9.30pm kembar

Setiap agama pastinya ada amalan dan kepercayaan yang tersendiri. Begitu juga dalam kelahiran anak kembar. Sepasang adik-beradik kembar berumur 5 tahun dikahwinkan di Thailand kerana ibu bapa mereka yang beragama Buddha, percaya kedua-duanya adalah jodoh dalam kehidupan lampau, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Washirawit Bee Moosika dikahwinkan dengan adik kembar perempuannya, Rinrada Breem di kediaman mereka di bandar Nakhon Si Thammarat, Khamis lalu.

Kekasih Kehidupan Lampau

Bapa pasangan itu, Weerasak,31 dan isterinya, Rawadee, 30, merupakan berpegang kepada kepercayaan bahawa semua pasangan kembar yang dilahirkan di dunia merupakan pasangan kekasih daripada kehidupan lampau yang terpisah dan tidak sempat berkahwin.

Rawadee percaya perkahwinan anak kembarnya itu dapat mengusir nasib malang atau ‘karma’ daripada kehidupan mereka.

“Saya bersyukur dikurniakan anak kembar namun saya bimbang ada ‘sesuatu’ daripada kehidupan lampau yang akan mengekori mereka.

“Kami percaya pasangan kembar ini perlu berkahwin untuk membuang nasib buruk itu,” ujarnya seperti dilapor akhbar Daily Mail.

IKLAN

PERCAYA Jodoh Kehidupan Lampau, Adik Beradik KEMBAR 5 Tahun ‘Dikahwinkan’

Elak Anak Jatuh Sakit

Majlis perkahwinan itu mengikut upacara perkahwinan tradisional Thailand dan dipenuhi dengan perarakan dan tarian.

Menurut Weerasak pula, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengahwinkan anak kembarnya itu mengikut kepercayaan agama dianutinya.

IKLAN

“Kami percaya, jika anak-anak saya tidak dikahwinkan, salah seorang daripada mereka akan jatuh sakit,” katanya.

PERCAYA Jodoh Kehidupan Lampau, Adik Beradik KEMBAR 5 Tahun ‘Dikahwinkan’
Majlis perkahwinan pasangan kembar berusia 5 tahun di Thailand, baru-baru ini. – Viral Press

‘Kahwin’ Tujuan Adat Sahaja

Perkahwinan pasangan kembar itu bagaimanapun bukan bermakna mereka akan menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal tetapi diadakan bagi tujuan adat sahaja.

Jelas Weerasak, ia dibuat bagi memastikan keselamatan kedua-dua anak kembarnya itu.

“Kami tak mahu mereka jatuh sakit. Lagi pun, kami tidak rugi apa-apa pun jika mengikut adat ini,” jelasnya.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

Lahir Sewaktu Perintah Berkurung, Bayi Kembar Diberi Nama ‘Corona’ Dan ‘Covid’!

Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!

MW: Tak sangka iya ada kepercayaan begini, bahawa kembar merupakan pasangan kekasih dan jodoh dari kehidupan lampau.Apa-apa pun hormati sahaja setiap kepercayaan dan amaln adat berbeza agama lain iya.

Sumber: Kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI