Sebak sungguh baca perkongsian kakak ini, Faleeyana Farhana tentang arwah adiknya, Allahyarham Aqil Ahda yang meninggal dunia pada 3 Jun lalu. Arwah adiknya seakan tahu dirinya akan pergi untuk selama-lamanya.

Mula menunjukkan perubahan yang bila diimbas kembali seakan memberi tanda kepada ahli keluarganya akan pemergiannya ke kampung abadi.

Aqil Ahda Dalam Ingatan

Perkongsian kakak,

“Aqil Ahda. Dia belajar biasa sahaja kerana sekolah pun dari sekolah yang biasa. Bukan seorang yang kaya harta dunia. Duit pun takde. Lepas habis SPM, duduk dengan nenek, teman dan jaga nenek. Kerja tiada sambung belajar pun tidak.

Dia pilih untuk menjaga nenek sementara nenek masih ada dan harta dunia boleh dicari katanya. Adik yang aku selalu marah hanya kerana aku ingin yang terbaik untuknya. Adik yang aku sangka tiada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah selama ini, akan tetapi, terungkai segala rahsia.

Tanpa pengetahuanku, Aqil mendalami ilmu agama sepanjang dia tinggal dengan nenek. Ramadhan kali ini tak pernah tinggal solat terawih berjemaah. 10 malam terakhir bersungguh dia tunaikan. Dia banyak membaca hal ehwal agama. Dia pergi begitu mudah dengan senyuman terukir di wajah.

Buat pertama kali dalam hidupku, aku berpeluang mandikan jenazah dan jenazah itu ialah jenazah adikku. Allahuakbar. Wajahnya aku usap dan tubuh badannya aku basuh sambil airmata mencurah. Kulitnya bersih tiada sebarang cela pun.

Kakak Dapat Rasa, Dua Bulan Adik Beri Tanda Akan PERGI Untuk Selamanya
Arwah anak yang baik.

Kakak.. Kenapa Kakak Nangis

Kata ustaz yang mengetuai mandian jenazah itu tatkala melihat aku menangis sedih. Kakak kenapa kakak nangis. Cuba tengok adik ni (sambil dia gerakkan tangan dan kaki adikku) Dia macam hidup kan. Dia macam tidur kan. Kakak tengok raut wajah adik. Suci bersih putih.

Tengok dia senyum. Itu bermakna urusan dia di dunia dah selesai. Tapi saya tak sempat salam peluk cium mintak ampun mintak maaf dengan dia.

Ustaz jawab, “kalau begini senyum dan manis raut wajah dia, itu tandanya hati dia dah lapang.”

IKLAN

Dia pasti dah maafkan semua orang. Sebab tu dia senyum sebab dia ingin pergi dengan tenang.” Terlalu ramai sahabat dan teman rapat Aqil datang sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Aqil. Sahabat yang setia sehingga ke akhirnya.

Berkumpul dekat padang lapang, ayah dekat tengah dan sahabat-sahabat Aqil keliling ayah. Ayah cerita semuanya. Aqil jangan risau. Aqil takde tapi ayah ada. Ayah kenal semua kawan-kawan Aqil. Ayah sampaikan segala pesan Aqil kepada sahabat Aqil sayang.

Hairan Ayah, Kawan-kawan Aqil Datang Nak Bayar Hutang

Apa yang paling meruntun hatiku, kawan dia cakap dekat ayah. “Ayah, Aqil takde hutang pun dengan kitaorang. Kitaorang yang hutang Aqil.” Pelik. Aqil bukan seorang yang berduit. Ayah cakap duit yang Aqil ada hanya lah daripada duit ayah bagi Aqil sikit sikit.

Tak banyak pun. RM20 kadang-kadang ayah ada lebih ayah bagi Aqil lebih. Dan duit yang tak seberapa banyak dia ada tu lah yang dia share dengan kawan-kawan dia. Belanja kawan makan. Bagi dekat kawan pinjam. Mulia sungguh hatimu adikku. Apa yang Aqil ada dia kongsi semuanya.

Dan Ayah cakap, takpe mana mana yang masih hutang Aqil tu Ayah halalkan. Tapi sehingga ke petang masih ada kiriman duit dari kawan-kawan katanya dia nak bayar hutang Aqil.

Dua Bulan Sebelum Pergi, Macam-macam Aqil Minta Ayah Buat

Dalam 2 bulan sebelum Aqil pergi, macam macam Aqil mintak ayah buatkan. Aqil nak makan asam jawa, Aqil nak makan ayam bakar, Aqil mintak ayah buatkan chapati. Ayah cakap seumur hidup ayah 53 tahun tak pernah-pernah ayah buat chapati. Tapi ayah buatkan jugak demi Aqil.

Tiga hari sebelum Aqil pergi, dia cukur semua bulu dekat muka dia termasuklah segala misai dan janggut yang dia paling sayang dan yang dia memang takkan buang lah. Tapi tetiba dia keluar bilik air, muka dia bersih macam ada nur. Pastu dia cukur semua bulu dekat muka dia.

IKLAN

Semua orang macam wowww potong misai. Pastu Aqil tanya Ayah.

Ayah, Aqil hensem tak? Aqil rasa muka Aqil ni macam buruk lah.” Ayah jawab, “Aqil hensem lah.”

Sehari sebelum dia pergi, Ayah cakap Aqil ada cakap dekat ayah. “Ayah jangan lah kacau Aqil tidur. Aqil nak tidur lama ni.” Dekat Mama pun sama. Aqil mengadu kat Mama yang dia dah banyak hari tidur tak lena.

Mama, Aqil ni nak tidur dekat tempat tidur yang selesa lah.”

Hari yang sama selepas selesai solat Isyak, sekali dia bergurau dengan Ayah. Dia tetiba cakap “Ayah, Aqil nak mati dah ni Ayah.” pastu dia gelak.

Dan pada 3 June 2020 tepat jam 12.45 malam. Aqil Ahda pergi buat selamanya. Tidurlah adikku. Rehatlah adikku. Kerana kamu telah bersiap sedia untuk ke sana selamanya.”

IKLAN

 

Kakak Dapat Rasa, Dua Bulan Adik Beri Tanda Akan PERGI Untuk Selamanya
Ramai mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham Aqil.

 

Ayah Nampak Je Kuat..

Selepas pemergian Aqil, seluruh ahli keluarga malah rakan-rakan merasai kehilangannya. Ayahnya tentulah paling terkesan.

Ayah nampak je kuat tapi ayah bangun pukul 4 pagi nangis kat luar rumah.”

Pinta kakak, agar mereka yang mengenali adiknya sedekahkan arwah dengan banyak-banyak membaca Al-Quran. Tentunya itulah yang membuatkan arwah adiknya bahagia.

Kita semua doakan dia. Dia tunggu kita semua dekat sana. Nanti dia pulak sambut kedatangan kita.”

MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Aqil Ahda ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sumber/Foto : Faleeyana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI