Ads

Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!

Tempat Sambut Ambang Merdeka
Tempat Sambut Ambang Merdeka
Malam ini, di mana tempat sambut ambang merdeka untuk tahun ini? Bukan sekadar nak tengok bunga api tetapi cara ini adalah simbol kegembiraan rakyat menyambut Hari Kebangsaan.
Ya, letupan cahaya berwarna-warni di langit tepat jam 12 tengah malam menandakan masuknya tarikh 31 Ogos, hari kebebasan negara kita daripada dijajah.

Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri

Apa yang menarik, ramai rakyat daripada pelbagai kaum datang meraikan ambang merdeka bersama, sekaligus melambangkan perpaduan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
Berikut adalah senarai lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2026 yang telah diumumkan sehingga kini untuk beberapa negeri di Malaysia:
1. Kuala Lumpur – Dataran Merdeka
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur!
Bersiap sedia untuk meraikan malam Sambutan Ambang Merdeka yang penuh meriah dengan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan rakyat malaysia.
Anda bakal dihiburkan dengan persembahan artis hebat tanah air:
• Dato’ Zainal Abidin • Aina Abdul• ⁠Adira Suhaimi • Mimi Fly • Asmidar • Nadia Aqilah • Anggrek • Emma Suhaimi • Aman Ra • Haziq Rosebi• Kidd Santhe • Danny Koo • Izen Kong • Pasya • Hussain • Zubir Khan
Pengacara: Terrence Dass & Syamira Nazir
Serta persembahan yang bakal diiringi oleh pemuzik dari Kombo Budaya DBKL, Orkestra Kuala Lumpur, Artis Budaya DBKL, Fakulti Tari Aswara & New Gen D Studio, Vehara Arts!
Jom bersama-sama kita menyaksikan barisan artis tanah air, persembahan kebudayaan pelbagai kaum, muzik, nyanyian dan pelbagai pengisian menarik dalam satu sambutan penuh semangat!

Jom Meriahkan!

Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!

Ads
Ads
Ads
2. Selangor
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada:
Tarikh: 30 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 6 petang – 12 malam
Tempat: Stadium Kajang
Maps/Waze: https://maps.app.goo.gl/TZ96QVwSCd4bGSbE9
Pelbagai aktivti menarik disediakan, antaranya:
-Perarakan dan perbarisan
-Persembahan badan beruniform
-Pertunjukan bunga api
-Persembahan kebudayaan
-Persembahan artis terkemuka tanah air
Jemput datang bersama keluarga sambil menyemarakkan semangat cintakan negara.
3. Melaka
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 adalah pada:
Tarikh & Masa: 30 Ogos 2025, bermula dari 8:00 pm
Lokasi: Perkarangan Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka
Selain itu, terdpat pengisian lain sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka dan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) seperti berikut:
Tarikh: 29 hingga 31 Ogos 2026
Tempat: Klebang, Melaka
Pelbagai acara menarik diaturkan antaranya:
⚔️ Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) anjuran Kementerian Pertahanan
✨ Melaka Berselawat Bersama Habib Syech Assegaff
💂‍♂️ Perbarisan dan Perarakan Kontinjen
🛡️Pameran Aset ATM
🎭 Kereta Berhias
🛡️ Pameran dan Demonstrasi Ketenteraan
4. Perlis
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
30 Ogos 2026 (Ahad)
8.00 malam
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
5. Johor
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
AMBANG MERDEKA BERSAMA PENEROKA 2026
Jom kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka Bersama Peneroka 2026!
30 Ogos 2026 (Ahad)
Padang Awam FELDA Ulu Penggeli
7.30 pagi – 12.00 tengah malam
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan warga FELDA untuk menyemarakkan semangat Merdeka!
6. Perak
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Sambutan Ambang Merdeka X Festival Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) 2026 kembali dengan lebih meriah, lebih besar dan lebih mengujakan!
Bersedia untuk meraikan ambang kemerdekaan bersama kami dalam suasana penuh patriotik menerusi pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
📅 29 – 31 Ogos 2026
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru
🕙 12.00 tengahari – 12.00 malam
✨ Antara pengisian yang bakal memeriahkan festival:
🎭 Persembahan kebudayaan
🍴 Jualan makanan & minuman
🛍️ Gerai pameran
🎉 Aktiviti untuk seisi keluarga
7. Sarawak
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Sarawak secara rasmi mengadakan malam Ambang Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2026 di Kapit, Sarawak dengan ketetapan berikut:
30 Ogos 2026
8 malam
Kapit Town Square
8. Terengganu
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Ayuh seluruh rakyat Terengganu, hadir bersama keluarga dan sahabat-handai untuk menyemarakkan Majlis Sambutan Malam Ambang Merdeka Tahun 2026!
30 Ogos 2026 | Ahad
Bermula 8.45 malam
Dataran Muara Utara Drawbridge, Kuala Terengganu
Nikmati pelbagai pengisian menarik menjelang detik 12.00 tengah malam, antaranya:
Forum Bicara Merdeka
Persembahan khas kumpulan Rabbani
Lagu-lagu popular seperti Intifada, Teman Sejati, Warisan, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang
Upacara penyerahan Jalur Gemilang
Perarakan Rejimen 512 Askar Wataniah
Kiraan detik Ambang Merdeka
Pertunjukan bunga api
9. Pahang
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Mari raikan Merdeka bersama-sama!
Sertai acara Ambang Merdeka di Kuantan 188 pada 30 Ogos 2026 dan saksikan pertunjukan bunga api yang memukau, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan bersama.
Bawalah keluarga serta rakan-rakan anda, dan mari kita jadikan sambutan Merdeka ini suatu kenangan yang terindah!
10. Pulau Pinang
Tempat Sambut Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri, Jom Meriahkan!
Acara Tahunan Paling Rare, Paling Sempoi Di Penang!
Pelbagai aktiviti dalam 1 festival:-
Pameran & Aktiviti Agensi Keselamatan TUDM, PDRM, BOMBA, APM & AADK, Street Food Fest, Bundle,Thrif, Fashion Fest, Forum Islamik & Qasidah, Konsert Akim & Stacy, Merdeka Night Run 2026, Tembakan Bunga Api, Street Soccer dan Mewarna
Tidak kisahlah tempat mana pun, janji semangat untuk meraikan hari kebangsaan itu ada dalam jiwa. Ayuh, rakyat Malaysia kita meriahkan susasana!
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

Anda mungkin berminat dengan

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Fakhrul Munir

Isteri Fakhrul Munir Buat Pengecaman, Berdepan Detik Ngeri Terpaksa Tengok Mayat...

Isteri Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang susulan banjir besar di Nepal, Hani Othman, selamat tiba di Kathmandu lewat malam semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha mencari suaminya