Sumber Foto : Instagram Fazura

“Jika nak kekayaan datang sendiri kerana Allah, bersihkan dulu niat sebelum buat apa-apa” luah Fazura. Benarlah apa yang diperkatakan selebriti popular yang kini bergelar usahawan.

Fazura yang punya pendapat sendiri tidak memilih jalan singkat untuk melariskan produk keluarannya. Respek dengan pendiriannya yang lebih mengutamakan keberkatan dalam apa jua yang dilakukan dan menetapkan niat baik supaya kerja dapat dilakukan dengan telus.

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah”

Pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini, percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Rezeki Allah sentiasa ada untuk kita.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah buat gimik untuk lariskan produk.

“Bagaimanapun ditakdirkan ada rezeki yang hadir, saya bersyukur sebab tidak perlu buat perkara-perkara merapu.

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura

Pastikan Niat Kita Betul

“Malah saya percaya sebelum berbuat sesuatu, pastikan dulu niat kita betul supaya kerja dapat dilakukan dengan telus.

“Kalau buat untuk viral, popular atau kerana mahu bersaing dengan jenama lain dengan niat kurang baik, kita pasti akan menemui kegagalan.

“Jika nak kekayaan datang sendiri kerana Allah, bersihkan dulu niat sebelum buat apa-apa, insyaAllah akan dipermudahkan,” ungkap Fazura seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.

IKLAN

Isteri kepada pelakon Fattah Amin dan ibu kepada Nur Fatima Aisya ini juga begitu teruja dapat bekerjasama mengeluarkan jenama telekung bersama pakar mata dan motivasi, Prof Muhaya Mohamad.

Koleksi Fazura x Muhayya menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Pilih Naskhah Drama Yang Bermanfaat

Sejak berhijab Fazura akui dirinya teruja untuk kembali berlakon namun meletakkan syarat tertentu sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Saya nak lakonkan sesuatu naskhah yang membawa manfaat.

“Jika dipermudahkan dan Allah izinkan, lepas Aidilfitri nanti, saya akan berlakon sebuah drama bersiri. Inilah hadiah untuk semua yang rindukan lakonan saya,” akhiri Fazura.

IKLAN

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura

Warganet Puji, Cantiknya Bertudung & Baju Labuh 

Sememangnya Fazura cukup jelita, walaupun sudah berhijab namun Fazura tetap anggun bergaya.

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura “Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura

“Jika Nak Kekayaan Datang Sendiri Kerana Allah, Bersihkan Dulu Niat Sebelum Buat Apa-Apa” Fazura

Gelagat Comel Nur Fatima Aisya!

Menarik Lagi : Terharu Tengku Permaisuri Norashikin Sudi Mengenakan Tudung Fazura Harga Kurang RM30

IKLAN

‘Fazura Manis Berhijab’ Itulah Doa Fattah Amin Untuk Isteri

Sumber : SinarPlus

Sumber Foto : Instagram Fazura

Mingguan Wanita : Alahai cantiknya Fazura sejak berhijab ni. Sejuk saja mata memandang.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI