‘Ada masalah pendengaran, tak boleh cakap & berjalan.’ Ibu tunggal alami kesukaran jaga tiga anak OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sudahlah berpisah dengan suami, kini dialah ibu dan ayah dalam membesarkan ketiga-tiga anaknya yang OKU. Apatah ketiganya anaknya memerlukan pemerhatian yang khusus disebabkan masalah yang dialami.
Kesukaran hidup seorang ibu tunggal di Bagan Datuk menjaga tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pihak MAIPk telah mengunjungi wanita itu, Saizana Ermah Hamdan, 35, yang menjaga tiga anaknya iaitu Muhammad Emariz Adam, 10; Aaira Syifaa, 5; Muhammad Afnan, 4.
Tiga beradik itu mengalami masalah pendengaran, masih belum boleh bercakap dan berjalan dan disahkan oleh doktor bahawa mereka mengalami penyakit dikenali global development delay atau perkembangan atau pembesaran lewat.
Jaga Tiga Anak OKU
Menurut MAIPk, wanita itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,500 sebulan atas nama sendiri bagi perbelanjaan ketiga-tiga anaknya dan bantuan tersebut merangkumi pembelian susu dan lampin pakai buang.
Ads
“Wanita itu juga ada menerima bantuan kecemasan segera daripada MAIPk berjumlah RM300 pada tahun 2020 dan dalam senarai nama penerima bantuan Hari Raya Tahun 2022.
“Dicadangkan kelulusan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300 di bawah kelulusan segera Pegawai Baitulmal Daerah,” katanya.
Menurut kenyataan MAIPk, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Mohd. Shahmer Mahzuz Mohd. Zin dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar), Ahmad Faiz Sakri menyampaikan bantuan kecemasan segera berjumlah RM300 dan beras.
MAIPk menjelaskan, Saizanah merupakan ibu tunggal yang baru sahaja berpisah dengan suaminya pada Mac lalu.
Ads
Menurut MAIPk, wanita itu kini tinggal bersama anak-anaknya di rumah milik sendiri di Kampung Simpang 3, Rungkup Bagan Datuk bersebelahan rumah ibu bapanya.
Tak Boleh Cakap & Berjalan
Katanya, bagi menambah perbelanjaan isi rumah, wanita itu menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil kecilan dengan purata pendapatan bersih sebanyak RM150 dan RM200 sahaja.
“Wanita itu memberitahu anak-anaknya memerlukan pendingin hawa kerana tidak selesa dengan keadaan panas dan akan menangis serta keadaan tidak terkawal.
“Berikutan penggunaan kerap penghawa dingin, bil elektrik di rumahnya mencecah RM150 sebulan dan menyebabkan ada beberapa bulan dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik.
“Keperluan utama wanita itu dan anak anaknya adalah perbelanjaan isi rumah. Wang bantuan yang diterima daripada JKM hanya mencukupi bagi perubatan anak-anaknya dan kekurangan pendapatan dalam perbelanjaan harian lain termasuk pembayaran bil elektrik,” katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh memberi sumbangan kepada tiga beradik ini ke akaun ibu mereka, Saizana Ermah Hamdan di akaun Maybank 158387134942.
Mingguan Wanita: Semoga ibu ini terus kuat untuk menjaga anugerah yang diamanahkan Allah. Memang berat tanggungjawabnya namun insyallah ganjaran pahala besar menanti di sana pabila menguruskan anak-anak syurga ini.
Tak tetap hantaran kerana tak nak bakal menantu terbeban, memang sporting pakcik nie. Pasti ramai ada kenangan tentang isu hantaran nie. Ya dari dulu ia dibahas tanpa henti.
Ada mak ayah yang mengambil kira besarkan anak dari kecil, beri pendidikan terbaik hingga ada ijazah dan sebagainya. Kemudian untuk membayar “nilai” itu hantaran diletakkan tinggi hingga lelaki terkulat-kulat dengar.
Tak Tetap Hantaran Kerana Tak Nak Bakal Menantu Terbeban
Nilai hantaran mengikut taraf pendidikan juga pernah menjadi perdebatan di media sosial kerana mereka yang ada SPM saja menetapkan hantaran sampai RM8000 mengambil kira keperluan semasa hari ini. Jika lulusan SPM saja sudah RM8000, paling tidak mereka yang miliki ijazah RM15,000 atau RM20,000 ke atas. Dan jelas ia pasti membebankan kebanyakan lelaki bujang yang gaji asasnya sebanyak RM1500 sebulan.
NIlai hantaran ini pernah menjadi perdebatan di media sosial
Tapi tak semua mak ayah berfikiran tertutup kerana paling penting sebelum anak mendirikan rumahtangga, paling penting adalah perbincangan dan tolak ansur bersama keluarga lelaki.
Satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang bapa yang telah meletakkan “hantaran” RM29,990 kerana anaknya, Amalina berkelulusan accountancy. Jelas kelihatan rombongan lelaki terdiam mendengar angka dinyatakan namun secara spontan bapa ini berkata ia hanyalah gurauan semata-mata.
Dirinya langsung tidak meletakkan berapa nilai hantaran buat anak gadisnya dan semuanya terpulang kepada pihak lelaki untuk memberi berapa yang mampu.
“Saya tak mahu ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan dan itulah prinsipnya. Tapi paling diutamakan ialah mas kahwin yang wajib,” katanya yang membuat lawak.
Namun apa dimintanya hanyalah mas kahwin berjumlah dua dinar emas 999 yang mengambil kira satu dinar 999 bersamaan 4.25 gram.
Apa pun di dalam Islam, perkahwinan sebenarnya mudah. Dalam rukun nikah ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad.
Namun adat orang Melayu akan menambah hantaran, goodies bag, pelamin, make-up, band muzik, pelamin bermegah-megah sehingga perkahwinan hari ini dilihat suatu yang membebankan. Apa pun, tepuk dada tanya poket.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkara pertama yang terlintas di kepala bila tengok dapur terbakar tentulah dengan mengambil air untuk padamkan. Tapi, sebaliknya bukan makin padam tapi makin marak.
Inilah kesalahan yang sering berlaku bila ada kebakaran di dapur. Dalam kepala hanya fikirkan air saja yang mampu padamkan api dan boleh selamatkan rumah dari terbakar.
Perkongsian daripada Abang bomba tentang cara nak padamkan dapur terbakar adalah dengan menggunakan tuala basah saja. Kalau guna air, ia boleh menyebabkan api makin marak.
Pesanan abang bomba dan tunjukkan cara padamkan api dapur terbakar.
1. Jangan padam dengan air.
2. Ambil tuala basah dan tekapkan pada kuali atau peralatan yang terbakar.
3. Tutup gas atau api dapur yang terpasang.
4. Angkat kuali atau periuk yang terbakar tadi ke tempat terbuka.
5. Angkat dan boleh lihat asap berkepul-kepul pada peralatan dapur.
Mingguan Wanita: Ingatan buat mak-mak. Jangan sesekali siram dengan air.
Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...