Memang mudah sebenarnya untuk membahagiakan kedua mak ayah lagi-lagi waktu raya, tapi anak-anak selalu terlepas pandang.Bila balik kampung, berkumpul satu keluarga, ada perkara-perkara yang jika anak-anak lakukan menambah kebahagiaan dan kegembiraan buat kedua orang tua kita sebenarnya.
Baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini sebagai panduan;
Di Hari Raya Aidilfitri nanti, ada beberapa perkara yang boleh kita lalukan untuk bahagiakan orang tua kita. Perkara mudah yang selalu kita terlepas pandang.
1.Hormat Pandangan
Hormati pandangan mereka. Jika kita tak bersetuju, kita hanya perlu nyatakan pandangan kita. Tak usah kata pandangan mereka salah.
2. Beri Perhatian
Jika mereka ulang cerita yang pernah diceritakan dahulu, dengar dan beri perhatian seolah-olah kita pertama kali mendengar cerita itu.
3. Elak Pukul/Tengking Anak
Elakkan pukul atau tengking anak kita di hadapan mereka. Orang tua, hatinya sensitif. Mereka akan rasa terguris jika cucu mereka diperlakukan begitu.
4. Harmoni Adik Beradik/Ipar Duai
Beramah mesra dengan adik-beradik dan ipar-duai. Orang tua kita bahagia bila semua orang dalam keadaan harmoni dan muhibah.
5. Makan Serentak
Bila makan, ajak anak dan isteri makan sekali. Orang tua akan gembira kalau semua orang makan serentak. Nampak mesra dan meriah.
6. Elak Hadap Telefon
Elakkan menghadap telefon bila berada bersama mereka. Penuhi masa bersama dengan aktiviti yang memperbaharui jalinan kemesraan.
7. Santuni Jiran/Kenalan Mak Ayah
Santuni jiran dan kenalan orang tua kita. Kita adalah aset yang paling dibanggakan oleh orang tua kita. Dah besar hati mereka jika kita santuni kenalan mereka.
8. Jangan Longgok Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang anak tak usah dibiar berlonggok dalam bilik atau tandas. Sebelum kita balik raya, emak susah payah bersihkan bilik.
Mesti Baca: Adab Jadi Tetamu, Hormat Tuan Rumah Bungkus & Ikat Plastik Diapers Anak
9. Buang Sampah
Sebelum kita berangkat pulang ke rumah masing-masing nanti, bantu bawa sampah ke kawasan pengumpulan sampah.
10. Beritahu Selamat Sampai Rumah
Sesudah sampai ke rumah, beritahu pada ibubapa yang kalian dah selamat tiba. Tak usah biarkan ibubapa risau perjalanan kita.
Semoga bermanfaat!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Team Raya Shah Alam
Baca Lagi Di Sini: Raya Bukan Masanya Bertanding Siapa Lebih, Lagi Lagi Sesama Adik-Beradik
Artikel Menarik: Balik Kampung Tidur Homestay, Tak Salah! Mintalah Izin, Elak Guris Perasaan Orang Tua
Mingguan Wanita:Ada benarnya, perkara-perkara sebegini nampak mudah, namun ramai yang sering terlepas pandang.Jika dilakukan mampu membahagiakan kedua mak ayah.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak dekat raya ni, pilih lah kasut yang betul. Carilah yang selesa, namun tetap boleh bergaya tak sakit kaki.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Macam ni nak hitamkan rambut beruban.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI