pak-jusuf-hamka

Berimpian menjadi kaya itu tentu ada dalam diri setiap orang. Berangan-angan keras mahu capai apa dihajatkan. Berbeza dengan Pak Jusuf Hamka iaitu antara orang terkaya di Indonesia ini.

Beliau merupakan seorang Tionghoa yang menjadi mualaf yang kemudiannya terkenal dengan sifat dermawannya. Malah, merupakan anak angkat kepada sasterawan Indonesia, Prof. Buya Hamka.

Mengenal susur galur lelaki terkaya Indonesia ini meninggalkan kesan mendalam. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Raisul Fadla Safiruddin ini, betapa orang kaya itu mampu memberi kesan kepada orang lain di atas tindakannya.

Pak Jusuf Hamka Orang Kaya Rendah Hati

Kejap tadi Dr. Azizul Azli Ahmad ada share video perbezaan tentang 2 orang kaya.

Seorang tu Indra Kenz, agak famous kat Malaysia sebab influencer dan kerap kali viral kat media sosial. Tapi sekarang lebih terkenal sebab baru kena tahan untuk kes penipuan.

Seorang lagi tu Pak Jusuf Hamka, kat Malaysia tak ramai kenal. Beliau memang low profile, humble dan down to earth walaupun merupakan salah seorang yang terkaya di Indonesia.

Beliau asalnya tak nak pun jadi famous macam influencer lain. Tapi tiba-tiba jadi viral sebab ada yang share masa bagi nasi kuning free tiap hari Jumaat.

IKLAN

Masa pandemik dulu, macam-macam beliau buat guna syarikat, kekuatan dan kemudahan yang beliau punya untuk tolong orang, tak kira bangsa dan agama.

Dan sekarang beliau sedang dalam misi projek bina 1,000 masjid kat Indonesia.

Baca sini : Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Orang Kaya Dengan Orang Banyak Duit

Pak Jusuf Hamka Asalnya Bercita-cita Jaga ‘Parking’, Kini Orang Kaya Baik Hati

IKLAN

Bercita-cita Menjadi Tukang Jaga Parking

Pak Jusuf Hamka masa sekolah dulu cuma bercita-cita jadi tukang jaga parking. Kenapa? Sebab pendapatan purata tukang parking masa tu Rp10k sehari.

Zaman itu harga satu mangkuk bakso Rp300. Kalau sehari makan 3 kali, maknanya duit Rp10k itu ada baki lagi buat beli 30 mangkuk bakso.

Simple je cara beliau berfikir, tapi ada wawasan yang jauh. Sehari kerja untuk cukup makan hari itu dan boleh menyimpan untuk makan 10 hari ke depan.

Kita yang dah kerja berbulan-bulan dan bertahun-tahun, nak menyimpan at least 10% daripada pendapatan pun kadang-kadang culas.

IKLAN

Beliau pernah ditanya, kalau dah dapat Rp10k sehari, nak buat apa? Beliau cakap, nak RM100k sehari. Lepas tu Rp1 juta sehari, Rp100 juta sehari dan seterusnya.

Pendapatan Ratusan Ribu Ringgit Sehari

Dipendekkan cerita, beberapa tahun yang lalu pendapatan syarikat beliau Rp1 billion (kira-kira RM298,751) sehari. Sekarang ni ada yang cakap dah cecah Rp4 billion sehari. Ya, main hari, bukan bulan atau tahun.

Bermula dengan cita-cita kecil nak jadi tukang parking yang ramai orang mungkin tak pandang pun, tapi beliau sendiri faham apa yang beliau nak serta fokus untuk mewujudkannya.

Kemudian impian itu dari semasa ke semasa membesar sehingga jadi macam sekarang.
Ok lah, itu je nak share. Terima kasih sudi baca sampai habis.
RFS

Mingguan Wanita : Jika anda ditakdirkan menjadi kaya, pilihlah jalan terbaik untuk memberi manfaat sebanyak-banyaknya kepada orang lain.

Sumber/Foto : Raisul Fadhla Safiruddin

https://www.youtube.com/watch?v=4YyANNy2Qsc&t=4s

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI