Terpulang kepada diri masing-masing, setiap orang ada caranya memuliakan suami. Begitu juga dalam cara membasuh pakaian, memasak, waima menghidangkan air untuk suami.
Jangan kerana satu posting, semua orang persalahkan tindakan dia. Niatnya semata-mata ingin melayan suami sebaik mungkin. Jadi biarlah Allah yang nilai. Bukan kita yang menentukan pahala dan dosa dia.
Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar dan hadam baik-baik penjelasannya. Jangan cepat melatah iya…
Tiba-tiba Viral
Semalam naik satu hantaran daripada Puan Niza, dia persoalkan kenapa campurkan pakaian suami dan anak-anak sekali masa membasuh. Ikutkan dia kena asingkan atas sebab adab dan memuliakan suami.
Tak pasal viral, setakat pagi ini lebih 6,000 komen dan masih belum berhenti tu. 4,600 lebih shares, iya belum berhenti lagi. Makin bertambah.
Rata-rata yang komen tak bersetuju dan mempermainkan dia dengan komen yang melawakkan dia. Tapi Puan Niza ini tak pedulikan, dia tulis lagi status lain suruh orang lain baca kitab.
Saya sendiri tak kenal pun Puan Niza. Pertama kali tengok juga FB dia. Tengok jugalah hantaran yang dia letak di wall.
Ikut Cara Masing-masing
Baiklah, dia begini:
1. Memang ada banyak kitab yang membahaskan soal adab isteri dengan suami. Ada banyak juga hujah dan asas yang dibicarakan.
2. Jadi rasanya puan ini memang mengaji kitab-kitab lama itulah. Buktinya saya jumpa banyak penulisan status dia adalah isi kandungan daripada kitab.
Antara yang Puan Niza tulis daripada Kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah Abdul Rahim Fathani.
Kitab yang bicarakan tentang kelebihan dan kepujian seorang isteri yang menunaikan tanggungjawab buat suami dan memberi peringatan jika isteri derhaka.
3. Apa yang kita belajar, itulah yang akan membentuk cara berfikir dan seterus cara hidup kita. Begitukan selalunya?
Hasil belajar kitab-kitab ini, Puan Niza memang kuat dengan amalan dia antara adab dengan suami adalah dia perlu asingkan baju suami dan anak-anak ketika membasuh.
Mengekalkan izzah (kemuliaan) suami dia dengan memberi keistimewaan basuhan secara solo baju suami sahaja, tak bercampur dengan baju lain.
4. Persoalannya salah ke dia buat begitu?
Tak salah pun. Dia ada masa untuk basuh banyak kali, dia buatlah. Dia ada lebihan nak bayar bil elektrik sebab guna mesin banyak kali, dia usahakanlah.
Niat dia nak layani suami dia sebaik mungkin. Allah akan nilailah, bukan kita yang memberi dosa pahala.
5. Salah pula ke orang lain yang tak bersetuju dengan dia?
Pada saya tak salah juga, sebab kita bercakap atas landasan ilmu yang berbeza. Puan Niza menulis atas ilmu yang dia belajar, kita pula menyatakan pendapat atas ilmu yang kita ada.
Yang bagusnya di tengah-tengah itu kita boleh berbincang dan sama-sama belajar.
6. Jadi di mana salah?
Tak ada yang salah, tapi mungkin ada sedikit kesilapan. Kesilapan dalam menulis di media sosial.
Di media sosial ini sebolehnya elaklah menulis yang pendek-pendek kalau hal yang kita tulis itu perlukan hujah dan penjelasan.
Status Puan Niza itu pada saya terlalu pendek untuk menyatakan banyak hal. Bila tak ada penjelasan dan huraian, jadilah seperti apa yang kita tengok.
Kalian boleh baca komen kutukkan lagi banyak daripada nak tahu lebih tentang amalan yang ditulis tu.
Kesilapan lagi bila di media sosial kita menulis seolah mengajar-ngajar. Kalau kita bukan siapa-siapa (semua kita pun bukan orang terkenal termasuk saya), elaklah menulis macam kita menyuruh dengan cara paksa atau persoalkan sesuatu macam orang lain salah.
Puan Niza persoalkan kenapa campurkan pakaian suami dan anak-anak. Orang yang baca tanpa huraian ni akan faham – Eh, salah ke campurkan? Apa selama ni daripada nenek, mak sampai ke kita sendiri buat tu salah ke? Haa, nampak tak? Makanya jadilah perdebatan.
Baca Juga Di Sini:
Sifat Keibuan Menebal, Isteri Jangan Layan Suami Sama Macam Layan Anak!
Layan Suami Macam Raja, Tapi Jangan Sampai Jadi Raja Bersiong
7. Nak tulis pendek sebagai pemula untuk tarik orang datang ke kita dan kemudian kita bagi penjelasan boleh.
Tapi kita jamin ke semua yang datang awal tu akan datang semula untuk baca status seterusnya? Jadi baik elakkan cara begitu.
Tulis sahaja terus ilmunya supaya orang faham. Belajar dengan guru pun ada anak murid yang salah faham, lebih lagi lah belajar depan handphone ini. Tak mudah.
Ilmu Rumah Tangga Sangat Halus
Kawan-kawan yang baik,
Sungguhlah nak belajar tentang rumah tangga ini bukan berhenti setakat masa kita ikut kursus kahwin dulu. Hmm.. 10,20 tahun sudah kan?
Apa pun kita tak ingat dah. Kena ulang ulang belajar lagi dan fahamkan banyak aspek lagi. Ilmu rumah tangga ini sangat banyak seninya, halus sangat.
Sebab rumah tangga adalah alam untuk menyatukan lelaki dan perempuan yang memang tak pernah sehaluan. Walau pun tak sejalan, tapi kita boleh imbangkan perasaan dan kehendak masing-masing.
Iya, bertolak ansur. Daripada belajar dan praktikal bertolak ansur dalam rumah tangga inilah kita guna pakai untuk bawa ke luar kehidupan sebenar kita.
Kelasnya dalam rumah, aplikasinya di luar.
Maka, kalau kita jumpa status kita tak suka di facebook, kita pandailah nak menerima, menilai dan bertolak ansur. Bermula daripada rumah tangga yang mendidik, terbinalah masyarakat yang harmoni.
Haa! Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Nak sambung baca komen kejap.
MW: Baiklah, tak perlu pening-pening paling penting baju suami kita bersih daripada najis. Barulah tenang suami nak lakukan ibadat. Kalau kita selesa campur-campur, campur sajalah. Kalau nak asing dan banyak masa sangat, basuhlah banyak kali.
Sumber: Firdaus Mokhtar