Ramadan ini hidupkanlah hari-hari dengan bacaan Al-Quran. Sebagaimana tahun sebelumnya, Mengaji Marathon 12 jam tanpa henti anjuran MCPLUS diteruskan lagi tahun ini.
Kali ini lebih istimewa lagi, kerana tetamu jemputannya adalah pelakon terkenal, Saharul Ridzwan yang baru saja pulang dari menunaikan umrah bersama isteri tercinta.
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir juga akan turut serta sebagai tetamu jemputan dalam program berkenaan.
Mengaji Marathon yang bersiaran langsung selama 12 jam ini, dijayakan pada Selasa, 19 April 2022 ini, bersamaan bersempena sambutan Nuzul al-Quran.
Kali ini, program yang mendapat sambutan ramai dari tahun lalu turut disokong oleh Deep Faith.
Apa Itu Program Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti
Menurut MCPLUS, program sebegini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum bermula atau tertinggal bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan.
Inilah masanya untuk mereka mengejar kembali dengan ‘memancing’ 1 hari 1 juzuk. Seterusnya, membolehkan mereka berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan.
Ads
“Mengikut pengalaman, peserta program ini akan mampu membaca sebanyak 10 hingga 12 juzuk selama 12 jam.” Ujar jurucakap MCPLUS lagi.
Menariknya program ini, setiap bacaan al-Quran akan dibaca oleh pelbagai ustaz bertauliah. Dan kali ini, tetamu jemputan Saharul Ridzwan dan Anas Tahir juga akan bersama-sama membaca al-Quran.
Program ini merupakan anjuran kali kedua. Sebelumnya, iaitu pada tahun 2021, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya menerusi saluran YouTube MCPLUS.
Di mana, mengaji marathon berlangsung dari jam 6 pagi dan berakhir sehingga 6 petang.
Ads
Sambutan Luar Biasa Daripada Pelajar
Untuk pengetahuan, MCPLUS merupakan institusi pendidikan dalam talian yang cukup terkenal yang memberi bimbingan kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Tenaga pengajarnya amat menitikberatkan perkembangan pelajar di luar silibus.
Idea awal tercetusnya program sebegini bila mana MCPLUS mengadakan bacaan al-Quran sebanyak satu juzuk setiap hari.
Ternyata, sambutan yang luar biasa diterima daripada para pelajar pusat tusyen online terbesar di Malaysia ini.
Ads
Idea itu kemudiannya dikembangkan menjadi Mengaji Marathon dan terbuka kepada umum. Konsep sebegini juga membolehkan MCPLUS membantu lebih ramai peserta untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan.
Tentunya ini satu program yang sangat bagus untuk anak-anak remaja mahupun mak ayah bersama di dalam satu majlis ilmu. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini yang cuma berlangsung di bulan Ramadan ini.
Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan event ini, boleh layari dan follow Instagram MCPLUS.
Make sure you win the elections, mama. Impian anak sulung mahu Nurul Izzah menang pru berakhir. Setiap anak pasti amat menyanjungi ibu dan ayah mereka. Bahkan berasa bangga dengan pencapaian dibuat mereka.
Namun impian dan harapan khususnya dalam politik tidak seindah sebutan. Selepas legasi keluarga Datuk Seri Anwar mengekalkan 40 tahun penguasaan di Parlimen Permatang Pauh, ianya berakhir semalam apabila anak sulungnya, Nurul Izzah gagal menawan kembali kerusi dimenanginya pada 2018 selepas tewas kepada Ustaz Muhammad Fawwaz dari PAS dengan majoriti 5272 undi. Kawasan ini adalah kubu kuat Pakatan Harapan sejak 1982 lagi. Pasti ianya situasi yang amat menyedihkan bagi dirinya apabila kalah semalam.
Dalam pada itu, sehari sebelum pengundian bermula, srikandi PKR ini, ada memuat naik impian dan harapan anak sulungnya, Nur Safiyah yang mahukan dirinya meraih kemenangan di kerusi ditandinginya. Namun ia berakhir dengan kesedihan apabila dirinya gagal di kawasan ini.
Dalam satu perkongsian dia fbnya, Nurul Izzah yang kekal dengan cara simplenya sejak dulu berkongsi kata anak-anaknya.
“Make sure you win the elections, mama. If you’re going to step out, won’t the bad guys step in? “
Kadangkala soalan Safiyah menyebabkan saya terkedu.
Izzah bersama anak-anak kesayangannya, Safiyah dan Harith
Kontrak kerja selaku wakil rakyat sudah tentu berakhir dengan pembubaran parlimen; namun permulaan kontrak baru menjadi ikatan kepada tanggungjawab serta amanah dalam membentuk masa depan yang lebih baik buat Safiyah, Harith, anak-anak Malaysia.
And just like that, mama put her hat in the political ring, and we ain’t gonna look back.
Ada katanya mama akan sibuk bekerja, namun kasih, masa dan ikatan buat Safiyah, Harith dan Yu Zhou tidak akan mama kesampingkan.
We decide as a family, and we build a better future not just for us, but for all the families in Malaysia.
Harith pula mengingatkan, we keep the campaign clean – principled & focused on the issues. On the rakyat. Bismillah.
Selamat mengundi teman-teman senegaraku. Kita perlu mengundi demi masa depan kita. Masa depan Malaysia.
Every effort, every little bit, counts. It always does. Remember that.
Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.
Makan Kepingan Kertas
Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.
Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.
Enggan Di Samping Manusia
Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.
“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.
“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.
“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.
Dibuang Tanpa Makanan & Minuman
Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.
Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.
Hari ini genap setahun usia Siti Aafiyah Khalid, anak penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bukan jangka masa yang singkat, 12 tahun Siti menanti kehadiran ‘Aafiyah anak ibu’.
Itu panggilan manja Siti untuk Aafiyah. Menjadi tular selepas dipopularkan oleh Sherry Alhadad.
Dalam instagram miliknya, Siti menitipkan doa untuk puteri kesayangannya ini. “Hari ini 19.3.2019.. setahun yang lalu pada tarikh yang sama , permata hati ayah ibu iaitu Siti Aafiyah Khalid dilahirkan.”
“Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui betapa syukurnya ibu ,Ayah serta semua yang mendoakan ibu selama ini.”
Doa Ibu Setiap Saat Untuk Aafiyah – Siti Nurhaliza
“Menantimu suatu kesabaran yang sangat tinggi.”
“Doa ibu dan Ayah , Siti Aafiyah menjadi anak yang soleha, baik budi, sopan, berilmu,berprinsip , kuat jadi diri, hormat orang , bak kata semua yang baik buat anakku.. namun, sebagai manusia dikau pasti tidak lepas dari kesilapan.
“Tak mengapa.. ibu ayah akan menegurmu, mendidikmu.. abang abangmu akan menjagamu.. keluarga & orang sekeliling akan mengingatkanmu & Allah SWT sentiasa disisimu sayang.”
“Semakin dikau membesar, semakin banyak ibu lihat diri ibu pada mu.. tak kurang ada juga senyuman nakal & perangai Ayah pada dirimu..”
“Aafiyah.. jadilah insan yang bermanafaat kepada insan lain yang memerlukan & ingat. Sentiasa merendah diri serta hormat ibubapa & orang sekeliling.”
“Kerana tinggi darjat seseorang itu kerana dia meninggikan darjat orang lain. Doa ibu setiap saat untuk Aafiyah.. ‘Allahumma inni As aluka Al A’afiya’.”
Penuh warna warni majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah yang bertemakan karnival dan taman permainan.
Sebagai lambang kasih sayang Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap Aafiyah yang comel itu.
MW : Semoga Aafiyah yang semakin comel ini akan mengikut jejak langkah ibunya yang penuh santun dan tinggi akhlaknya, walaupun telah berjaya di kedudukan yang teratas.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...