Tiada dalil yang melarang meletakkan pokok hidup dalam toilet.

Trend sekarang, semua nak deko rumah dengan pokok hidup. Malah ramai yang gemar letak pokok dalam toilet. Trend ini kurang disenangi oleh segelintir pihak yang mendakwa pokok hidup tak sesuai diletak dalam toilet sebab ia berzikir dan tempat ini kotor.

Hadam penjelasan PU Azman mengenai isu ini. Berikut soal jawab penulis bersama PU Azman atau mesra dengan sapaan Cik Man. Semoga lepas ini segala keraguan terjawab.

Tidak Ada Dalil Melarang Letak Pokok Hidup Dalam Toilet

Benarkah pokok hidup tidak boleh diletakkan di dalam toilet kerana pokok berzikir dan tempat ini tak sesuai?

Tidak ada dalil yang melarang untuk tanam atau meletakkan pokok hidup dalam toilet. Kalau ada yang kata tak boleh sebab pada dasarnya pokok berzikir dan tak boleh berzikir dalam toilet. Yang pertamanya yang dilarang tu untuk mukallaf.Manusia dilarang berzikir dalam toilet. Sedangkan pokok itu bukan mukallaf yang dibebankan hukum. Bukan pokok je berzikir tapi binatang dan segala yang ada di bumi dan di langit berzikir.

NOTA: Menurut Wikipedia, mukallaf bermaksud orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta sampai seruan agama ( syariat Islam) kepadanya.

Tak Boleh Letak Pokok Hidup Dalam Toilet Sebab Ia Berzikir? Ini Penjelasan PU Azman
Trend deko pokok hidup dalam rumah jadi kegilaan masyarakat.

Bukan Budaya Barat

Trend sekarang, ramai yang hias rumah dengan meletakkan tanaman hidup dalam toilet.  Ada yang cakap ini trend Barat sebab nak rumah tampak segar. Pandangan Cik Man…

IKLAN

Tak ada masalah, bagi Cik Man ini bukan trend Barat. Ini trend bab keduniaan tak ada masalah nak ikut Barat. Dulu Barat pakai baju kot kemudian ada tie, akhirnya  dah jadi budaya satu dunia. Kita tak dianggap meniru budaya Barat atau budaya kafir. Termasuk juga menghias rumah dengan pokok-pokok yang segar. Itu bukan merujuk kepada budaya agama tapi kemanusiaan yang menjadi trend satu dunia.

Semoga penjelasan ini menjadi panduan kepada kita untuk menghias rumah. Tidak ada salahnya deko toilet dengan tanaman hidup. Jadi jangan rasa was-was lagi ye.

Baca sini

https://mingguanwanita.my/macam-mana-wanita-ini-boleh-tanam-30-pokok-berpasu-dalam-rumah-hidup-subur-lebih-3-tahun-1/

IKLAN

https://mingguanwanita.my/snake-plant-boleh-kurangkan-habuk-dalam-rumah-siap-diiktiraf-oleh-nasa-lagi/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Kebaikan Letak Pokok Hidup Dalam Rumah

1-Membuatkan rumah tampak cantik dan segar.

IKLAN

2-Sesetengah pokok seperti Lidah Mak Mentua atau Snake Plant dapat mengurangkan habuk dalam rumah.

3-Mengurangkan kemurungan penghuni.

4-Membantu peredaran udara dalam rumah.

5-Membantu kesihatan mental.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI