Memang ada benarnya setiap orang mempunyai minat yang berbeza untuk nikmati kepuasan hidup mahupun beri hadiah untuk diri sendiri. Semuanya memiliki impian yang tak sama. Jika mempunyai sejumlah wang yang ada mungkin ada yang digunakan untuk membeli beg tangan, pelaburan saham, emas berlian, periuk mahal mahupun sekadar simpanan dalam bank. Semuanya bergantung pada minat dan keinginan kita.

Tiada yang paling betul mahupun salah, apa yang penting raikan sahaja setiap perbezaan tersebut. Hadamkan betul-betul perkongsian daripada Cikgu Fadli Salleh ni

Aku tulis ada periuk harga RM4000. Terus ada komen,

“Kalau saya ada RM4000 saya tak beli periuk. Saya beli emas”.

“Kalau saya ada RM4000 saya simpan unit trust”.

Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.

Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.

Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.

Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.

IKLAN

Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.

Apakah dia salah? Pada aku tidak.

Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.

Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.

Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.

IKLAN

Bahagia Setiap Orang Berbeza

Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!

Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah.

Haa, itu yang salah.

Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.

IKLAN

Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.

Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang.

Haa, gituh!

#MFS

Baca Lagi Di Sini: Takkan Susut Nilai, UNTUNG Suami Hadiahkan Isteri Beli EMAS Setiap Bulan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang setuju dengan apa yang dikongsikan. Setiap orang tak sama dan mempunyai minat serta kepuasan untuk diri sendiri dengan cara berbeza. Hormati sahaja setiap keputusan, raikan minat orang lain jika sekalipun minat kita tak sama.

Sumber: Fadli Salleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI