Pesanan buat mak-mak ketika menyiang ikan mahupun udang agar lebih berhati-hati ketika membersihkannya. Elakkan jari luka akibat tercucuk udang kerana bahayanya berkemungkinan dijangkiti kuman pemakan daging.Jari boleh menjadi bengkak, bernanah dan juga seterusnya akan menyekat pengaliran darah pada jari menyebabkan jari menjadi hitam dan mati (gangrene).

Untuk faham lebih lanjut, baca penjelasan daripada Pakar Ortopedik Dr Mahyuddin Mohamed ini sebagai rujukan;

“Gara-gara tercucuk udang mentah yang di beli dari pasar. Waktu mencuci dan membersihkan udang, saya tercucuk berkali-kali dan fikir tiada apa-apa. Selepas sehari, jari saya menjadi hitam dan mengalami demam ringan. Pergi ke klinik 24 jam dan di nasihatkan untuk pergi ke Hospital segera. Malam tu juga di operate dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari di ICU.”

“Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteria tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain. Mohon maklumkan keluarga agar berhati-hati saat membersihkan udang mentah atau makanan laut.

BAHAYA Kuman Pemakan Daging, Hati-Hati Ketika Siang Ikan & Udang!
Kredit post dan gambar: Tarasieuneun

Saya ingin memberi komen berkaitan post di atas beserta gambar yang disertakan yang viral beberapa hari lepas. Post asal dibuat di facebook Tarasieuneun. Saya ingin berkongsi mengenai ‘serangan bakteria hidup pemakan’ yang ditulis dalam kisah beliau serta membuat refleksi lebih lanjut berdasarkan gambar yang dikongsi beliau. Ini adalah penting bagi menambah ilmu & memberi kefahaman buat masyarakat kita.

Kondisi kuman pemakan daging (flesh-eating organism) ini disebut sebagai necrotising fasciitis. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria. Bakteria yang paling kerap menyebabkan kondisi ini dikenali sebagai staphylococcus areus.

Bagi microorganisma laut atau air (zoonotic), organisma yang kerap ditemui termasuk Brucella, Leptospira, Crytopsporidium dan Giardia.

IKLAN

BAHAYA Kuman Pemakan Daging, Hati-Hati Ketika Siang Ikan & Udang!

Kesan Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman ini menyebabkan demam, sakit kepala, rasa seram sejuk (chills), sakit otot, muntah dan cirit birit. Ia sememangnya bahaya dan boleh mengancam nyawa sekira tidak dirawat.

Udang yang dicuci mungkin mengandungi salah satu bakteria ini. Kebiasaanya kulit manusia menjadi pelindung semula jadi (natural barrier) tetapi beliau mendapat masalah ini apabila tercucuk berkali-kali menyebabkan luka (skin breach).

Jangkitan kuman akan menyebabkan jari menjadi bengkak dan mungkin juga bernanah. Ini seterusnya akan menyekat pengaliran darah pada jari menyebabkan jari menjadi hitam dan mati (gangrene) sehingga menyebabkan sebahagian jari beliau perlu dipotong. Bahagian yang telah gangrene tidak akan hidup kembali tuan puan.

IKLAN

Pesakit juga akan mengalami kesakitan (ischaemic pain) kerana darah tidak sampai ke bahagian hujung jari. Selain daripada itu, sekiranya dibiarkan, jangkitan ini boleh merebak ke seluruh tangan dan badan pesakit melalui darah (bacteriamia) dan boleh membahayakan nyawa (septicaemia) pesakit. Ini disebutkan sendiri oleh pesakit sehingga beliau perlu dimasukkan ke ICU selama 2 hari.

Cara Rawatan

Rawatan bagi kondisi ini ialah pembedahan di mana bahagian kulit, urat atau otot yang dijangkiti kuman perlu dibuang bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Antibiotik juga akan diberikan bagi membunuh kuman.

Mungkin ada yang bertanya kenapa luka begitu panjang? Pada pandangan saya, luka yang dibuat sehingga tapak tangan itu menunjukkan jangkitan telah merebak sehingga ke lapisan urat jari (flexor tendon sheath) menyebabkan kondisi yang kami sebut sebagai tenosynovitis. Luka panjang ini perlu dibuat bagi mencuci dan membuang jangkitan kuman di sepanjang laluan urat tangan ini dengan sempurna.

Berhati-hatilah ketika memotong udang atau ikan di dapur. Malah jika anda kaki pancing pun sama. Berhati-hatilah. Ada kes saya yang mendapat necrotising fasciitis akibat tercucuk sengat ikan keli, terpijak duri sawit, digigit kucing dan anjing, ditanduk kerbau, disodok babi hutan dan digigit monyet di kebun durian. Jangan main-main dengan binatang.

IKLAN

Dr Mahyuddin Mohamed
Pakar Ortopedik
Malaysian Medical Gazette

Baca Lagi Di Sini:
Cucur Udang Gebu Jadi Bulat, Celup Senduk Besi Dalam Minyak Panas!

Cara Sebenar Siang Ikan Keli, Kena Buang Darah Beku Barulah Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan. Jadi buat mak-mak, lebih berhati-hatilah iya ketika menyiang udang mahupun makanan laut yang lain. Elakkan luka yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pemakan daging sekaligus boleh menyebabkan jari bengkak dan bernanah.Pakai sarung tangan untuk elak cedera. Jika terluka, basuh dengan air sabun deangan cepat.Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera.

Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI