Pelakon Izara Aishah ternyata lembut hati dalam menunaikan permintaan seorang suami orang untuk membahagiakan isterinya dengan sudi berkongsi tutorial dalam menggayakan selendang.

Ia susulan permintaan suami tersebut bertanyakan gaya tutorial yang dipakai oleh pelakon ini dalam gambar satu sesi fotografi baru-baru ini.Ini kerana isterinya ingin mencuba gaya yang sama pada hari raya nanti.Memang nampak manis dan sopan gaya tersebut.

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

Artikel Menarik:Pulang Dari Umrah, Nelydia Perlahan-Lahan Bertudung “Tidak Lupa Berdoa Memohon Diri Terus Istiqamah”

Izara Kongsi Video Tutorial Pakai Shawl

Susulan permintaan ikhlas suami tersebut buat isteri tersayang, Izara Aishah yang juga pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah, 30 ini rasa ‘terpanggil’ untuk menunaikan hasrat tersebut.

Penampilan terkini yang manis bertudung labuh, Izara mengakui dia masih dalam proses belajar menggayakan hijab dengan sempurna dan kemas.

Gaya pelakon yang pernah membintangi drama Ombak Rindu The Series ini ternyata cukup sopan selepas berhijrah mengenakan hijab. Malah cukup lemah lembut dalam berkongsi video tutorial selendang yang digayakan.

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

IKLAN

Ibu kepada Irisa Alaia, 2 ini berkata selendang yang digayakan adalah jenis bidang besar dan ditempah khas, namun boleh juga cuba selendang saiz biasa untuk menggayakan stail yang digayakannya. Gaya ini juga memerlukan pin tudung yang banyak untuk lebih kemas.

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

Berikut video penuh Tutorial ‘Shawl’ Gaya Izara Aishah seperti yang dikongsikan.

@izaraaishahofficial🤍 Maaf ya tak biasa. Kekok sangat. Hopefully boleh faham.♬ Espacio – corandcrank

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

IKLAN

Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Bukan Nak Kecam Tapi Bila Pakai Tudung Dan Shawl Selempang Ala Kadar Ke Bahu

Baca Lagi Di sini:Tip Cuci Shawl Yang Ada Kesan Minyak Muka, Khas Buat Wanita Bertudung Dan Suka Mekap Masa Raya Nanti!

Mingguan Wanita: Baiknya hati Izara Aishah tunaikan permintaan suami ini untuk membahagiakan isterinya. Malah memang nampak manis dan sungguh sopan penampilan terbaru Izara selepas berhijrah ini. Moga kekal istiqamah.

IKLAN

Sumber: TikTok Izara Aishah Official

Macam ni nak pilih baju sesuai ikut bentuk badan.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Memang kena ada ekstra pelindung raya musim endemik ni.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI