku depan-depan. Kita bincang. Aku pun mahu bebas mcm kau mahu bersama perempuan mana mana kau suka. Suka hati MU la. Janji kau lepaskan aku. Ceraikan aku!! Suamiku,  itu ja aku minta. Kau kenal perempuan nie baru 3 bulan. Kau boleh pilih dia daripada isterimu 13 tahun nie.  Ya Allah.

Bukan buka aib suami tapi kesakitan yang ditanggung..

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Rahsia Awet Muda Anne Ngasri
Datin Anne Ngasri ni wajahnya maintain je awet muda! Antara tip jaga makan tau! Walau kecil molek Anne dah ada anak usia remaja ya!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI