‘Hanya Dia Boleh Terima Saya 200 Peratus’ SWEET Cara Menteri Kewangan Hargai Isteri

Jangan tak tahu, Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz ini sweet juga orangnya. Lagi-lagi dalam bab menghargai isteri. Bak kata beliau, cuma isterinya, YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad itu yang boleh menerima dirinya 200 peratus.

Kata-kata penuh bermakna ini dizahirkan sempena meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Biar pun sibuk dengan urusan negara, tetap mengingati momen paling istimewa dalam kehidupan suami isteri.

‘Hanya Dia Boleh Terima Saya 200%’ SWEET Cara Menteri Kewangan Hargai Isteri

Sweet Ucapan Menteri Kewangan Untuk Isteri

Ini perkongsian sweet daripada ayah kepada empat orang cahaya mata,

IKLAN

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, sentiasa sabar dan selalu mendengar. Dan terima kasih kerana mendidik anak-anak, dan melayan kerenah saya. Terima kasih kerana memberi dorongan untuk saya dan memahami kekangan masa bersama keluarga terutama sejak berkhidmat di Putrajaya ini.

Dalam 10 tahun ini, hanya dia yang boleh menerima saya 200%, (dengan pelbagai kekurangan diri ini!), memberi sokongan berterusan dan sering ‘bersetuju’ dengan saya, walaupun kadang-kadang saya pasti ianya sukar. ⠀

Kepada Dina – pasangan saya yang luarbiasa, tempat mengadu dan sahabat akrab saya – terima kasih atas segalanya! Benar apa yang dikatakan, di belakang setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang gigih dan tabah. ⠀

📸: Delin (Adik ipar saya)⠀

#ulangtahunperkahwinan⠀

IKLAN

Menteri Kewangan ini mendirikan rumah tangga dengan Raja Datin Sri Johanna yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan.

Isterinya itu juga merupakan anak sulung kepada Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, iaitu seorang ahli perniagaan terkemuka di negara ini.

IKLAN

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikuniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Sumber/Foto : Tengku Zafrul

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI