Ads

12 Tahun Jadi Tukang Sapu, Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

Tukang Sapu
Tukang Sapu

Kejayaan seorang tukang sapu, kelima-lima anak perempuan berjaya dalam bidang masing-masing. Muncul perasaan yang bercampur-baur, tiba-tiba air mata mengalir tanpa disangka-sangka kerana terharu.

12 Tahun Jadi Tukang Sapu

12 Tahun Jadi Tukang Sapu, Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita dikenali sebagai M. Kavitha, apabila menerima kejutan yang tidak akan dilupakannya.

Baru-baru ini, perkongsian di TikTok oleh @santhiya_nila menyentuh hati ramai selepas memaparkan kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Kavitha yang ke-50.

Kavitha, yang bekerja sebagai tukang sapu sedang menjalankan tugasnya seperti biasa tanpa mengetahui sesuatu yang istimewa sedang menantinya.

12 Tahun Jadi Tukang Sapu, Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

Ketika sedang bekerja, beliau dihampiri seseorang yang kononnya mahu menemu bualnya.

Dengan tenang, Kavitha menjawab setiap soalan tanpa sedikit pun menyedari bahawa di belakangnya sudah berdiri insan-insan yang paling disayanginya.

Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

12 Tahun Jadi Tukang Sapu, Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

Ads

Beberapa saat kemudian, lima anaknya muncul seorang demi seorang dengan memakai pakaian seragam kerjaya masing-masing.

Sebaik sahaja melihat wajah anak-anaknya, Kavitha terus terdiam. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir.

Apa yang menjadikan kisah ini lebih menyentuh hati ialah cerita di sebalik kejayaan anak-anaknya.

Walaupun sudah berusia 50 tahun, Kavitha masih belum mahu berhenti bekerja. Baginya, berdikari adalah sesuatu yang memberi kepuasan dalam kehidupan.

Tambahnya, setiap anak mempunyai perjalanan hidup masing-masing dan masih ramai individu yang terus bekerja sehingga usia 70-an.

“Saya melakukan pekerjaan ini dengan sepenuh hati. Saya sudah mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam bidang ini,” katanya.

Ads

 

Anak sulungnya berjaya menjadi jururawat, anak kedua pula berkhidmat sebagai kru kabin Singapore Airlines, manakala anak ketiga merupakan guru sekolah menengah kerajaan.

Anak keempat memilih untuk bekerja bersama ibunya, sementara anak bongsunya pula berjaya merealisasikan cita-cita sebagai seorang juruterbang.

“Saya rasa sangat gembira, malah tidak tahu hendak berkata apa ketika ini. Saya benar-benar terharu.

“Walaupun saya bekerja keras selama ini, apa yang saya mahukan hanyalah melihat anak-anak saya bahagia. Itu sahaja,” ujarnya.

Ads

Melihat anak-anak berdiri di hadapannya dengan pakaian seragam kerjaya masing-masing, kini segala usaha itu seakan-akan sudah terbayar.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut anaknya, Santhia, lima beradik tersebut mengambil masa hampir sebulan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

“Semua ini adalah kerana pengorbanan Amma…”

12 Tahun Jadi Tukang Sapu, Kehadiran Lima Anak Dengan Pakaian Kerjaya Buat Ibu Terharu

Dalam perkongsiannya, Santhia turut menitipkan kata-kata yang membuatkan ramai netizen sebak.

Katanya, ibunya tidak pernah merungut tentang kesusahan hidup. Sebaliknya, wanita itu hanya bekerja bersungguh-sungguh sambil mendoakan agar setiap anaknya diberi peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Hari ini, kami berdiri di sisinya bukan lagi sebagai anak-anak kecil, tetapi sebagai seorang jururawat, kru kabin, guru dan juruterbang.

“Semua ini adalah kerana pengorbanan Amma. Selamat ulang tahun ke-50, Amma,” katanya.

Begitulah cerita sebuah kejayaan seorang wanita bergelar ibu, bangga apabila melihat semua kelibat anak di depan mata dengan kerjaya masing-masing. Tahniah, ibu Kavitha dan selamat hari lahir!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Tunggal

Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Hargai Bantuan, Tapi Memilih TIDAK Untuk...

Baru-baru ini tular kisah ibu tunggal berasal dari Sabah, Nur Syuhada Naquiyyah, 33, yang memilih untuk keluar dari rumah keluarganya dan kini tinggal di...