gambar hiasan

Macam mana bahagia dan aman sekali pun rumah tangga seseorang itu, pasti akan ada ujian untuk mereka. Ujian untuk suami isteri ini boleh membawa kepada kebaikan atau mungkin perpisahan yang lebih baik.

Tapi yang paling sedih bila masalah rumah tangga itu disebabkan olehh seseorang yang jenis menyondol milik orang lain. Tahukah anda, merampas atau memburu milik orang boleh disabitkan jenayah dan di dakwa.

Mulanya Suka-suka, Lama-lama Memburu Milik Orang

Menurut Tuan Farhan Rais, Peguam Syarie Malaysia Perak:

“Memburu milik orang tidak semestinya disabitkan dengan lelaki atau pun perempuan itu sendiri tetapi juga melibatkan ahli keluarga yang mengapi-apikan supaya pasangan itu bercerai.

“Jika disabitkan kesalahan itu oleh mahkamah, pihak terbabit boleh dikenakan denda atau penjara selama tiga tahun.

Ingat! Jangan ganggu rumah tangga orang, kalau mahu mencuba, carilah yang bujang untuk kebahagiaan.

Bagi pendapat Ustazah Nazirah Abu Bakar, Pegawai hal Ehwal Islam JAKIM:

* Biasa sebelum ini kita biasa dengar perempuan yang belum berkahwin berkawan dengan suami orang tetapi sekarang ini lelaki atau perempuan yang sudah ada pasangan sanggup berbuat demikian.
* Sebenarnya, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan jika mula-mula hanya sekadar suka-suka atau curhat pada kawan waima kawan baik sekali pun, lama-lama boleh boleh membenihkan rasa suka.
* Jadi, berhati-hati dalam berkawan dengan lelaki atau perempuan. Buat suami dan isteri,kita perlu cari ‘suis’ komunikasi supaya tidak berlaku ‘sondol-menyondol’ dengan pasangan lain.

Semua ini adalah kupasan Mingguan Wanita Talkshow untuk ‘Cerita Dalam Kain’ – Buru Milik Orang yang ke udara pada 12.00 tengah hari tadi yang dihoskan oleh Siti Elizad, Norman hakim dan Erra Fazira. Turut hadir berkongsi pengalaman adalah Raihanna Abas dan Suffian Amri.

Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI