Sekarang ini kan musim orang membeli emas, jadi sebelum membeli itu kenalah ambil tahu kiraan pembelian emas itu macam mana. Jangan nanti, dah beli baru nak tanya berbaloi atau tidak. Paling mudah, bawa sendiri kalkulator tak pun pinjam je tauke kedai emas itu punya.
Perkongsian Umi Watie ini memberi serba sedikit panduan mengira harga emas yang bakal dibeli. Ada kedai yang jual tanpa harga upah, ada kedai emas yang letakkan harga upah. Semua ini pun kena diambil kira.
Cuba hadamkan perkongsiannya ini.
Keliru Nak Kira Harga Emas
Masih ada ke yang masih keliru kira harga emas? Musim ini memang ramai yang membeli kan? Kadang ada yang terpedaya tanpa sedar.
IKLAN
Kedai emas beratur orang nak masuk, jangan termasuk mulut buaya sudahlah. Ilmu ini kena turunkan pada suami. Mana tahu diam-diam suami nak belikan. Takdelah dah beli, tapi terasa rugi.
Sekadar berkongsi pengiraan membeli emas, bawa kalkulator sendiri, kalau takde pinjam dengan tokey kedai. Mesti cuak tokey kedai bila pembeli sendiri nampak pandai kira-kira.
Guna Kalkulator, Kira Dulu Baru Beli
Iyalah, bukan mudah kita dapat peluang membeli kan? Ada yang menyimpan bertahun. Ada yang guna duit i-sinar atau i-lestari. Jangan kerana kunun nak melabur tiba-tiba lebur duit tanpa sedar.
IKLAN
Kiraan mudah berdasarkan resit RM 2,000 ÷7.8g (jumlah berat emas)
Sama dengan RM 256 segram.
Kalau ikutkan dalam resit tiada ditulis harga upah. Jadi harga segram bersama upah RM 256.
Ada sesetengah kedai boleh beri harga RM 240 segram dengan upah.
Kebiasaannya kita akan minta kurang pada harga upah. Untuk situasi diatas boleh try minta kurang kepada RM 1,872 ikut harga terendah di kedai emas lain iaitu RM 240 segram.
IKLAN
Banyak beza kan?
Begitulah. Selamat membeli emas semua.
#MakReramaMenulis
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebahagiaan suatu perasaan yang subjektif. Salah satu bentuk kebahagiaan sebenar yang boleh dirasai adalah apabila kita boleh tengok KEBAHAGIAAN pada orang yang kita dapat tolong. Tak kiralah apa jua jenis bentuk bantuan yang diberikan baik kecil mahupun besar. Pertolongan kita pasti amat bermakna dan akan lebih dihargai lebih-lebih lagi diwaktu yang mereka amat memerlukan.
Bahkan bila kita mampu buat orang lain tersenyum bahagia, dari situlah sebenarnya pintu-pintu rezeki kita sendiri akan terbuka. Dilimpahkan rezeki dalam pelbagai perkara.
Baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan buat kita;
Tadi sorang pakcik penjual ikan ni lalu depan rumah saya. Kebetulan isteri nak makan udang jadi saya pun pergi lah keluar.
Saya tengok dalam bekas yang ada di motor pakcik ni. Ada sekor ikan tenggiri, sebekas ikan selar, selonggok sotong dan udang.
Dalam hati saya je tengok pakcik ni. Perlahan sangat pergerakan tangan dia. Diambilnya udang satu persatu, timbang. Eh belum cukup ni. Dia ambil lagi dan timbang. Semuanya cukup perlahan. Yelah, kudrat orang tua yang masih terpaksa bekerja kan.
Bayangkan umur dah berusia tapi terpaksa keras lagi. Nak ambil stok ikan bukannya dekat. Kena ambil di jeti yang terletak berpuluh kilometer dari situ. Dah la motor pun uzur sangat dah tu. Seat terkoyak sana sini. Karat pun penuh satu body.
Aduh.Macam mana la saya nak bantu pakcik ni. Tiba tiba dapat ilham ” Pakcik. Saya borong semua ikan tenggiri yang 2.5 kilo ni dan bagi saya udang dan ikan ni banyak banyak ya ”
” Ada tempat air paip tak? Saya nak potong ikan tenggiri ni kat sini “
Punyalah suka pakcik ni bila saya beli ikan tenggiri dia sampai dia nak potongkan ikan tu disitu juga!
Kebahagiaan Sebenar
Inilah kebahagiaan teman-teman. Kebahagiaan sebenar adalah bila kita boleh tengok kebahagiaan orang yang kita tolong.
Kebahagiaan sebenar adalah bila orang lain boleh bahagia disebabkan oleh bantuan kita. Tak semestinya bantuan tu kena banyak dan besar.
Kadangkala benda semudah senyuman di awal pagi, halalkan baki ketika membeli dan bantu peniaga kecil dengan memborong lebih sedikit ketika kita diberikan lebihan rezeki pun dah cukup membuatkan hati manusia lain berbunga bunga dah.
Dan percayalah, ketika kita membuatkan hati manusia lain berbunga dan bahagia. Disitulah mulanya pintu rezeki kita sendiri pun akan mula terbuka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersama-samalah kita berusaha membantu dan membahagiakan orang lain semampu kita. Percayalah apabila membuat hati orang lain bahagia, kita turut mendapat ‘tempiasnya’ yang sama, malah dibukakan pintu rezeki seluas lautan.
Hati Rossa masih terluka “bukan kerana jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk”. Rasa sedih, bimbang dan terluka sememangnya akan membelegu diri seorang wanita apabila di kecewakan.
Kehidupan rumah tangga sememangnya banyak pancaroba. Apatah lagi kehidupan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Hati Rossa Masih Terluka
Menerusi laporan akhbar, Sera akui dirinya masih lagi terluka. Malah pemilik nama sebenar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah ini juga menerusi sesi secara langsung di Tik Tok turut meminta agar peminatnya dan Shuk memberi sokongan terbaik buat mereka.
“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku.
“Hati ini masih lagi terluka,” ungkap.
Sokongan Dari Peminat
Wanita ini juga turut menerangkan keputusan adakah dia akan kembali bersama suaminya atau memilih jalan perpisahan.
“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi.
“ Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” luahnya.
Sebelum ini Shuk telah berkongsi videonya berlepas menunaikan umrah bersama Sera.
Untuk rekod November tahun 2022, Sera memberitahu dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.
Dilahirkan normal, kemudian disahkan hidap kanser hingga buta.” Wanita ini hilang punca bila dikutuk dan dihina atas kekurangan dirinya.
Syukur kini rezeki Anisa seorang wanita cacat penglihatan bertambah selepas berjinak dengan aplikasi TikTok dalam menjalankan bisnes untuk dirinya dan keluarga meneruskan hidup.
Wanita Ini Hilang Punca Bila DiKutuk
Kekurangan diri sama sekali tidak pernah menghalang wanita hebat yang bernama Khairul Anissa Mat Samsuddin ini untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Menurut Anisa, dirinya dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, tetapi wanita yang kini berusia 32 tahun ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.
Mesra disapa Anisa, ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga
terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Dilahirkan Normal, Kemudian DiSahkan Kanser Hingga Buta
Ternyata ujian ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi sungguh, sama saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)… bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.
Sesungguhnya, cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Berjinak Dalam Perniagaan
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya sebenarnya selalu melihat iklan produk Nurraysa mengajak ramai menjadi pengedar. Tetapi ia berlalu begitu saja. Saya pun tak pernah didedahkan dengan jenama itu. Dipendekkan cerita, teman saya mengajak menjadi pengedar jenama itu.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain. Mingguan Wanita : Semoga Anisa terus berjaya dan dimurahkan rezeki. Insyallah.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...