Perpindahan Allahyarham Ishak Darus (Pak Ishak), 77 yang sebelumnya terlantar sakit angin ahmar ke kediaman baru di Lorong Fajar, Taman uda, Jalan Sultanah rupanya adalah kenangan akhir yang ditinggalkan untuk isteri, 10 orang anak malah cucu-cucunya.
Itulah hajat yang Ishak Darus atau lebih dikenali dengan nama Pak Ishak simpan kemas sepanjang hayatnya masih ada. Sebagaimana yang dikongsikan isterinya, Jamaliah Rejab, 54 yang juga menghidap kencing manis.
“Arwah suami pernah beritahu hajatnya mahu bawa saya, anak-anak dan cucu berpindah ke rumah yang lebih selesa. Itu sudah cukup bermakna buatnya sebelum dia meninggal dunia.”
Ini juga yang dikhabarkan oleh Ustaz Ebit Lew waktu mengajaknya berpindah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, “Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.”
“Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq (Pak Ishak) bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.”
Selepas sebulan lebih hasratnya tertunai, Pak Ishak pergi untuk selama-lamanya. Pak Ishak menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 8.30 pagi di kediaman barunya.
Saya Ingatkan Dia Tidur..
Pemergian Pak Ishak hanya disedari isterinya apabila dikhabarkan oleh makcik yang datang mencuci luka akibat kencing manis di kakinya. Ketika itu, arwah suaminya tak lagi memberi tindak balas.
“Saya ingatkan dia tidur.”
Ads
Sejak beberapa hari lalu, suaminya yang menghidap angin ahmar sudah tak berselera makan. Allahyarham cuma tidur sepanjang hari sejak mereka berpindah. Sakitnya juga menghalang suami bercakap seperti biasa.
Cuma isyarat tangan dengan suara yang tak jelas itulah cara mereka berbual.
Kira-kira jam 7, suami mengadu sakit dada. Digosok tangan pada dadanya pada anak sulung. Sebelum pergi kerja, sempatlah anaknya itu sapukan minyak pada dada.
Tak lama lepas itu, mereka dapat tahu yang arwah dah tiada.
Pak Ishak Sekeluarga Hidup Susah
Rumah lama Allahyarham yang terletak di Lorong Gedebang, Jalan Langgar serba daif keadaannya. Didiami bersama isteri, anak-anak dan cucu sejumlah 20 orang kesemuanya.
Ads
Isteri Pak Ishak tidak bekerja, 10 orang anak iaitu tiga lelaki dan tujuh perempuan masing-masing berusia antara 22 hingga 17 tahun.
Lapan daripada anak-anaknya tinggal bersama mereka.
Akui isterinya, “Saya rasa kehilangan sebab kami pernah hidup susah senang bersama di rumah lama di Lorong Gedebang, Jalan Langgar sebelum ini.”
Pengebumian Allahyarham Pak Ishak diuruskan Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil dan pihaknya bersama penduduk kawasan itu.
Mereka membuat kutipan kecil bagi menguruskan pengemubian arwah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda lepas.
Ads
Jawatankuasa Peduli Rakyat penduduk taman itu, Nasir Ismail berkata, beliau sudah menghubungi Ustaz Ebit Liew untuk memaklumkan berita kematian Pak Ishak.
Pak Ishak Orang Baik – Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi berita sedih itu di media sosialnya, mendoakan semoga ujian dan kesusahan yang dilalui Pak Ishak menjadi asbab syurga untuk arwah.
“Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
“Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.
“Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluarganya.”
MW :Al Fatihah.. semoga roh Allahwayarham Ishak Darus ditempatkan di kalanggan orang-orang yang beriman di taman-taman syurga.
Kata pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak, Johan, suami jangan main-main dengan kuasa seorang isteri yang cuma duduk di rumah dan dapur sahaja. Sebab sekali dia beli belanja dapur, suami boleh menangis di bucu katil.
MW setuju sangat dengan apa yang Ozlynn atau nama sebenarnya Roslinawaty Ismail ini kongsikan. Lagi-lagi bab belanja dapur ini. Bukan isteri yang patut sedia, suami lah sebenarnya yang kena prihatin bab hulur duit belanja.
Lagi pun tak luak rezeki suami, bila tak lokek dengan anak isteri ini.
Bagus betul dengan Johan ini sebenarnya. Tetap penuhi keperluan isterinya membeli barangan dapur.
Tulis Ozlyn,
Bila bulan lepas beli barang dapur guna duit bini ko.. nahhhhh pembalasannya untuk bulan nih… bil setinggi budak 5-6 tahun. Lain kali jangan sesekali ko berani skip duit perbelanjaan dapur yek!! Mau tinggal spender jek nanti ko kuar kedai.
Jangan permainkan kuasa mak-mak yang selalu duk rumah dan dapur yek. Akibatnya mau 5 bulan ko nangis tepi bucu katil. Merintih-rintih mintak advance duit minyak motor kat bini.
Dapur Dan Memasak Itulah Syurga Dunia
Aku lak jenis ko tak bawak masuk Sephora pun tak pe. Asalkan pasar dengan grocery store aku ada rasa heaven!
Aritu sensorang aku saja masuk Sephora. Rasa tak sampai seminit aku tengok orang penuh pastu aku macam nak pitam. Tak tau apa yang aku carik. Terus keluar dan balik.
Bukan jiwa aku..
Tapi kalau pasar! Berejam pun tak pe belek sayur segar yang warna warni dengan lauk yang fresh. Pergh! sapa jenis macam aku? Rasa dapur dan memasak tu adalah syurga dunia? Seppp sikit..
Anak-anak lelaki Johan dan Ozlyn
Lucu sebenarnya perkongsian Ozlynn yang juga ibu kepada lima cahayamata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq ini. Walaupun lucu, ada maksud yang amat mendalam ya mak-mak.
Ozlynn dan Johan antara pelakon yang menjayakan teater Pawana Isabella di Istana Budaya.
Michelle Yeoh Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar! Bukan mudah untuk mendapat tempat dan mencipta nama di luar negara, namun tiada yang mustahil hasil usaha gigih dan kerja keras dalam meraih kejayaan.
Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, umpama sudah melengkapkan ‘portfolio’ karier seninya apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95, di sini, sebentar tadi.
Acara penuh meriah disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, secara tidak langsung melakar sejarah bermakna buat Yeoh yang menjadi pelakon wanita utama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu.
Yeoh, 61, memenangi trofi idaman seluruh pengkarya seni di dunia menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Dedikasi Kemenangan Buat Ibu
Ketika menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangannya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang baginya memiliki semangat wanita kental dan cekal, terutama dalam memberikan sokongan padu kepadanya.
“Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah sinar harapan.
“Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya dengan nada sebak.
Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett yang tercalon menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Filem Bawa Tuah
Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi anugerah berprestij lain iaitu trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG)
Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. Ia berikutan, watak beliau yang dipaparkan berketurunan Cina-Amerika terpaksa bergelut dengan masalah kehidupan.
Susulan itu, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama.
Terdahulu, detik bersejarah Yeoh itu turut diraikan ibunya, keluarga, saudara terdekat serta tetamu jemputan istimewa pada acara Tontonan Eksklusif Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini.
Mingguan Wanita: Jutaan tahniah diucapkan buat Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan ini. Semoga menjadi inspirasi buat penggiat seni yang lain agar terus berusaha dan kerja keras mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila. Ibu kepada Usahawan Wanita Berjaya yang juga selebriti popular Noor Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed menerangkan dia enggan mengulas tentang kisah rumah tangga anaknya yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila.
Ibu berwajah jelita ini juga turut menerangkan dirinya tidak mahu campur urusan rumah tangga anaknya.
Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila
Malah tegasnya lagi, Nabila pun sudah berkeluarga, dewasa dan soal itu kenalah ditanya pada empunya diri.
“Urusan rumah tangga tak nak campur dan saya tak nak tahu. Yang saya tahu saya nak bahagia saja dengan anak cucu. Bagi saya mereka semua di mata dan hati saya. Untuk Ameera dia masih lagi bawah perlindungan dan jagaan saya.
“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung, Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya. Itu cukup,” katanya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Tampil Bersuara Bila Dakwaan Tidak Betul
Menurut Kartini lagi, dia turut akan tampil bersuara jika dakwaan terhadap anak-anaknya tidak betul. Sebagai ibu juga dia sebenarnya tidak ambil tahu jika kisah anaknya tular tapi memutuskan untuk tampil bersuara untuk dakwaan tidak betul.
Sebelum ini adik kepada Neelofa, Ameera Khan difitnah terbabit dengan aktiviti perjudian.
“Alhamdulillah tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.
“Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun.
“Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). Cuma pasal Ameera itu perlu jawab,” luah Kartini.
Sebagai ibu Kartini juga mengharapkan Ameera atau lebih dikenali Little Miss Khan masih banyak perlu belajar untuk memperbaiki diri.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik buat keluarga Noor Kartini.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...