Cerita deko rumah atas air yang didiami Mariyah Ghazali dan suami, Mokhtar Taib seharusnya menyuntik inspirasi kepada para suri. Biarpun cuma menetap di rumah atas air milik ayah mentua, suami isteri ini tetap menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan kediamannya.
Rumah kayu atas air berkeluasan seperti sebuah bilik yang luas ini dibina di atas sangkar ikan. Walaupun serba sederhana, kekemasan dan kebersihan rumah itulah yang menarik perhatian orang ramai.
Betapa pemiliknya begitu menjaga setiap ruang dengan bersih. Rupanya inilah prinsip yang dipegang oleh suami isteri ini.
Katanya, “hidup ini jangan banding dengan orang lain. Cara bahagia masing-masing. Yang penting, selesa dan tenang.”
Sebab itulah, pasangan suami isteri ini tetap merasa bahagia walaupun serba sederhana, tak mewah. Malah barangan dalam rumahnya yang kemas itu pun dibeli dari kedai Eco yang mana harga setiap barang cuma RM2.10. Dan ada juga yang dibuat sendiri.
Ads
Tip Rumah Selalu Kemas
Maklum Mariyah lagi, “ramai tanya saya, ini rumah saya ke? Rumah sangkar ini ayah mentua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan jugak. Sangkar ini pun bukan saya punya, hak ayah punya.
InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri. Jadi, dah alang-alang saya duduk situ, 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Tu ja.”
Katanya lagi, “cara saya, kalau nak keluar pi mana-mana, kena kemas rumah dulu. Baru kita jalan. Dan kemas la selalu, jangan tunggu orang nak datang baru kemas.
Ads
Islam ajar kita selalu bersih. Wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun. Letaklah dalam hati selalu bersih. Buat amal pun tak rasa was-was.”
Agar Dekat Dengan Suami, Isteri Pilih Rumah Atas Air
Menurut Mokhtar pula, rumah sangkar itu sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap. Sekitar tahun 2018, dia ambil alih perniagaan bapa.
Sebelum ini mereka, tinggal di Alor Setar dan berniaga pasar malam. Bila bapa minta sambung usaha menternak ikan, dia pun berpindah ke rumah itu. Dah dia tahun dia dan isteri menetap di situ.
Bukan tak nak cari rumah sewa, tapi isteri kata lebih mudah tinggal dekat rumah tu. Dekat pun dekat, tak adalah jauh dari isteri dan anak sepanjang bekerja itu.
Ads
“Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan nak bahagiakan isteri dan keluarga. Jadi, saya ikutkan saja. Sejak itulah, isteri mula menghias rumah dengan kemas dan bersih.
Alhamdulillah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain.” Akuinya lagi, rumahnya juga ada bilik air. Cuma bilik itu hanya dipasang tirai kerana rumahnya kecil saja bak sebuah bilik.
Hiasan Dalaman Rumah Sangkar, Kemas Tersusun Cantik
MW : Begitulah.. apabila BERSYUKUR dengan apa jua nikmat rezeki yang tuhan berikan, insyaAllah hati akan tenang, lapang malah rezeki makin datang bak air mengalir.
Saudara baru ini, Brother Irwan sudah lebih setahun diuji penyakit jantung bengkak atau Terminal Stage Enlarged Heart. Lebih sayu, keadaannya semakin sukar ketika ini kerana dia tidak mampu mendapatkan rawatan awal.
Memandangkan kos pembedahan yang tinggi dan dia tidak mampu untuk membiayainya. Cuma mampu dirawat dengan bantuan ubat-ubatan saja.
Lama-kelamaan, dia terpaksa redha dengan ujian sakitnya. Doktor juga maklumkan tidak lagi boleh berbuat apa-apa. Lebih menyulitkan, Brother Irwan tinggal bersama ibunya yang sudah berusia 75 tahun dan kakak 60 tahun yang juga beragama Islam.
Kisah sedih Brother Irwan ini dikongsikan Elaine Aisyah yang sempat berkenalan dengannya sebelum ini.
‘Saya Takut Tak Sempat’ Diuji Jantung Bengkak
‘我怕来不及,我越来越弱了’
Awal pagi lagi dapat mesej daripada brother Irwan yang baru sempat kenal dan jumpa 2 hari lepas ini. Seorang brother yang amat tabah dan redha dengan dugaan Allah.
Terminal Stage enlarged heart (cardiomegaly) – jantung bengkak. Bukan baru kena, tetapi sudah lebih setahun brother suffer, sebenarnya boleh dirawat dengan cara surgery pada peringakat awal, tetapi tidak mampu bayar kos rawatan yang tinggi, maka… Cuma rawat melalui makan ubat. Buat sekarang, doktor kata dah tak boleh buat apa-apa.
Tinggal bersama ibu (umur 75) dan kakak umur 60) yang juga beragama Islam. Kakak yang terdahulu
peluk Islam, diikuti ibu dan brother Irwan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saya perhatikan muka ibu brother yang termenung pandang muka anak dia sendiri yang sedang sakit. Apa daya seorang ibu selain berdoa.
Namun, beliau begitu tenang dan tabah. Bukan sahaja risau kan kos perubatan sahaja, tetapi juga perbelanjaan harian makan minum.
Semuanya hanya bergantung pada SOCSO yang tak berapa.
Syafakallah, sama sama kita doakan semoga brother Irwan Moo diberi kesembuhan hendakNya haiyuyakhoiyuum, amin ya rabbal alamin
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan, boleh hubungi :
IRWAN MOO LEE TED
Bank Islam 1211 302040 7689
0123005299
Kita memberi kerana Allah, bukan kerana sesiapa.
JOM sama sama kita beri perhatian dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Ini juga satu cara kita menolong diri kita sendiri untuk lulus ujianNYA …
Assalamualaikum.
Mingguan Wanita : Bagi anda yang mahu membantu saudara baru, Brother Irwan ini bolehlah menderma menggunakan maklumat yang diberikan di atas.
Kata pelakon dan penyanyi, Nor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza (Azza Elite), dia begitu menghormati wanita yang bekerjaya, surirumah malah ibu-ibu yang menyusu anak kecilnya.
Betapa sibuknya para isteri ini membantu suami menambah pendapatan, mereka tak lupa uruskan rumah tangga; suami dan anak-anak.
“Semenjak my husband bekerja saya juga part time go shop host, team parodi meletop ada meniaga sendiri jual bedak sejuk, jual makeupbase, jual #eudrasirehbyazzaelite , jual blause azza elite.
“Seminggu yang lalu saya take over sepenuh masa suri rumah. Sebab kerja belum start. Tanpa bantuan sesiapa, saya jaga sendiri didam #ustazadam hehe mencabar sangat. Huru hara 1st day. Nak memerut pun tak da dah masa me time dalam tandas. Klako i’m proudly saying i’m a housewives.. agh gitchiuu.. Tapi apa yang saya belajar.”
“Kerja rumah ialah ibadah.”
“Mudahnya mengutip pahala di rumah.”
“Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan bekerja.”
“Ibadah yang mulia tak terkira.”
“lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang.”
Indah!
“Masakkan makanan untuk family.. pahala besaq.”
Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, surirumah yang saya kagumi.
Mereka juga perlu me time.. trust me..
Tahniah Surirumah!
Nampak Macam Boleh Curi Rehat, Tidak Ya..
“Sebab tu jugak saya buat bisnes review. Dapat lah bantu pendapatan dari rumah.. insyaAllah Allah akan hantar rezeki dengan tidak kita sangka sangka.”
“Jangan perlekeh suri rumah.. sayangku! nampak macam boleh curi rehat. Tidak ya.. masa anak ko tidur, masa tu la ko nak cuci baju, cuci kain dan masak. Bila baby bangun masa tu ko kena main dengan mereka pulak.
“Yang paling tak ley bla masa nak membuang takda lagi ketenangan kecuali mereka tidur.. hik hik tapi I do enjoy every second of my life rite now.. gile doe!!
“Tapi happy bila tengok ur baby dah kenal orang dan nak ikut ko je sebab dia tau mak dia yang huru hara ni duk suap susu, suap makan, basuh berak, main dengan dia calm down kan dia bila dia teghiakkkk.”
Keterangan gambar (tepi pool) : Gambo didam nak jalan-jalan kat seming pool 2 minit ja lepas tu ngantuk. U know la bila baby u ngantuk mengamuk la chuols.. hik hik hik
MW : Nampakkan.. siapa pun anda, selagi namanya seorang mak-mak memang inilah antara pengalaman manis mencabar yang perlu kita hadap.
Cuaca tidak menentu termasuklah hujan berterusan membuatkan beberapa lokasi di pantai timur termasuklah Kuala Nerus, Terengganu mengalami banjir.
Setakat ini rata-rata penduduk yang terlibat dengan banjir diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ramai yang telah menjadi mangsa banjir termasuklah seorang bayi yang masih di dalam pantang.
Bayi 14 hari ini menjadi salah seorang mangsa banjir, namun disebabkan dia masih terlalu kecil dan mempunyai masalah jangkitan mata, mak dan ayahnya mengambil keputusan untuk menumpang di rumah keluarga.
Kasihan bayi yang baru saja melihat dunia turut sama terlibat dalam banjir yang melanda Kuala Nerus ini.
Bayi 14 Hari Mangsa Banjir
Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah Kuala Nerus selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.
Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.
Anak Masih Kecil Mengalami Jangkitan Mata
Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.
“Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.
“Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat,” katanya.
MW: Harapnya banjir yang melanda daerah ini segera pulih dan penduduk sekitar dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Menjadi mangsa banjir dalam musim Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, semoga semua mangsa banjir tabah.
Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang...