Kasih hingga hujung nyawa, suami isteri rentung dalam letupan treler di lebuhraya. Sata kematian tiba, tidak pernah tercepat sesaat atau terlewat seminit, semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.

Kasih suami isteri yang sering bersama menghantar barangan bersama berakhir dengan tragis apabila keduanya ditemui rentung apabila treler dinaiki  disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.

Lebih menyayat hati, kenderaan berat itu meletup dan terbakar di lorong kanan lebuh raya sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km semalam.

Kasih Hingga Hujung Nyawa

BACA ARTIKEL DI SINI :- 4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

Baru 4 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan!

Luluh Hati Suami Rupanya Isteri Sendiri Kemalangan, Arwah Turut Tinggalkan Anak Tujuh Bulan

Memetik laporan Utusan, pemandu treler Mazlan Molot, 48, dan isteri Fauziah Uyop, 40-an yang rentung dalam kebakaran kenderaan berat itu semalam sering bersama menghantar barang.

Kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 8.40 pagi di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Port Dickson di sini.

IKLAN
Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Keduanya terkorban selepas treler ini meletup selepas melanggar pembahagi jalan
Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Beginilah kenderaan berat yang terbakar selepas hilang kawalan di lebuhraya arah selatan

Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya

Ibu Mazlan, Mariam Kassim, 69, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Ketika itu dia pulang ke rumah di Felda Palong 2, Jempol. Dia ada berikan duit kepada saya dan anak-anak saudaranya. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

“Saya tahu dia sering bawa isterinya ke mana-mana kerana isterinya tidak bekerja dan dapat menemani dia menghantar barangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini semalam.

Mariam berkata, anak keduanya itu sudah12 tahun mendirikan rumah tangga, namun pasangan suami isteri itu tidak dikurniakan zuriat.

IKLAN

Sementara itu, abang mangsa, Yaakob Molot, 51, yang juga seorang pemandu lori memberitahu, syarikat tempat adiknya bekerja ada menghubungi memaklumkan kejadian tersebut.

“Saya dimaklumkan dia baru bekerja di syarikat tersebut yang menghantar barangan kitar semula. Kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi,” katanya.

Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik yang dipandu Mazlan dipandu dari Klang, Selangor menuju ke Senawang.

IKLAN

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.

“Akibat pelanggaran tersebut telah menyebabkan treler itu terbakar. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh bomba di lokasi kemalangan itu,” katanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Sumber :- Utusan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

NAK KAHWIN SEBENARNYA TAK PERLUKAN TANDA TANGAN ISTERI PERTAMA, RAMAI LELAKI SALAH SANGKA

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI