Percutian jadi tragedi, 3 beranak meninggal serentak. Bapa mimpi anak datang berpakaian putih dan hitam. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada DIA kita kembali. Keseronokan percutian satu keluarga ke pusat peranginan Port Dickson bertukar menjadi tragedi.

Menyayat hati, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dan lori di di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini semalam mengorbankan tiga beranak iaitu, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, Zubaidah Abdul Rajak, 28 dan anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq berusia setahun di lokasi kejadian.

Percutian Jadi Tragedi, 3 Beranak Meninggal Serentak. Bapa Mimpi Anak Datang Berpakaian Putih & Hitam
Tiga beranak ini meninggal dunia selepas melanggar belakang sebuah lori di lebuhraya dalam percutian ke PD

Dalam pada itu, perasaan tidak sedap hati seorang bapa sejak dua minggu lalu, Abdul Rajak akhirnya terjawab apabila anak perempuannya, Zubaidah meninggal dalam kemalangan semalam apabila terlibat kemalangan jam 11 pagi di lokasi kejadian.

Memetik Sinar Harian, Abdul Rajak Sakiman, 66, berkata, dia dihubungi individu tidak dikenali yang memaklumkan tiga beranak itu terlibat dalam kemalangan.

Menurutnya, dia bergegas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Hospital Alor Gajah, namun setiba di unit forensik hospital berkenaan, dia diberitahu ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, mereka sekeluarga baru tiba di Port Dickson awal pagi tadi untuk bercuti, namun anak keenam daripada tujuh beradik itu tidak kunjung tiba.

“Bila dia (arwah) tak tiba di Port Dickson, lagi saya rasa tidak sedap hati, namun saya tidak meluahkan pada isteri kerana bimbang keadaan kesihatannya.

IKLAN

“Tiba sahaja di hospital, sedih rasa bila diberitahu ketiga-tiga mereka telah meninggal dunia. Apa pun saya sekeluarga reda dengan ujian ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah.

Percutian Jadi Tragedi, 3 Beranak Meninggal Serentak. Bapa Mimpi Anak Datang Berpakaian Putih & Hitam
Abdul Rajak berkata, alam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.
Percutian Jadi Tragedi, 3 Beranak Meninggal Serentak. Bapa Mimpi Anak Datang Berpakaian Putih & Hitam
Kenderaaan dinaiki tiga beranak ini remuk selepas merempuh belakang lori

Abdul Rajak berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu bulan lalu ketika bercuti di Desaru, Johor.

Dia menyifatkan anak perempuan yang bekerja sebagai jururawat itu seorang yang penyayang dan sering menghubunginya untuk bertanya khabar.

“Dia selalu telefon, tanya khabar dan bertanyakan keadaan isteri saya yang perlu menjalani dialisis setiap minggu,” katanya yang menetap di Bukit Pasir, Muar, Johor.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

Tragis Kemalangan Maut “Pergi Bukan Satu Tapi Empat…Saya Hilang Kata-Kata”

Selesaikan Dulu Punca Kemalangan Maut, Barulah Cerita Pasal Car Seat

IKLAN

Tambahnya, dalam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.

“Salah seorang kakak arwah sempat bertemu dengan Zubaidah ketika di Plaza Tol Skudai dan melihat raut wajah arwah yang berbeza sebelum masing-masing meneruskan perjalanan,” katanya.

Sinar Harian melaporkan hasrat tiga beranak termasuk bayi berusia setahun untuk bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DIUJI KANSER PAYUDARA DAN MASA YANG SAMA SUAMI SAKIT BUAH PINGGANG. Saksikan video ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI