Pernah dihina, Bella buktikan dia juga boleh berjaya.

Siapa yang tak kenal dengan jurumekap viral, Bella. Sebelum berjaya, dia pernah dihina. Macam-macam dugaan yang dilalui tapi Bella tetap yakin dengan rezeki Allah.

Benarlah seperti yang dijanjikan dalam al-Quran, Allah bersama orang yang sabar. Jika kita syukur, Allah tambah nikmatnya. Inilah yang berlaku kepada Bella. Dalam posting di Instagram miliknya, Bella meluah rasa dan berkongsi pengalaman dengan follower mengenai kisah hidupnya.

Anak kelahiran Kedah ini mengakui pernah dihina. Malah sehingga kini ramai yang tidak senang melihat kejayaannya. Namun Bella tak pernah ‘lemah’ dengan hinaan dan pandangan negatif. Sebaliknya Bella menjadikan semua itu sebagai motivasi yang mendorongnya bekerja keras mengejar impian.

Alhamdulillah, kini Bella antara jurumekap  terkenal yang mempunyai jutaan follower. Lebih membanggakan, wanita ini antara usahawan berjaya di Malaysia. Dia meraih pendapatan lumayan dan memiliki pelbagai aset.

Bella bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokongnya.

Dulu Saya Dihina Sampai Sekarang Orang Tak Senang Tengok …

Hadam perkongsiannya…semoga menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana, tiada yang mustahil jika kita yakin, usaha dan berdoa sepenuh hati kepada Allah. Jangan ‘tunduk’ dengan caci maki dan hinaan orang!

“Rezeki Allah tu luas…Percayalah siapa sangka. Dulu saya dihina…Oi pompuan hang mekap macam TAIK. Muka tak elok pun. Pulun mekap sedangkan tak ada ilmu mekap. Macam-macam viral saya sini.

“Saya diam, sedikit pun saya tak maki atau buat apa-apa sebab saya percaya rezeki kita Allah yang punya. DIA lah bagi DIA juga yang tarik. Redha doa banyak-banyak. Sekarang saya cuba buktikan.

“Saya pun nak berjaya macam orang lain. Sampai sekarang pun masih ada yang tak senang tengok kita. Alahai…,”cerita Bella.

Baca sini

IKLAN

https://www.instagram.com/muabellaz/?hl=en

https://mingguanwanita.my/pesan-ebit-lewbelanja-atas-isteri-keluarga-sedekah-paling-besar-nilainya/

https://www.mingguanwanita.my/supportlah-orang-berniaga-tepi-jalan-jangan-hina-mereka-cari-rezeki-untuk-keluarga/

Tak Sabar Nak Duduk Banglo 8 Bilik Hasil Titik Peluh

Dalam posting itu juga, Bella berkongsi berita gembira dengan followernya. Dia mengakui tidak sabar untuk mendiami rumah banglo miliknya yang dibeli dengan hasil titik peluhnya.

“Tak sabaq la nak masuk ke rumah hasil titik peluk sendiri ni ya Allah. Insya-Allah rumah tengah dibina. Semoga siap sebelum bersalin. Rumah ni lain macam sikit sebab kami buat sikit-sikit start beli tanah sampai sedebuk ( sebijik) ni nak buat.

IKLAN

“Yang lain banyak kami beli kami buat homestay. Rumah ni kami paling tak sabaq nak duduk sebab ada lapan bilik, empat bilik air dan dua ruang tamu. Dapur kering dan dapur basah besaq bagi kami. Insya-Allah nak buat kolam dekat budak-budak tu. Tapi saiz sederhana lah.

“Sekarang tengah buat pagar. Ishhh tak sabaq aihh. Kami doakan hampa dimurahkan rezeki berjaya dunia akhirat dan menjadi orang yang baik untuk semua. Amin,”ujarnya yang begitu gembira dikurniakan rezeki luar biasa dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Semoga kisah hidup Bella yang pernah dihina menjadi pemangkin semangat kepada kita untuk mengejar impian. Jangan pandang rendah pada kebolehan diri, Min doakan semoga semoga kita dilimpahkan rezeki. Jangan lupa berkongsi rezeki dengan keluarga dan golongan yang memerlukan bila kita berjaya ye.

Sumber: Instagram MUABELLAZ

 

IKLAN