Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai, kena celup dulu senduk besi dalam minyak panas barulah diletakkan adunan. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit soda bikarbonat.

Mak-mak yang nak buat cucur udang sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan Norfarhana Ariffin ini;

“Cucur udang gebu gebas resepi mak..cicah kuah kacang boleh, cicah sos pun boleh..Ada yang suka tak?”

Cucur Udang Gebu Jadi Bulat, Celup Senduk Besi Dalam Minyak Panas!Bahan-Bahan:

1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning (Jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda)
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air

Cara Membuat:

1.Blend bawang besar sebiji.
2.Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3.Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
4.Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris dan cili besar hiris.
5.Cara goreng nak bagi bentuk bulat.Celup senduk besi ke dalam minyak panas.Letak adunan tadi, letak udang atas dia.Masukkan dalam minyak panas.Biar kejap sampai bawah dia masak,nanti dia akan tertanggal sendiri.

IKLAN

IKLAN

Posted by Norfarhana Ariffin on Wednesday, September 4, 2019

Kuah Kacang (Tanpa Santan)

Bahan-Bahan:

Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yang disangai dan diblend kering.
Asam jawa
Gula/ gula melaka

Cara Membuat:

1. Tumis bahan yang di blend tadi.
2. Dah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Nak letak gula melaka pun boleh.
5. Biar naik minyak.Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

IKLAN

Cucur Udang Gebu Jadi Bulat, Celup Senduk Besi Dalam Minyak Panas!Siap! Selamat Mencuba.

MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas dan bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!

Sumber: Norfarhana Ariffin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI