tak-betul-betul-kaya

Kerana ikutkan emosi.. keinginan masa muda, ada segelintir orang tersilap langkah. Membeli kenderaan mewah di luar kemampuan diri. Padahal diri tak betul-betul kaya lagi untuk memilikinya.

Terbuat kesilapan kewangan yang bukan setahun dua menjerat diri.

Bertahun-tahun menanggung hutang atas pembelian kenderaan yang tidak perlu. Sudahnya, nak tak nak terpaksalah membayar hutang yang sudah dibuat.

Lebih parah bila sudah mendirikan rumahtangga, sedikit sebanyak keluarga juga terpalit dengan keadaan kewangan yang mendesak.

Lelaki ini, Hamizi Hamdan pernah melakukan kesilapan kewangan ketika dirinya tak betul-betul kaya.

Baca sini : Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Orang Kaya Dengan Orang Banyak Duit

Beli Kereta Swipe Down Payment Guna Kad Kredit RM16000

Kalau saya boleh undur masa saya nak ubah kesilapan kewangan saya dahulu.

IKLAN

Yang utama.dan agak menyesal adalah masa saya kerja makan gaji sekitar 2006 saya beli kereta Honda Accord 2.4 baru yang berharga RM160,000.

Saya swipe kad kredit RM16,000 untuk down payment. Gila tak gila.

Lepas tu kereta tu parking dekat rumah Isnin hingga Sabtu. Kalau jalan hanya hari Ahad dan cuti umum.

Sebulan saya kena bayar RM1,785. Jangan kata lebih baik beli rumah.

IKLAN

Masa ini saya kerja Engineer takde masa nak belajar dan berfikir pasal mengurus kewangan. Takde masa fikir pasal diri sendiri.

Sebab Hutang Kereta Impian Beli Rumah Jadi Sukar

Bila rumah pertama terbengkalai dan dok bayar RM785 sebulan otak tak boleh fikir macam mana nak beli rumah lain. Sebab nak dapat loan rumah lagi susah daripada loan kereta.

Loan kereta tadi masih lulus walaupun swipe kad kredit RM16,000. Kalau loan rumah itu red flag.

Patutnya saya pakai sahaja Proton Wira (masa tu Wira pun dah oK), asalkan boleh sampai dari point A ke B. Anak pun sorang je masa tu. Itulah bodoh.

IKLAN

Sekarang dah tua baru sedar diri. Saya beli kereta Nissan Teana 2.5 v6 tu tahun 2012 baru RM35,000. Condition pun baik lagi Alhamdulillah.

Selagi Tak Betul-betul Kaya, No Way Ulang Kebodohan Dulu

Walau kena cucuk suruh beli Alphard lah Vellfire lah sorry lah kalau saya tak betul-betul kaya no way saya akan ulang lagi kebodohan dahulu.

Orang yang ‘kaya’ ni dia tak susah hati sebulan income RM5,000 pun cukup siap tidur lena. Bukan gaji RM15,000 yang dikejar hutang siang dan malam.

Orang bijak dia belajar dari pengalaman lalu.
Yang paling bijak belajar dari pengalaman orang sebelumnya.
Dan yang muda-muda tu jangan ikut nafsu. Roda itu berputar. Sekali kita di bawah, nak naik ke atas itu sukar.

Mingguan Wanita : Kadangkala kita perlu melalui tersilap langkah itu untuk belajar faham realiti kewangan. Tapi jadi parah, bila sudah melalui masih belum faham dan ulang kesilapan yang sama.

Sumber/Foto : Hamizi Hamdan

https://www.youtube.com/watch?v=kxPKS8Jyhk4

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI