Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu

Shuib reda.. seperti yang semua sedia maklum, isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin kini kritikal selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen rendah dalam badan.

Malah Sarah juga baru sahaja melahirkan bayi lelaki menerusi pembedahan pada petang Jumaat dan hingga kini masih belum sedarkan diri.

Shuib Reda Ujian, Pohon Maafkan Sarah 

Malam semalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat secara maya telah dianjurkan untuk kesembuhan Siti Sarah oleh Indigital Music. Menerusi majlis itu, Shuib akui reda dengan ujian yang dilalui malah dia juga yakin isterinya kuat untuk berjuang dan kembali ke rumah selepas ini.

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat dan saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia. Moga dengan berkat bacaan Yasin malam ini, saya harap Allah angkat doa kita semua.

“Bacaan Yasin dan doa-doa malam ini kita tujukan juga untuk semua yang tengah berjuang melawan Covid-19 di luar sana,” ungkapnya.

Mohon Kenalan & Orang Ramai Memaafkan Salah Silap Sarah

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

Dalam pada itu, Shuib memohon semua kenalan dan orang ramai agar memaafkan segala salah silap isterinya selama ini.

“Saya mohon maafkan segala apa sahaja yang dia ada sakitkan hati sesiapa, Ampunkan dia dan halalkan makan minum dia. InsyaAllah, saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat.

IKLAN

“Semoga dengan memaafkan dia, akan permudahkan perjalanan dia untuk hadapi semua ini, insyaAllah,” luahnya.

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya”  Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

Shuib Reda Dengan Ketentuan

Malah Shuib juga akui kini dia lebih tenang dan terbuka, malah reda dengan segala ketentuan untuknya dan keluarga.

“Saya sangat berlapang dada pada malam ini, untuk segala doa yang diberikan. Petang tadi saya rasa kosong dan tidak tahu nak buat apa.

“Saya reda dengan ujian Allah ni. Dan saya yakin dengan setiap ujian yang saya lalui, ada kebaikan di depan.

“Saya dah lalui macam-macam ujian dengan dia dan dialah orang yang kuatkan saya. Bila semua orang ada dalam (majlis bacaan Yasin dan doa selamat) ni, telah buka mata dan hati saya untuk reda dan lebih yakin terima apa sahaja yang akan jadi selepas ini,” katanya sepertimana dipetik menerusi SinarPlus.

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

IKLAN

Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan

‘Oksigen Masih Belum Stabil..’ Shuib Doakan Siti Sarah Kuat Semangat

Allah Pasti Memberikan Yang Lebih Baik

Shuib juga percaya apa pun yang terjadi, Allah pasti memberikannya yang lebih baik.

“Walaupun benda tu tak baik, itulah adalah yang paling baik Allah nak bagi pada saya dan keluarga. Saya cukup yakin apa pun jadi selepas ni, Allah nak bagi saya benda yang lebih baik.

“Malam ini sebenarnya ajar saya banyak benda. Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keputusan dan keadaan selepas ini saya akan reda, insyaAllah.

IKLAN

“Cuma saya mohon sangat, janganlah lepaskan doa untuk dia sampailah bila-bila. Tolonglah selitkan doa untuk dia, tolonglah. Apapun jadi, doakanlah dia,” kata Shuib.

Titipkan Doa Juga Untuk Anak Keempat Ayash Affan

Pada masa yang sama Shuib juga mohon mendoakan anak keempatnya, Ayash Affan.

“Doakan juga untuk anak saya di hospital, Ayash Affan. Semoga dia jadi anak yang soleh dan anak yang kuat untuk bertahan dalam tempoh dua bulan ini,” akhiri Shuib yang turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan isterinya.

Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya” 

Sumber : SinarPLus
Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu

Mingguan Wanita : Semoga Sarah terus kuat melawan Covid-19 dan kembali pulih seperti sediakala. 

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI