Tragedi hari pertama persekolahan, ajal suami isteri meninggal bersama motosikal rempuh  lori buat pusingan u. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hari pertama persekolahan semalam membawa berita sedih buat warga pendidik apabila pasangan suami isteri, Haida Sofina Ahmad Safri,28, dan suami, Mohd Nazri Khalid, 32, disahkan meninggal dunia apabila merempuh belakang lori yang membuat pusingan u secara berbahaya.

Tragedi Hari Pertama Persekolahan

Dalam kejadian petang semalam, pasangan suami isteri ini maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U di Kilometer (KM) 7.6, Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, di sini, hari ini.

Tragedi Hari Pertama Persekolahan, Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Tragedi Hari Pertama Persekolahan, Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Mangsa masing-masing berusia 32 dan 28 tahun berasal dari Langkawi bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 3.45 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan lori di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.

“Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

IKLAN

Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati laluan berkenaan adalah sebuah jalan lurus dan mempunyai garisan berkembar.

“Malah, siasatan selanjutnya turut mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah namun hasil ujian saringan awal air kencing pemandu lori itu bagaimanapun didapati negatif.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi urusan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori itu bagaimanapun tidak ditahan reman berikutan faktor usia serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

81 Tahun Hidup Bersama, Suami Isteri Meninggal Selang Beberapa Jam Berpegangan Tangan

51 Tahun Berkahwin Tak Pernah Berjauhan, Ajal Suami Isteri Meninggal Dunia Bersama Ketika Tidur!

Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya

IKLAN

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Mohd Shokri berkata, saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Povandran di talian 019-4702312 bagi membantu siasatan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI