Fatin Afeefa Nikah, Bella Doakan “Semoga Rumahtangga Dibina Kekal Bahagia Hingga ke Jannah”. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa.
Dalam diam ibu kepada dua cahaya mata itu telah memilih jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin Afeefa Nikah
Fatin dan Aliff bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Namun hingga kini Fatin masih berdiam diri dan belum membuat sebarang kenyataan. Walau bagaimanapun menerusi akaun Instagram Bella Astillah mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
“Nothing as beautiful as seeing you being loved effortlessly by the right person @fatinafeefa Alhamdulillah.
“Congratulations! May you two make a beautiful life together, which is full of love, compassion, and purity! I wish you both great happiness!
“Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah inshaAllah..
“What a beautiful couple mashaAllah..
Bella doakan Angah bahagia selamanya”.
Untuk rekod terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Naik Seri Pengantin, Disolek Datuk Alha Alfa
Selain Bella, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
“Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih.
Rezeki tertulis. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Walaupun kekurangan, langsung tidak membuatkan mereka berputus asa. Pasangan OKU penglihatan ini tidak menyangka rezeki datang selepas mereka kehilangan kerja sebelum ini.
Sementelah dua tahun sebelum ini terkesan dengan pandemik covid 19. Lebih teruk, bila tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Itulah yang dialami oleh Mohammad Yusri Azis dan isterinya yang hilang sumber pendapatan tetap.
Yusri, 28 tahun dan isterinya Nur Jannah Tan Jia Hui, 29 tahun telah berkahwin pada Mei 2021 dan mereka sebelum ini bekerja di sebuah restoran yang berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor sejak akhir 2019.
Terkejut apabila restoran tempat mereka mencari rezeki terpaksa di tutup. Tapi mereka akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang.
Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarkjana Muda Sosio Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.
.
Yusri yang berasal dari GeorgeTown, Pulau Pinang amat bersyukur minat mereka dalam bidang perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes top up dan menjadi dropship pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.
“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan kedai dalam talian menerusi platform e-dagang sejak Jun 2021.
“Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutamanya golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” katanya.
Menjual produk sambal hitam melalui platform e-dagang popular, pasangan ini tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan pada peringkat permulaan.
Kata Yusri, dia tidak menyangka posting yang dibuat di laman facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian daripada pelbagai platform.
Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua pek saja, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, pesanan boleh mencecah 100 pek sehari.
.
“Dalam tempoh seminggu jualan sambal hitam mencecah 1000 pek dengan jualan kira-kira RM12K. Syukur Alhamdulillah memang kami tidak menyangka sambutan amat menggalakkan,” katanya dengan gembira.
Selain sambal hitam, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.
Sehingga kini, pasangan ini masih dalam proses belajar bisnes dan mengalukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama mereka.
.
Dalam pada itu Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya betul-betul berminat.
“Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak dicuba, macam mana kita nak tahu. Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.
“Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes dan boleh lakukan secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.
.
Mingguan Wanita : Jangan anggap kekurangan itu satu bebanan, sebaliknya rezeki tak salah alamat, asalkan kita berusaha.
Blake “the hero” kembali bertugas, ada tertidur kepenatan. Unit K9 jadi tumpuan ramai. Terima kasih atas jasa ini. Hari ini memasuki hari ketujuh operasi mencari baki mereka yang dilaporkan hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, 16 Disember 2022 jam 2.42 pagi.
Diberitakan sekitar jam 11.00 tadi, empat mayat ditemui melibatkan dua kanak-kanak serta dua dewasa termasuk seorang wanita ditemukan dalam satu khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter. Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan pertemuan ini, menjadikan 30 mangsa sudah ditemui dan berbaki 3 lagi masih hilang.
Dalam pada itu, pasti ramai yang masih ingat dengan anjing pengesan dari Unit K9, Blake yang sebelum ini direhatkan kerana kepenatan selepas dua hari berturut bertugas.
Wira tak didendang ini dari berbulu hitam putih bertukar kecoklatan dan jelas dari wajahnya kelihatan penat kerana bersama-sama anggota keselamatan mengesan mangsa yang tertimbus di awal kejadian.
Selepas direhatkan beberapa hari, sejak semalam Blake kembali bertugas namun secara bergilir. Dikongsikan dari Tik Tok @Wira Merah, jelas kelihatan Blake sedang berehat seketika, seolah “tea brake” selepas lelah mengesan baki mereka yang masih hilang.
Dari video dikongsikan jelas kelihatan rakan-rakan Blake ada yang kepenatan dan seakan sudah “hilang tenaga” hingga tidur dalam keadaan tertangkup. Jika mereka begitu, itulah juga dialami oleh rakan-rakan penyelamat yang tidak pernah lelah membantu mencari hingga ke hari ini.
Sebalik video ini dikonsikan, ramai netizen yang berasa terharu dengan pengorbanan Blake & The Geng dan menyuruh Unit K9 membelanja Blake dan the geng makanan yang sedap-sedap selepas operasi ini selesai nanti. Ya, jasa hero tidak didendang ini mungkin tidak menjadikan mereka berpangkat di dunia, tapi moga jasa mereka dikenang sepanjang zaman.
PU Azman Berdepan 4 lagi Pertuduhan Jenayah Seksual. Pada 12 Oktober lalu, akhbar tempatan telah melaporkan, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki, Februari dan Julai lalu.
Terbaru PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man didakwa pula di dua mahkamah berasiangan di Klang, atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun pada Februari serta Jun lalu.
Pemilik nama sebenar Azman Syah Alias, 41 mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said dan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.
Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun bagi tujuan seksual dalam bilik sebuah rumah inap desa di Sungai Udang di sini pada 20 Februari dan 29 Jun lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa atas satu lagi pertuduhan, menggalakkan seorang kanak-kanak lelaki 17 tahun, untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.
Dia boleh dihukum bawah Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.
Di Mahkamah Majistret pula, dia didakwa atas satu pertuduhan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada 10 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Dia juga dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan, serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada sekali sebulan.
Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.