Bahagiakan jika celik saja mata, buka tingkap dan pintu rumah terbentang luas pemandangan gunung ganang yang menghijau. Tanaman sayuran pula mekar berbuah, subur hasilnya.
Perkongsian Azizul Julirin yang juga Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm PLT tentang ayahnya ini begitu menjentik hati.
Bapanya dalam usia 62 tahun tetap produktif bekerja dengan tanam-tanamannya. Malah, kreatif dan berinovasi menghasilkan sistem tanaman hidropinik yang lebih baik.
Bukan sedikit tanaman yang ada di sekeliling kediamannya. Ada strawberi, buah tin, jambu kampung malah markisa yang sentiasa mengeluarkan hasil.
Menariknya, berganti-gantian pula jenis tanaman di sekeliling rumah mengikut bulan.
Bapa Masih Produktif Walau Usia Menjangkau 62 Tahun
Day 2 Ramadhan 2022
Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni. Jadi saya keluar rumah hajat mau ambil gambar gunung. Bapa saya rupanya lagi dulu keluar tengok tanaman sayuran beliau.
Beliau masih sangat produktif walaupun usia sudah menjangkau 62 tahun. Saya pun kalah kalau pasal produktiviti kerja dengan beliau.
Tanaman di halaman rumah kami silih berganti. Bulan lepas tanam romaine lettuce, bulan ni tanam sayur minyak. Bulan sebelumnya tanam tomato kem, bulan ni bapa saya mau tanam tomato cherry dengan kaedah inovasi baru beliau.
Tanaman lain sekeliling rumah seperti strawberry, buah tin, jambu kampung, markisa sentiasa mengeluarkan hasil.
Ads
Anggur di rumah masih kecik. Yang di tanam di ladang sayuran saya yang sudah berbuah. Bunga ati-ati dan keladi mama punya bikin terapi walaupun sayang sekali nda boleh dimakan.
Semoga Ramadhan menjadikan kita mukmin yang lebih produktif dan berdaya usaha cemerlang.
Siapa yang pernah ke Kundasang, tentunya pernah sampai ke Kundasang Aquafarm ini. Ladang tanaman yang menghasilkan sayuran segar untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.
Tentunya graduan Universiti Malaysia Sabah ini boleh berbangga dengan hasil tanaman yang subur lagi menghijau ini.
Anak Kongsi Rutin Bapa Setiap Pagi, Jengah Tanaman Sayuran
Jom! layankan gambar-gambar ayah Azizul yang komited dengan tanamannya.
Ads
Pemandangan yang membahagiakan. Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa sihat setiap masa dan sempat melihat kejayaan anak-anak.
Rutin tiap pagi bapa saya, cek tanaman beliau sebelum beliau keluar tengok-tengok kebun lain.
Ada 4 rekabentuk sistem hidroponik di sini. Paling hujung kiri saya bikin, yang 3 lagi bapa saya bikin.
Ads
Inovasi sistem tanaman tomato hidroponik. Belum siap lagi. Petang bapa saya sambung dia bilang.
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam bakal meraikan 1 Syawal. Dalam kegembiraan, terselit kesayuan mengenangkan Ramadan yang penuh keberkatan bakal berlalu pergi.
Semoga kita semua dikurniakan kesempatan dan usia untuk bertemu lagi Ramadan akan datang, insya-Allah.
Persiapan
Bab persiapan raya memang antara topik paling hangat kala ini. Pasti ada yang masih membuat persiapan saat-saat akhir. Bagi yang berkemampuan, pasti awal-awal lagi sudah pun membeli atau menempah baju raya, sama ada untuk diri sendiri mahu pun anak dan suami. Malah ramai yang memilih untuk bergaya sedondon satu keluarga. Lagi meriah katanya!
Kebiasaannya, bergaya sedondon untuk satu keluarga kecil tak jadi masalah, hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak saja. Tapi, kalau melibatkan keluarga besar yang masing-masing sudah berkeluarga, agak sukar sebenarnya.
Untuk penulis sendiri, lebih 14 tahun menggayakan pakaian sedondon untuk keluarga besar kami, keluarga Abu Bakar dan Rabiah.
Sepakat
Kami bertujuh beradik perempuan, jadi lebih mudah untuk sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Masing-masing akan pastikan anak-anak dan suami akan menurut tema warna yang ditetapkan.
Tradisi berbaju sedondon ini bermula selepas kami mencari baju sedondon untuk majlis perkahwinan adik ketiga. Rasa seronok pula bergaya sedondon beramai-ramai. Akhirnya sejak itu, saban tahun, kami bergaya sedondon walau pun tahun itu giliran di rumah mentua masing-masing. Kecuali ada yang sedang mengandung, biasanya akan ‘simpan’ kain baju itu untuk ditempah selepas bersalin nanti.
Kami sudah terbiasa digelar kumpulan boria atau kumpulan nasyid bila menziarahi rumah saudara mara secara konvoi. Malah ada yang tertunggu tunggu tahun itu kumpulan boria kami pakai baju warna apa pulak. Bila ada kenduri saudara mara terdekat, kami akan berpakat untuk menggayakan mana-mana baju sedondon kami.
Disertakan tip sekiranya ingin bergaya sedondon:
1.Sangat Penting! Walau pun adik-beradik, tak semestinya kemampuan kewangan kita juga sama. Jadi berbincang dengan adik-beradik dahulu bajet masing-masing. Bila bajet dipersetujui, barulah boleh teruskan. 2.Rancang dari awal agar mudah mengatur bajet lebih-lebih lagi bagi yang ada anak ramai. Atau boleh juga buat sistem bayar berperingkat, ala-ala ‘kutu’ agar tak terbeban sangat. 3.Pilih salah seorang untuk ditugaskan survey seterusnya membeli/menempah baju dan duit boleh diberikan kepadanya. 4.Untuk jimat, boleh pilih baju siap yang banyak terjual di pasaran. Harga pun boleh pilih ikut suara ramai. 5.Ia bukan ‘wajib’ sekadar nak tambah kemeriahan di hari raya. Jadi, sekiranya ada yang tak mampu, jangan pula sampai timbul pertelingkahan!
Apa Kelebihan Pakai Sedondon?
Gambar raya nampak lagi cantik sebab warna seragam.
Bila ke mana-mana, akan jadi perhatian kerana pakai baju ‘sepapan’.
Kalau anak ‘hilang’ bila berada di sebuah rumah yang ramai tetamu, senang nak tahu siapa mak ayahnya berdasarkan baju yang dipakai.
Sekadar nak memeriahkan suasana sambutan raya, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali pakai baju itu, teringat pada adik beradik yang lain.
Memudahkan bila ada kenduri kendara, boleh menggayakan pakaian sedondon yang sedia ada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya anak yang selesema mungkin akan demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.
Jadi sebelum selera makan anak makin kelaut dan meragam setiap kali nak tidur malam, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif melalui pengalaman jaga anaknya sendiri…
Anak Selesema
Solahuddin ni jarang selsema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema.
Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selsema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
PERTAMA:
Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
KEDUA:
Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selsema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
MASAK SUP AYAM
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selsema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Resepi Sup Ayam Antibiotik
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara Membuatnya:
Didihkan semua seperti memasak sup.
Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
Sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
NOTA:
Kalau nak masukkan isi ayam, tak perlu bubuh ikan bilis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini yang penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin kongsikan tentang rezeki suami isteri. Bagaimana seorang suami yang tak kedekut dengan isteri mahupun ibu nya, sentiasa murah rezekinya.
Dan macam mana seharusnya hubungan menantu dengan mentua sepatutnya terjalin. Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu menitipkan pesanan ini di dalam laman instagramnya.
Suami Jangan kedekut Dengan Ibu, Isteri..
Tulisnya,
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga di kedudukan yang tak pernah kami duga. Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene banyak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!!
“Ibu yang melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu.
“angan kedekut dengan isteri.. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pun jangan lah ambil kesempatan pada suami.
“Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.
Tanpa Ibu Mentua, Awak Tak Boleh Kenal Suami Awak..
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi.
“Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama, ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama.
“Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu..”
“tag your husband and please tag your wife.”
Pasangan sweet ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin
MW : Banyak betulnya pesan Sarah tu.. sebab makin pemurah suami, semakin murahlah rezeki untuknya.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...