Suami meninggal dunia akibat sakit jantung, ibu paling tua di dunia terpaksa besarkan anak sendirian tanpa suami.
Ternyata bukan satu yang mudah, kerana dalam usia warga emas dia perlu membesarkan anak kembar seorang diri setelah berpuluh tahun lamanya menanti cahaya mata.
Ibu Paling Tua Di Dunia
Seorang wanita di New Delhi yang mencatat sejarah sebagai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 73 tahun dua tahun lalu, terpaksa membesarkan anak-anaknya bersendirian, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut Erramatti Managayamma, dia berdepan cabaran tersebut susulan kematian suaminya akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.
Kredit Foto : Internet
Suami Meninggal Sakit Jantung
Erramatti dan mendiang suaminya, Raja Rao berkahwin pada 1962. Pasangan itu menunggu 57 tahun untuk bergelar ibu dan bapa apabila anak kembar mereka selamat dilahirkan pada 5 September 2019.
Erramatti hamil melalui persenyawaan luar rahim (IVF) selepas mengetahui tentang kaedah tersebut daripada jirannya.
Menurut akhbar Hindustan Times, Erramatti mengalami putus haid 25 tahun lalu dan tidak lagi boleh menghasilkan sel telur, manakala sel telur penderma lain digunakan untuk disenyawakan dengan sperma mendiang suaminya.
Memandangkan kelahiran normal adalah sukar bagi individu seusia Erramatti, bayi kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan ceasarean.
Selepas berjaya melahirkan bayinya, Erramatti berkata bahawa dia sangat teruja.
Ads
Kredit Foto : Internet
Terpaksa Besarkan Anak Sendirian
“Saya tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Bayi ini telah melengkapkan saya.
“Kini, tiada sesiapa boleh menggelar saya mandul lagi,” katanya.
Kredit Foto : Internet
Biarpun bergelar ibu tunggal, wanita itu berkata, dia melantik ahli keluarganya yang lain untuk menjaga anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.
“Saya mahu lihat anak-anak saya membesar dan telah memilih ahli keluarga untuk menjaga mereka sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada saya,” katanya. –Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata berkat kesabaran wanita ini dan suaminua, mereka akhirnya berjaya memiliki cahaya mata. Bukan setahun, dua mereka menanti, sebaliknya 57 tahun mereka tetap sabar dengan ujian ini. Kisah ini patut menjadi inspirasi buat pasangan yang masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.
Tak dinafikan memang ramai yang terkesan akibat Covid-19. Tak kiralah baik golongan kaya mahupun golongan miskin.Yang dahulunya mungkin nampak kaya dan berharta, mungkin sekarang antara yang kehilangan sumber pendapatan dan mempunyai hutang keliling pinggang.
Maka tak mustahil juga jika yang kita lihat angkat ‘bendera putih’ ini ada dikalangan rumah-rumah besar dan juga keretanya banyak.Janganlah kita mudah menilai diri seseorang, bila mana kita tak memahami keadaan dan situasi yang dihadapi.
Mentality @ mindset orang kita selalu dah disumbat dengan pahaman sebegini.
Kita nampak rumah agam tersergam indah, besar, tanah luas, ada kolam renang, kereta mewah 2-3-4 biji, kipas kat luar, aircond 2-3 bijik keliling rumah, akan ada yang akan cakap,
“Eh kaya betul dia ni” “Orang kaya ni” “Banyak duit dia ni” dan macam-macam lagi ayat dalam otak keluar.
Bila tengok rumah kecik, bersepah, nampak tak terurus, cat dah terkopak-kopak, kereta buruk, ada tanggapan akan mengatakan,
“Kesian dia, susah dia ni” “Isk kesian, macam orang susah je” “Tengok gaya pun tau tak ada duit”
Mesti ada kan diantara kita yang fikir 2 benda atas ni. Saya pun dulu masa mula-mula nak hidup, bila tengok rumah orang besar, nampak mewah saya akan cakap ini mesti orang kaya. Sebab apa, sebab kita dah terdidik berfikiran begitu sejak kecil lagi. Saya selalu ingatkan anak-anak, rumah besar, banyak kereta mewah tak semestinya dia kaya raya. Entah-entah hutang dia lagi menimbun dari yang rumahnya kecil, keretanya buruk tapi bebas hutang.
Tanda Aras Kekayaan
Rumah besar, kereta baru atau mewah bukan tanda aras kekayaan seseorang. Itu hanya alat kemampuan sewaktu mereka mampu. Sama juga seperti kita, bila job masyuk, macam-macam benda kita nak ganti baru. Betul tak? Kalau boleh isteri pun nak baru.
Itu sewaktu kita mampu. Tapi dalam situasi PANDEMIK, ENDEMIK atau EPIDEMIK seperti sekarang ni, yang kita nampak kaya itulah paling teruk terkesan berbanding kita yang biasa-biasa nie sahaja. Bisnes lingkup semua dipaksa tutup.
Tahu tak kenapa?
Okey, begini ya.
Mereka yang asalnya berkrmemampuan ini biasanya pemilik bisnes besar-besaran, ada kilang, ada ramai staff, ada banyak bisnes, pemilik hotel dan pusat peranginan, ada banyak transport seperti pengusaha bas dan banyak lagi.
Ada diantara mereka yang mempunyai hutang berbilion, berjuta, beratus ribu dan berpuluh ribu tak dapat dibayar disebabkan isu PANDEMIK, ENDEMIK atau EPIDEMIK seperti ini. Jangan cakap, kereta banyak, barang-barang banyak, juallah dulu sebelum meminta. Kalian.. Dalam situasi begini, ramai orang susah, nak jual apa pun sangat payah. Apatah lagi barang mewah. Makanan diperlukan segera. Nak jual kereta atau rumah memerlukan masa berbulan-bulan baru settle.
Jadi tak mustahil kalau yang angkat bendera putih ini ada dikalangan rumah-rumah besar dan juga keretanya banyak. Mereka kadang tiada langsung cash ditangan. Jadi, nak makan apa?
Saudara mara memang sudah menganggap mereka kaya raya dan tak perlu dibantu. Hakikatnya pemilik rumah sahaja tahu bagaimana isi perut mereka waktu itu. Jangan menilai siapa mereka sebelum wabak bermula. Kerana setiap mereka berbeza-beza.
Jangan disebabkan kita marahkan orang kaya atau menteri pasola duduk silang panggung tak bantu sesiapa, habis semua yang ada rumah besar dan kereta mewah yang letak bendera putih pun kita pandang sinis dan doakan yang tak baik terhadap mereka.
Kalau ternampak, bantulah.
Mereka pun tak akan meminta jika tidak terdesak.
Hari ini mungkin hari dia, esok lusa, bulan depan, tahun depan?
Mungkin hari kita pula.
Saya cuma berharap, Allah percukupkan diriku dan semua makhluknya di dunia ini sehingga habis nyawa supaya tidak menyusahkan sesiapa, mudah-mudahan.
Jangan menghina mereka yang betul-betul susah. Tapi lebih malu pada kita yang sangat kedekut nak keluarkan harta untuk bersedekah.
Makluman:-
Saya telah dihubungi oleh cucu kepada pemilik rumah ini yang menyatakan, bahawa pemilik rumah tersebut adalah seorang ibu tunggal, di mana JPKK yang menyuruh mereka yang berstatus ibu tunggal meletakkan bendara putih bagi tujuan memberi bantuan kepada ibu tunggal dan memudahkan pihak JPKK mencari rumah. Kasihan pada pemilik rumah kerana sering ditanya “sudah berapa hari tidak makan”
Gambar ke-2 adalah makluman dari cucu pemilik rumah tersebut, orang yang memberi bantuan itu memang sudah cukup mulia sifatnya dan patut dicontohi.
Yang perlu dihentikan adalah ayat-ayat provokasi dan menghina orang lain dimedsoc.
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, hentikanlah mengambil gambar sewaktu sumbangan dilakukan bagi mengelakkan gambar diambil oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah.
Janganlah kalian sesekali mentafsir sendiri apa yang berlaku disetiap rumah yang kalian sendiri tidak diami.
Sekarang zaman dimana ramai orang kaya atau miskin memang ramai terkesan. Jika rumah, kereta dan aset yang ada dapat dicairkan dengan segera, mungkin di antara yang mengibarkan bendera putih itu tidak akan sesekali mengibarkannya.
Anda akan faham, bila anda sendiri sudah mengalami situasi sukar itu nanti.
Mingguan Wanita : Ada benarnya, musim pandemik ini boleh dikatakan semua peringkat golongan terkesan tak kira kaya mahupun miskin. Yang dahulunya mungkin nampak kaya dan berharta, mungkin sekarang antara yang kehilangan sumber pendapatan dan hutang keliling pinggang. Jangan kita mudah menilai diri seseorang, bila mana kita tak memahami keadaan dan situasi yang dihadapi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Sheila Majid puas hati dapat jaga arwah ibu hingga menghembuskan nafas terakhir. Ratu jazz dan juga penyanyi legenda Datuk Sheila Majid mengakui sewaktu pandemik Covid-19 memberi impak yang besar kepada semua orang, tidak terkecuali dirinya yang terpaksa berehat panjang disebabkan banyak aktiviti seni terhenti dalam tempoh tersebut.
Disebalik itu, Sheila yang kini sudah menjangkau usi 57 tahun menganggap tempoh tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya yang berkesempatan meluangkan masa dan menjaga arwah ibunya, Saadiah Adam, pada lima bulan terakhir sebelum meninggal dunia.
Sheila Majid Puas Hati Dapat Jaga Arwah Ibu
Beberapa bulan sebelum pandemik bermula iaitu pada tahun 2019, Sheila terlalu sibuk dengan aktiviti seni di merata tempat dan tidak mempunyai lebih masa untuk menemani arwah ibunya yang berusia 96 tahun dan semakin uzur ketika itu.
“Sepanjang 2019 itu saya sangat sibuk dan sentiasa terbang ke sana sini. Ketika itu saya selalu berdoa jika apa-apa terjadi kepadanya ibu, saya berharap waktu itu saya berada di rumah bersamanya.
“Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya dengan terjadinya pandemik. Malah pada Mac 2020 kita semua tidak boleh ke mana-mana dan saya menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin menjaga ibu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pada Ogos tahun sama,” ujarnya seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.
Sebagai Anak Kalau Boleh Nak Jaga Ibu Sendiri
Tempoh lima bulan tersebut amat bermakna buat dirinya kerana sepanjang masa dapat berada di sisi arwah yang tinggal bersamanya.
“Saya bersyukur dapat bersamanya pada lima bulan terakhir itu. Dapat mandikan dia, jaga makan minum dan jaga keperluannya sedangkan sebelum ini saya tiada masa untuk buat semua itu kerana sibuk.
“Saya puas hati kerana dapat jaga dan buat segala-galanya yang saya boleh untuk dia ketika itu. Ibu memang ada jururawat yang menjaga, tetapi sebagai anak kalau boleh kita mahu lakukan sendiri untuknya,” tambah Shiela.
Teruja Bakal Kembali Di Pentas Hiburkan Peminat Setia
Sheila yang ditemubual baru-baru ini pada sidang akhabar Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Rabu, mengakui teruja bakal kembali di pentas menghiburkan peminat setianya.
Persembahan satu malam yang dijadualkan pada pada 18 mac 2023 itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
“Saya cukup berbesar hati untuk mengadakan konsert ini apatah lagi ia adalah permintaan peminat.
“Saya akan hiburkan peminat dengan lagu-lagu kegemaran mereka, tetapi istimewanya konsert ini akan menampilkan pelbagai elemen menarik terutamanya melibatkan susunan muzik.
“Persembahan saya itu nanti akan diiringi Big Band yang diketuai oleh Mac Chew yang pastinya akan memberi energi berbeza,” ceritanya.
Tiket Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 dijual dengan harga RM288, RM488, RM588, RM688, RM888 dan RM1,288 (VVIP). Pembelian boleh dibuat menerusi www.Jiobuddy.asia.
Kedua-dua mak ayah mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam mewariskannya kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar diperolehi anak-anak melalui genetik ayah.
Antaranya:
1. Jantina Anak
Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.
2. Masalah Jantung
Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.
3. Senyuman
Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.
“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.
Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.
4. Ketidaksuburan
Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..
Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.
5. Kesihatan Mental
Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mental kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.
Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia.
“Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.
6. Mata Bayi
Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.