Begini Kiraan Mudah Belian Emas, Dengan Upah Atau Tanpa Upah

Sebelum membeli emas, perkiraan ini perlulah mak ayah hadamkan siap-siap. Bila dah faham dengan kiraan belian emas ini, maka mudahlah nanti nak buat pilihan.

Sama ada mahu membeli emas dengan upah atau pun tanpa upah. Jangan pula tak nak ambil tahu. Sebab inilah faktor paling penting yang perlu mak ayah hadamkan dulu. Kemudian, barulah fikir sama ada mahu beli emas jenis macam mana, atau design apa.

Perkongsian, Asiah Wahid ini membantu mak ayah untuk dapatkan pencerahan.

Kiraan Belian Emas Dengan Upah, Tanpa Upah

Jika beli emas 2 perkara yang perlu tahu;
Harga emas sahaja yang ditawarkan atau
Harga emas campur harga upah.

Jadi perlu bijak memilih. Jika harga emas sahaja contoh harga emas segram di kedai A RM240 (916) dan tiada upah. Saya membeli 20 gram emas 916. Maka cara kiraanya,

RM240 × 20 gram = RM4800.
Inilah jumlah yang perlu saya bayar iaitu RM4800.

Saya pergi ke kedai B. Di kedai B harga emas segram RM225 (916) wah….jauh murah segram dari kedai A..opppppssss nanti dulu ye, kedai B mengenakan upah bagi setiap design yang mereka jual. Saya berkenan dengan rantai tangan seberat 20 gram. Rantai tangan tersebut upahnya RM400. Maka cara kiraannya,

RM225 × 20 gram = RM4500 ( belum upah ye, ini baru emas sahaja )
Saya perlu campurkan RM4500 + RM400 (UPAH) = RM4900

Kalau susah nak menabung, belilah emas pelaburan jangka panjang, bukan ikut trend.

Harga Sebenar Emas Dengan Upah, Ini Cara Kiranya

JADI di sini, kedai A= RM4800 Manakala kedai B = RM4900 beza harga di situ RM100. Maka kedai A lebih murah .

Ok mari kita kira berapa segram yang sebenar-benarnya kedai B. Ambil harga penuh iaitu RM4900 ÷ 20 gram = RM245 segram. Maka,

Emas di kedai A = RM240 segram
Emas di kedai B= RM245 segram

Jadi, jangan tengok segram murah maka terus rasa murah, lihat dulu jika ada upah, berapa upahnya, kira-kira hingga dapat harga segram berapa RM. Upah biasanya bergantung kepada patern. Lagi gempak patern biasanya lagi mahal upahnya. Jangan segan pinjam calculator staff kedai tu, tak pun keluar je hp sendiri tau.

Begini Kiraan Mudah Belian Emas, Dengan Upah Atau Tanpa Upah

Ilmu emas untuk yang sedang beratur untuk memukat emas saat harga emas sedang murah sekarang ni. Mentang-mentang tengah berSINAR.

Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Asiah Wahid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI