Sewaktu dihubungi semasa siaran langsung Mingguan Wanita Talkshow tengahari tadi selebriti popular Lisa Surihani berkongsi cerita tentang pengalamannya menjalani pembedahan mata. Akui Lisa dia memakai cermin mata dan kanta lekap sejak kecil. Bersesuaian dengan topik perbualan hari ini iaitu Kanta Lekap Cantik Atau Perit, Lisa bersyukur selepas pembedahan mata yang dilakukan berjaya.

Jika sebelum ini bertahun-tahun hidup dengan daya pengihatan yang rabun. Hidupnya selama ini hanya bergantung pada pertolongan kaca mata dan juga kanta lekap sejak di zaman sekolah rendah lagi. Dan apabila sudah mampu melihat sepenuhnya tanpa menggunakan pertolongan alatan berkenaan, nikmatnya hanya Allah yang tahu.

“Sejak usia 4 tahun saya sudah pakai cermin mata. Usia 9 tahun saya sudah pakai kanta lekap. Saya pernah alami masalah dengan kanta lekap dimana kanta lekap pernah pecah dalam mata, pernah berada di belakang mata dan juga pernah diserang bakteria,” begitulah sukarnya kehidupan yang dilalui Lisa sebelum ini.

Kanta Lekap Pernah Pecah Dalam Mata, Lisa Surihani Kini Bersyukur Penglihatan Sudah Terang

Syukur Pandangan Sudah Tidak Kabur

Baru-baru ini LIsa juga telah berkongsi pengalaman di laman sosial Instagram dimana Lisa berkongsi momen-momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohammad.

IKLAN

“Secara jujurnya saya tidak sangka prosedur itu hanya memgambil masa kurang lima minit. Memang saya gementar tetapi ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof yang sangat sangat menenangkan.

“Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua selepas hampir 29 tahun,” ujar Lisa menerusi video yang dimuat naik.

Dia yang turut memberitahu mula memakai cermin mata dan kanta lekap semenjak kecil, Lisa ditemani ibunya dilihat menangis memeluk Prof Muhaya apabila selesai melakukan prosedur.

“Saya memangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan, Prof minta saya buka kaca mata dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar. Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

IKLAN

“Bayangkan bila selesai prosedur, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.

“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nikmatNya. Saya memang rasa sebak ketika itu, ujarnya yang berkata pengunaan kanta lekap selama ini telah memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.

Ditanya kenapa mengambil masa lama untuk melakukan prosedur itu, Lisa mengakui ia ada kaitan dengan masalah ‘anxiety’ dan ‘seriau’.

Tambah Lisa juga, dia menggunakan kanta lekap bukan atas sebab kosmetik tetapi masalah rabun yang dialami sebelum ini.

IKLAN

Cara pemakaiannya dulu yang perlu lakukan penjagaan lebih baik, mislanya kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.

“Namun ada ketikanya saya pakai lebih dari 11 jam dan kadang kala bawa sehingga tidur. Jadi saya nak ingatkan, jika pakai kanta lekao, tolonglah jaga perihal mata anda,” tambahnya lagi yang turut mengingatkan agar lakukan pemeriksaan mata setahun sekali.

Untuk keterangan lanjut bolehlah menonton siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8.00 malam di Astro Prima dan Astro Prima HD.

 

Kanta Lekap Pernah Pecah Dalam Mata, Lisa Surihani Kini Bersyukur Penglihatan Sudah Terang

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI