“Bawak 13 anak, empat isteri shopping raya bersama,” Netizen kagum lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.

“Bawak 13 Anak, Empat Isteri Shopping Raya Bersama,” Netizen Kagum Lelaki Ini Uruskan Keluarga

Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.

Madukan isteri tak salah, namun biarlah adik, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?

Artikel Berkaitan : Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang

Bawak 13 Anak, Empat Isteri

Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.

@fazlin775Assalammualaikum….♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

IKLAN

Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.

“Bawak 13 Anak, Empat Isteri Shopping Raya Bersama,” Netizen Kagum Lelaki Ini Uruskan Keluarga
Shopping Raya Bersama

Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.

“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.

IKLAN

Baca Di Sini : “Cinta Itu Mahal & Hanya Untuk Allah Sahaja” Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidup Bermadu

Netizen Kagum

Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.

“Bawak 13 Anak, Empat Isteri Shopping Raya Bersama,” Netizen Kagum Lelaki Ini Uruskan KeluargaLelaki Ini Uruskan Keluarga

Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.

IKLAN

“Bawak 13 Anak, Empat Isteri Shopping Raya Bersama,” Netizen Kagum Lelaki Ini Uruskan Keluarga

“Bawak 13 Anak, Empat Isteri Shopping Raya Bersama,” Netizen Kagum Lelaki Ini Uruskan Keluarga
Mingguan Wanita : Seronok melihat keluarga besar begini, tentu meriah. Salute sungguh!

Sumber : TikTok @fazlin775

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI