Namun jika masing-masing bertolak ansur dan bijak mainkan peranan serta mampu berlebih kurang, insyallah semuanya akan menjadi mudah dan semua hati terjaga.

Bila mak mertua korbankan segala prinsip, menantu korbankan privasi barulah mudah hidup sebumbung. Ternyata bukan mudah menantu perempuan dan mak mertua tinggal sebumbung. Banyak hati perlu dijaga.

Namun jika masing-masing bertolak ansur dan bijak mainkan peranan serta mampu berlebih kurang, insyallah semuanya akan menjadi mudah dan semua hati terjaga.

Artikel Berkaitan: Bila Mertua Tak Nasihat Anak Sendiri, Sering Salahkan Menantu! Porak-Perandalah Rumah Tangga

Bila Mak Mertua

Kongsi Puan Siti Suryani Yaakop, dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti sudah tua hendak duduk dengan saya.

Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Sudah tentu di rumah itu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.

Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecil. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.

Korbankan Segala Prinsip

Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Kemudian, pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.

“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.

Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.

IKLAN

“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV (televisyen) boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.

Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.

“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.

Baca Juga Di Sini: Mertua Jangan Salahkan Menantu Sahaja, Selidik Dulu Perangai Anak Sendiri Selepas Berumah Tangga

Menantu Korbankan Privasi

Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.

Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya tak nak masak, dia order. Kalau mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.

Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.

IKLAN

Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.

Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.

Barulah Mudah Hidup Sebumbung

Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.

Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.

Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.

IKLAN

Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.

Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.

Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

Mingguan Wanita : Begitulah hidup berkeluarga, yang muda hormati yang tua. Yang tua raikan yang muda barulah bahagia hubungan ibu mertua dan menantu.

Sumber : Siti Suryani Yaakop

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita