Ads

Lovely Sabana Augustine Nak Kejar Impian, Anak Keturunan Kadazan-Siam Perlu bantuan Ke UPSI

Lovely Sabana Augustine
Lovely Sabana Augustine

Tular kisah anak gadis bernama Lovely Sabana Augustine di media sosial, kisah seorang anak yang mahu kejar cita-citanya dan mungkin akan ubah nasib keluarganya.

Cukup manis orangnya dan sangat bijak dalam akademik, inilah yang sepatutnya kita bantu apabila gadis ini mempunyai masalah kewangan untuk teruskan impian besarnya.

Lovely Sabana Augustine Nak Kejar Impian

Lovely Sabana Augustine Nak Kejar Impian, Anak Keturunan Kadazan-Siam Perlu bantuan Ke UPSI

Lovely Sabana Augustine ialah anak bongsu daripada empat beradik. Mendiang ayahnya, seorang bekas tentera berketurunan Kadazan, telah meninggal dunia akibat angin ahmar pada tahun 2017. Ibunya, Mek Kenui, pula berketurunan Siam dan beragama Buddha.

Sejak kehilangan suami, Mek Kenui menjadi tulang belakang keluarga. Dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan, beliau bekerja sebagai tukang cuci sekolah. Pada setiap hari Jumaat, beliau turut menjaga tempat letak kereta di sebuah masjid ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat. Beliau juga merupakan anggota RELA.

Tiga orang abang Lovely masing-masing bekerja sebagai jurujual pasar raya, pembantu kedai dan pekerja kampung. Namun kehidupan keluarga ini tetap sederhana dan penuh dengan kekurangan.

Dalam keadaan serba terbatas, Lovely tidak pernah berputus asa mengejar impian.

Ads

Hasil usaha dan kesungguhannya, Lovely berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM dan kini menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral dengan Kepujian.

Anak Keturunan Kadazan-Siam Perlu bantuan Ke UPSI

Lovely Sabana Augustine Nak Kejar Impian, Anak Keturunan Kadazan-Siam Perlu bantuan Ke UPSI

Apa yang menjadi perhatian, Lovely kena daftar pada 12 September 2026 dan memerlukan sebanyak RM2,232.35 untuk bayaran pendaftaran.

Namun, itu bukan satu-satunya keperluannya. Lovely juga memerlukan sebuah laptop, kelengkapan pengajian serta keperluan diri untuk memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

Ads

Lovely Sabana Augustine Nak Kejar Impian, Anak Keturunan Kadazan-Siam Perlu bantuan Ke UPSI

Mek Kenui mengakui beliau kini agak buntu memikirkan bagaimana untuk menyediakan keperluan tersebut dengan pendapatan yang ada. Di sinilah kita boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan Lovely.

Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kita tetap berkongsi satu perkara, kita semua rakyat Malaysia. Masih ramai insan baik di luar sana yang sudi menghulurkan sedikit bantuan agar Lovely dapat melangkah ke UPSI, meneruskan pengajiannya dan suatu hari nanti mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik.

Tidak kira besar atau kecil sumbangan anda, setiap ringgit yang diberikan adalah satu langkah untuk membantu seorang anak muda mengejar masa depan. Ayuh, sama-sama kita bantu Lovely ke UPSI.

Ads

Terkini kisah anak gadis ini mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, memaklumkan pihak UPSI akan menghubungi pelajar berkenaan bagi menghulurkan bantuan. Apa pun kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan Lovely dan keluarganya.

Anda mungkin berminat dengan

Info: 3rd Force Pasir Mas

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Tudung Terbelit

Tudung Terbelit Pada ‘Role Gate’ Kunci Air, Wanita 56 Tahun Meninggal...

Hanya disebabkan tudung terbelit pada role gate kunci air, seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) disahkan maut di Grand Sabak Hotel.