Selepas lebih 2 minggu berjuang meneruskan kehidupan, terkini dilaporkan penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail sebentar tadi.

Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Bagaimanapun, usaha menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.

Penerima HATI Pertama Afiq Ikmal Dah Tiada, Meninggal Awal Pagi Tadi

Komplikasi Hati Selepas 23 Tahun

Baru-baru ini, dilaporkan Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

IKLAN

Penerima HATI Pertama Afiq Ikmal Dah Tiada, Meninggal Awal Pagi Tadi

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.

Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam mengakui sedih dengan khabar pemergian Mohd Afiq Ikmal.

IKLAN

“Saya jangka saya pergi dulu kerana dari segi usia saya lebih tua berbanding Allahyarham. Saya sebenarnya berharap Afiq dapat terus hidup lebih lama dan menyambung legasi sebagai penderma organ suatu hari nanti, tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.

“Sebahagian hati saya dalam tubuh Allahyarham dan dia bawa sekali bahagian itu menghadap llahi. Sebahagian daripada saya juga sudah dikebumikan,” katanya.

Hasrat Dermakan Hati Sekali Lagi

Mengimbau perjalanan Mohd Afiq Ikmal dirawat di Hospital Selayang, Wan Mohd Hafizam berkata, beliau ada menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham.

IKLAN

“Hasrat ini dinyatakan kepada keluarga Mohd Afiq Ikmal selepas saya dimaklumkan Allahyarham perlu menjalani sekali lagi pembedahan pemindahan organ, apabila dia berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, ia tidak kesampaian dan kami semua ketika itu sentiasa mendoakan Allahyarham dapat kembali sembuh seperti sedia kala,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
23 Tahun Selepas Pembedahan, Penerima Hati Pertama Afiq Ikmal Dilaporkan KRITIKAL

MW: Salam Takziah buat keluarga adik Afiq Ikmal, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al Fatihah.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI