Jangan pisahkan orang perempuan dengan emas, sebab itu adalah sebahagian daripada perkara yang boleh buat hatinya bahagia. Kecil ke besar, tetap isteri terima dengan hati terbuka.
Jadi suami, nak membeli emas pun kenalah tahu cara betulnya. Tidaklah nanti anda kerugian dalam pembelian. BroOhsem, Akhtar Syamir berkongsi cara membeli barang kemas di kedai emas. Contohnya, Pulut Dakap Moden.
Isteri, boleh saja panjang-panjangkan perkongsian ini pada suami. Mana tahu suami terbuka hati nak hadiahkan emas ‘pulut dakap moden’ yang tengah trending tu. Silap-silap dapat sekali ‘anaknya’.
Kenapa Dipanggil Emas Pulut Dakap Bengkok Perut Ular
Nama gelang ni Pulut Dakap Moden atau nama saintifiknya Pulut Dakap Daun Bengkok Perut Ular.
Kenapa Daun Bengkok? Sebab daun dia tak simetri macam Pulut Dakap biasa. Kenapa Perut Ular? Sebab saiz daun dia tu besar di tengah macam ular sawa baru lepas telan duit eh, makanan.
Jom belajar matematik pulak.
Ads
Harga emas semasa hari ini ialah RM245 untuk 1g. Berat bendealah tu ialah 17.29g. Darab RM245 dengan 17.29, kita akan dapat RM4236.05. Silap, bukan kita yang dapat, orang kedai tu yang dapat.
Boleh tahan mahal kan?
Tapi, kalau trade in (jual, ambik duit tunai dan tambah), kedai akan ambil RM210 untuk 1g emas yang kita ada. Jadi kalau kita ada emas seberat 14g. Darabkan 14 dengan RM210. Nilai yang kita ada ialah RM2940.00.
Ini bermakna, dari harga sebenar RM4236.05 tu, kita tolakkan dengan emas yang kita ada sebanyak RM2940, kita hanya perlu tambah RM1296.05 sahaja. Silap, suami orang tu yang kena tambah RM1296.05.
Hasilnya, dapatlah gelang baru yang lebih berat dengan design yang terkini dan sedang trending.
Kebanyakan Kedai Sekarang Tak Letak Harga Upah
Ini semua info je untuk pengetahuan (racun) semua. Macam mana saya boleh tau semua ni? Sebab rasa macam ade bisikan kat telinga ni setiap hari. Ala-ala suara Yusof Taiyoob tu. “Pulut Dakapppppp ssssss”. Halus je bisikan dia. Menusuk masuk terus dalam gegendang telinga ni.
Ads
Sebelum terlupa, gelang ni ada anak dia. Orang kata, tak baik pisahkan anak dari ibunya. Nanti diorang sentiasa merindui. Orang kata la, bukan isteri saya.
Anak dia si cincin tu pulak berat dia 1.67g bersamaan RM409.15. Jadi, kalau anda jenis yang baik dan tak suka pisahkan ibu dengan anaknya, anda belilah dua-dua. Jumlah dia lepas trade in RM1705.20 sahaja.
Kalau ada yang tanya pasal harga upah berapa? Sekarang banyak kedai emas bagi free upah. Jadi kedai mana yang masih nak mintak duit upah tu memang ketinggalan sikit. Boleh cari kedai lain.
Itu sahaja info untuk hari ini. Semoga dapat gunakan info ini sebaik mungkin. Kongsikan info ini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.
Dipersilakan tag orang yang berkenaan. Bisikkan hari-hari “Pulut Dakappppp sssss”. Hujung tu kena ada macam ular sikit. Baru dia terngiang-ngiang. Siapa yang betul-betul cuba bisik macam tu baik mengaku. Hahaha..
Esok boleh dah pergi kedai emas. Tak bawak duit takpe, bawak suami je.
Kalau ada kedai emas nak sponsor atau nak bekerjasama dengan saya, amat dialu-alukan.
Gambar emas pulut dakap moden dari IG STM Wangsa Maju.
Sumber/Foto : Akhtar syamir, yang juga selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sweetnya pasangan suami isteri jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo ini. Walau sudah 7 tahun mendirikan rumahtangga, Chong Wei tetap ingat hutang bulan madu yang tak sempat ditunaikan.
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.”
Salah satu faktor kegagalan bawa isteri ‘honeymoon’ itu disebabkan jadualnya sebagai atlet badminton yang memerlukan banyak latihan dalam menyertai pelbagai kejohanan.
“Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu. Kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.”
Bagaimana pun bapa kepada dua cahayamata ini, Kingston Lee dan Terrence Lee memaklumkan yang dia akan bercuti bersama keluarganya. Kata Chong Wei lagi, dia mahu tebus semula bulan madu mereka yang tertangguh dan akan meluangkan lebih banyak masa dnegan anak-anaknya.
Chong Wei Akan Rindu Itu Akak Cuci Tandas
Persaraannya itu akan membuatkan dirinya bakal merindui akademi badminton BAM. Malah, orang sekeliling yang banyak menaikkan dirinya sehingga ke hari ini, termasuk pekerja pembersih tandas yang sering ditemuinya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang media terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.”
“Dan saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akak sapu lantai dan staf-staf lain dalam BAM kerana banyak tolong saya.”
“Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia.”
Bagaimana pun, Chong Wei tetap akan menabur baktu dalam sukan badminton selepas bersara.
Dalam diam membina legasi perniagaan dengan penuh kasih dan dedikasi, penyanyi dan usahawan tersohor Noraniza Idris tidak menyangka produk muruku viral keluarannya, Che Ani Premium, menjadi mangsa peniruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengkhianatan terhadap nilai usaha dan integriti, Noraniza meluahkan rasa kecewa apabila mendapati produk tiruan berlabel ‘Cik Annie’ meniru hampir sepenuhnya identiti jenama asal miliknya daripada reka bentuk pembungkusan, warna, tipografi hinggalah kepada nama yang sengaja dipesongkan sedikit.
“Saya berusaha membina jenama ini dengan penuh kasih dan komitmen. Bila ada yang meniru secara terang-terangan, ia bukan sekadar menciplak rupa produk .tapi menciplak perjuangan saya sebagai wanita yang gigih mencari rezeki halal,” ujarnya tegas.
Tau tau je ada “Cik Annie”.. mungkin takda idea lain dah kot. Ikit Che Ani Premium sebijik sebijik pulak. Apa patut kami buat ya? #fyp#fypシ#trending#viral#cheanipremium#fake
“Kalau Nak Ikut Jejak, Ikutlah Dengan Cara Yang Betul”
Lebih memeritkan, produk tiruan tersebut didapati dijual secara runcit di kedai-kedai kampung dengan harga jauh lebih rendah, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan setia Che Ani Premium.
Perkara ini terbongkar selepas satu video tular di TikTok memaparkan pengarah urusan Che Ani Premium, Afiq Haikal, membuat tinjauan ke sebuah kedai yang menjual produk tiruan itu.
“Saya dapat panggilan daripada kenalan, katanya ada muruku seakan-akan jenama kami dijual RM5 sepek. Bila kami buat tinjauan sendiri, ternyata hampir sebiji rekaannya. Tapi pemilik kedai enggan beri kerjasama,” kata Afiq dalam nada kecewa.
Perjuangan Diteruskan, Rasa Tetap Dijaga
Walaupun terpalit isu peniruan, Noraniza tidak berundur. Malah, beliau komited untuk memperbaiki kualiti produk dan merancang perubahan besar dalam pembungkusan dan bentuk muruku keluarannya.
“Kami sedang merancang tukar bentuk muruku dan rekaan pembungkusan baharu. Tapi buat masa ini, kami perlu habiskan dahulu baki 10,000 unit stok sedia ada,” katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa meskipun bentuk asal iaitu jejari panjang dikekalkan buat sementara waktu, rasa dan kualiti tetap unggul seperti selalu.
“Kami akan pastikan rasa lebih sedap dari sebelumnya. Rezeki yang datang dengan cara yang bersih dan jujur, insya-Allah akan terus diberkati,” tambah Noraniza.
Sempena ulang tahun kedua Che Ani Premium yang bakal disambut pada Julai ini, syarikat tersebut akan mengadakan promosi istimewa untuk para pelanggan setia. Antaranya, pembelian Set Kotak Warisan akan menerima 1 pek percuma perisa kari, terhad kepada 100 pembeli terawal sahaja.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang berkahwin tentunya ada perasaan untuk bergelar ibu, rasai mengandung dan mempunyai anak. Namun, semua ini atas kuasaNya.
Rezeki tak salah alamat, atas usaha dan naluri wanita, akhirnya dia dapat rasai mengandung selepas beberapa kali temui kegagalan.
Itulah yang dialami dan perjuangan Datuk Yasran Hussien, 52 tahun, dan isterinya Datin Mega Marissa Malek, 42 tahun selepas menanti kelahiran cahaya mata pertama selama 12 tahun.
Dalam perkongsian video Datuk Yasran di intagram tentang pengorbanan isterinya yang ingin merasai pengalaman hamil dan melahirkan anak.
Malah, Datuk Yasran hampir kehilangan isteri kerana faktor OHSS ketika percubaan ke 8 rawatan IVF.
Namun, naluri seorang wanita dan ibu yang tahu pasti mampu rasai pengalaman hamil dan bersalin. Akhirnya Datuk Yasran tewas pujuk rayu untuk izinkan cubaan mengandung melalui rawatan IVF kali ke 8.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...