Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah. Minta Kukuhkan Hati & Tidak Berbolak Balik.
Sememangnya ketahuilah bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim yang mukalaf. Aurat bagi lelaki adalah antara pusat sehingga lutut. Aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
Apabila seorang wanita sudah menetapkan hatinya untuk mengenakan tudung seeloknya biarlah pemakaian hingga ke akhir hayat. Namun ada segelintir wanita yang berhijab bimbang sekiranya hati mereka berbolak-balik.
Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah
Bagi mereka yang bergelar selebriti sememangnya untuk istiqamah adalah sesuatu yang amat sukar. Sebagai peminat sudah tentu mahu melihat selebriti yang kita sayangi mendapat pengakhiran yang baik dalam hidup mereka.
Seperti mana diluahkan pelakon cantik Anzalna Nasir yang mula berhijab sejak dua tahun lalu akui dirinya begitu risau dan bimbang jika sukar istiqamah.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu, juga sangat risau jika hatinya mudah berbolak balik. Dek kerana itu juga Anzalna tidak mahu terlalu mengulas fasa penghijrahannya kerana keterbatasan untuk meramal apa yang bakal berlaku pada masa akan datang seperti mana dilaporkan Berita Harian.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
Ads
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” luah Anzalna.
Doakan Imej Menutup Aurat Kekal
Anzalna juga memohon agar mendoakannya mampu mengekalkan imej menutup aurat seperti sekarang.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” kongsi Anzalna yang sangat bersyukur walaupun sudah berhijab namun rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus.
Memiliki keluarga bahagia, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini juga turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan
Memang cukup membimbangkan apabila kanak-kanak yang masih kecil cukup berani memandu kenderaan sendiri. Namun terkini, polis menolak sebarang unsur mistik dikaitkan dengan kes kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan wujud isu mistik seperti ditularkan, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
Shariman berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut juga tahu dan menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek kenderaan itu.
“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta.
“Antara lain, kanak-kanak lelaki itu mampu menerangkan penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik, selain tahu mengundur kereta,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Tambah beliau, melalui pemeriksaan dashcam, pihaknya mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika kejadian pada malam Selasa.
“Kadangkala, sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan ke kanan,” katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada kanak-kanak itu turut diambil keterangan, beliau menyatakan kanak-kanak tersebut ada dibawa ke balai polis trafik Langkawi oleh ibu bapa semasa keterangan ibu bapa diambil.
Menurut beliau, pihak polis telah menemubual awal kanak-kanak tersebut sebelum ini.
Terdahulu dilaporkan kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta dikaitkan pula dengan unsur mistik.
Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Sebelum ini, seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) dengan membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai di Langkawi sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mingguan Wanita: Walau apa pun yang berlaku, orang ramai diharap jangan membuat spekulasi sendiri, serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Paling penting sebagai mak ayah, pantau perlakuan anak-anak selalu.
Ibu dibayar hanya RM33,000 ganti rugi nyawa anak, inilah nilai satu nyawa akibat kecuaian doktor. Rungutan tentang masa menunggu yang lama di hospital kerajaan antara yang sering kita dengar di media sosial.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Zila Isa mengenai “perjuangannya” menuntut hak selepas arwah anaknya, Najmi Hariz yang dilahirkan dilahirkan dengan penyakit jantung dan missing limpa (tiada antibodi). Anaknya telah menjalankan major open heart surgery pada bulan 5/2019 namun meninggal pada 14 Februari 2020 akibat kecuaian doktor di hospital kerajaan ketika mendapatkan rawatan selepas mengalami demam. Di mana doktor telah gagal memberikan antibiotik segera kerana mengambil sikap sambil lewa ketika memberikan anaknya rawatan.
Berikut adalah perkongsian di mana katanya, 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟑𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟏 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐡𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
Ramai yang message bertanya rentetan kisah pemohonan pampasan dari KKM ini. Jadi saya summarykan di sini kerana last time tulis dalam keadaan emosi, mungkin ayat tunggang langgang sikit.
Pampasan untuk kematian arwah anak saya Najmi Hariz pada 14 Feb 2020, di atas kecuaian pihak hospital Serdang diumumkan oleh pihak KKM dan AGC sebanyak RM33,000 sahaja pada bulan 19 Jan 2023, hampir 3 tahun selepas kematian anak saya.
Saya telah membuat rayuan untuk memohon jumlah yang lebih malangnya ditolak mentah2 oleh pihak mereka.
Saya tahu mereka saja main gam, kerana tempoh masa untuk membuka kes di mahkamah hanyalah 3 tahun dari tarikh kematian. Jadi di sini, dia orang dah tau, tangan saya sudah terikat tidak boleh saman tetapi hanya mendapat pampasan.
Berdasarkan perbualan dengan lawyer-lawyer, kes ini tidak patut drag selama ini. But pihak hospital dan KKM tengah cuba selamatkan diri sendiri dengan melewat-lewatkan perkara ini kerana tahu saya mahukan penyelesaian tertutup.
Pada 13 Feb 2020, saya telah hadir ke Hospital Serdang pada jam 10.30 pagi kerana anak saya demam. Pada jam 12.30 tengah hari kami dihantar pulang kerana Dr bertugas mengatakan anak saya hanya demam biasa.
Pada ptg hari, hati kami tidak sedap dan sekali lagi ke hospital serdang dan terus ke red zone. Dr di red zone bertanya, mengapa anak saya dihantar balik, sedangkan ujian darah pagi tadi menunjukkan anak saya sudah ada bacteria infection. Untuk kana2 biasa sudah kena warded, inikan pula anak saya yang baru menjalankan Open heart surgery (pembedahan jantung besar) 8-9 bln yang lalu.
Pelatih-pelatih Dr berkurumun cuba membuat line ke anak saya yg berusia 2 tahun lebih. Mahu berpuluh-puluh injection diberi oleh empat Dr, semua tak dapat line. Anak saya makin sakit dan lemah, dan saya suruh memanggil Paeds kerana nak dapat line budak kecik, bukan mudah untuk pelatih biasa. Saya tiba jam 7.15pm dan dalam jam 8 mlm baru Paeds turun dan membuat line, dengan 1 attempt sahaja.
Saya menerangkan rekod kesihatan anak saya, yang dia di bawah pantauan paeds cardiologist serdang. Dan anak saya yg baru menjalankan operation jantung bergantung nafas kepada shunt yang membantu pam oksigen dan darah dijantungnya.
Dr Paeds menjawab ini isu demam, tiada kena mengena dengan jantung.
Dari pagi saya cuba menerangkan masalah kesihatan anak saya. Dr di sesi pagi hanya scroll dan jawab, panjangnya report anak ni. Tanpa mendengar penerangan kesihatan anak.
Dr malam pula, membuat diagnosis sendiri tanpa tahu keadaan anak. Buku rekod kesihatan anak tidak dibaca sama sekali.
Walau disebut byk kali anak saya adalah pesakit jantung dan asplenia (lahir tanpa limpa dan tiada antibodi), jika demam adalah penting dia mendapat antibiotik paling kuat kerana tidak dapat menentang jangkitan bakteria, tetapi Dr masih tidak memberi antibiotik.
Anak saya mula sesak nafas, ketika itu hanya Dr pelatih saja ada. Saya inform Dr dan dia hanya memberi mask oksigen dan suruh pakai. Anak saya menolak-nolak tidak mahu pakai, dan Dr tu hanya jawab, tak pakai memang la sesak nafas.
Sampai jam 11 mlm, tiada rawatan diberikan lagi, mahupun ubat antibiotik yg di minta. Bila melihat anak semakin lemah, saya panggil Dr dan bg warning jika ubat x tiba lagi, dan apa2 berlaku, u will regret n take the responsibility, baru la Dr tu minta ubat antibiotik dan nurse di red zone ambil di Farmasi.
Setibanya ubat tu, Dr sekali lagi mahu membuat line baru untuk masukkan ubat. ketika itu anak saya sedang minum air, dan Dr tu tanpa sabar mencucuk jarum dan ketika itu saya rasakan nyawa anak saya keluar dari tubuhnya, dan terus terkulai pergi tak kembali.
Saya meraung-raung ketika itu, semua Dr bertempiaran lari dan cuba memberi CPR. Masa tu semua Dr pakar ntah dari mana muncul, sedangkan sebelum tu hanya pelatih saja ada. Dr pelatih dan paeds tu terus menghilang selamatkan diri.
Saya memfailkan surat ex gratia (pampasan) dr kes ini sejurus anak meninggal, dan pihak hospital mengaku akan kesilapan ini. Sebagai solusi, Doktor sesi pagi yang menyuruh anak saya pulang ke rumah, telah dipindahkan ke hospital lain. Farmasi di red zone sudah dibekalkan dengan ubat penting. Doktor sesi malam yang bongkak, pihak hospital cakap, dia make salah judgement, tiada tindakan di ambil tapi hanyalah permohonan maaf dari ketua emergency dept.
Kemudian mereka menarik kes ini selama 3 tahun untuk menutup mulut saya untuk ke mahkamah, dan menambahkan pedih kami dengan menolak rayuan pampasan kami.
Adakah RM33,000 itu nilai yang diukur oleh mereka untuk nyawa anak kecil saya? Ini gambar anak syurga saya yang tak pernah saya tunjuk atau mampu tengok sendiri. Walau byk keping saya ambil, smpi ke hari ini saya tak mampu tengok sendiri.
3 tahun gambar ni saya simpan dan tak mampu tengok, hari ini saya kuatkan hati untuk share pada semua, apa akibat kecuaian pihak hospital serdang dan doktor2nya telah buat pada anak saya!
Netizen Tak Tengok Birthday Boy Pun, Nak Fokus Bilal Je. Pasangan popular Neelofa dan suaminya Haris Ismail sememangnya sering mendapat perhatian ramai. Namun sejak hadirnya anak sulung mereka Bilal ramai yang lebih teruja melihat kecomelan Bilal.
Dua tahun lebih mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris begitu bahagia apatah lagi kini Neelofa sedang hamil anak kedua.
Terbaru Neelofa mengucapkan selamat ulang tahun buat suami tersayang Muhammad Haris Mohd.
Namun menerusi ruangan komen Netizen lebih tertarik melihat kecomelan anak sulung mereka, Bilal.
“Siapa zoom gambar Bilal kita geng”
“Kitorang tak tengok birthday boy pun, nak focus bilal je sebab rasa nak picit picit eeee!” antara komen Netizen yang mencuit hati. Sememangnya wajah Bila yang seiras Neelofa buatkan peminat geram melihatnya.
Menerusi ucapan untuk suami tersayang, Neelofa berterima kasih kerana Haris menjadi seorang suami yang sangat baik.
“Happy Birthday زوجي
“Semoga Allah memberkati dan merahmati umur suamiku. Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik , sentiasa berada dalam keimanan serta ketaqwaan di sisiNya.
“Terima kasih kerana sentiasa menjadi suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab, mengambil berat setiap perkara dan mengisi hidup kami dengan kasih sayang.
“I love you so much & Bilal loves his bababababah too,” ungkap Neelofa.