Hadiah Basikal Elektrik, Tunai Hajat ‘Pakcik’ Mudah Berulang Ke Masjid

‘Pakcik’ bekerja bertahun-tahun bersama, menyumbang tenaga dan idea. Disayangi pula rakan sekerja, apabila tiba masa ‘pakcik’ bersara, kehilangannya begitu dirasai. Sebelum pemergian, tentunya rakan-rakan sekerja usahakan mahu meninggalkan memori indah untuk dikenang.

Itulah yang dilalui oleh pekerja ini, Encik Nazari. Sebagaimana kisahnya ini dikongsikan oleh rakan sekerjanya, Ezatul Marini. Sebelum meninggalkan organisasi, Encik Nazari yang dipanggil ‘Pakcik’ di kalangan rakan-rakan meluahkan hajat.

Mahu memiliki basikal elektrik untuk memudahkannya berulang ke masjid setiap kali waktu solat. Dan, bila tiba majlis perpisahan.. rakan-rakan yang berasa senang dengannya, tiba-tiba masing-masing buat tak layan. Malah, maklumkan tak dapat nak tunaikan hajat.

Nakal. Namun, inilah gurauan manis rakan-rakan untuk dikenang ‘Pakcik’ di akhir perkhidmatannya itu. Indah kisahnya.

Harga Basikal Elektrik Melebihi Bajet

Assalamualaikum, saya dah keluarkan Encik Nazari dari grup ini. Ada perkara yang perlu kita bincang, memandangkan basikal elektrik seperti yang dihajatkan melebihi bajet yang ada, kita patut fikirkan hadiah gantian.” Tiba-tiba Ustaz Mior hantar mesej.

Seisi grup jabatan kecoh petang itu. Tak cukup? Berapa banyak lagi yang kurang? Alahai! Bukan kah memang itu lah yang dihajatkan sangat Encik Nazari yang kami panggil Pakcik?

Apa kata kita cukupkan bajet yang ada. Kita belikan jugalah apa yang dihajatkannya tu. Duit boleh cari.” Dr Salwa keluarkan cadangan dan disokong Ustaz Khir Johari.

IKLAN

Petang itu sebulat suara diputuskan, kami akan cukupkan juga tabungan. Yang penting kami mahu Pakcik gembira.

Apa sangatlah difikirkan dana sedangkan beliau insan istimewa di hati kami. Beliau sudah seperti abang, bapa dan keluarga sendiri.

Saya nak tegur sikit, saya tak berapa setuju dipanggil Pakcik. Ini pejabat, semuanya perlu rasmi,” beliau pernah bersuara.

Ada kami kisah? Ishhh… tak mampu kami nak tahan diri, tetap juga panggil beliau dengan gelaran Pakcik. Kerana apa? Kerana beliau bukan lagi kami anggap orang luar. Beliaulah keluarga Jabatan Pengajian Am.

Dari semalam suasana sibuk dengan persiapan majlis. Yang menghias buat kerja menghias, yang uruskan hadiah teruskan dengan tugasan masing-masing. Yang penting majlis hari ini perlu meriah.

Kejutan Untuk ‘Pakcik’ Kenang Selamanya

IKLAN

Alhamdulillah majlis hari ini berjalan meriah dan penuh suasana kekeluargaan. Menepati peraturan, S.O.P tetap dipastikan terjaga.

Masing-masing sebenarnya teruja. Ada kejutan yang sudah kami rancangkan untuk Pakcik yang kami kasihi.

Ucapan demi ucapan kami hayati. Air mata, gelak ketawa bersilih-ganti. Hati sebenarnya berat nak melepaskan tetapi perpisahan ini perlu juga kami relakan.

Sampailah kepada penyampaian hadiah. Hati kami semakin teruja. Pasti Pakcik ternanti-nanti “wishlist” yang beliau dah sebutkan awal-awal semasa ditanya dulu.
Macamana Encik Nazari? Gembira ke setakat ini?” Emcee sengaja memancing emosi.
Encik Nazari, kami mohon maaf, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami tidak dapat tunaikan permintaan Encik Nazari. Kami tak dapat belikan basikal elektrik yang dihajatkan,” sebagai emcee, Lam Kok Wei terus-terusan menguji.

Hajatnya Mahu Bawa Basikal Elektrik Ke Masjid

Beliau masih berona gembira biarpun barangkali jauh dalam hati ada rasa yang hadir. Beliau hajatkan sangat basikal elektrik itu. Katanya untuk berulang ke masjid tiap waktu sembahyang.

IKLAN

Tiba-tiba pintu utama dibuka. Kami tidak mampu tahan rasa melihat reaksi Encik @ Pakcik Nazari kala menyedari apa yang dihajatinya sudah berada di depan mata.

Mahal, sungguh mahal melihat airmata yang tumpah dari kolam matanya tengah hari tadi.
Encik Nazari,
Segala jasa dan bantuan Pakcik takkan mampu kami balas
Segala gurauan dan teguran Pakcik kami simpan jadi panduan
Semua memori di hati kami kekal berbekas
Kami simpan indahnya kenangan
Selamat Bersara Encik Mohd Nazari bin Basiran
Semoga Allah selalu rahmati Pakcik
Semoga Pakcik terus menyebar manfaat buat umat

#KekitaanYangEratTiadaYangBerat
#GemilangPSAS
#ShapingPSASwithsoul

Duit pencen memang hak anda, tetapi janganlah berbelanja hingga tiada perancangan.

Alha Alfa ‘aim’ tiru ayah ada 3 rumah pencen, nanti tak minta duit anak.

MW : Punyai rakan sekerja yang menyenangkan pun satu anugerah dan rezeki dariNya.

Sumber/Foto : Ezatul Marini

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita