Mengidam naik kereta kebal, ibu mengandung menangis permintaan ditunaikan abang ATM. Bila sebut soal mengidam di kalangan fasa ibu mengandung, kadang ada banyak cerita tidak masuk akal.

Tidak masuk akal bagi kita yang “tidak mengandung” tapi dianggap okay bagi ibu-ibu mengandung ini kerana sering dikaitkan dengan permintaan anak dalam perut (wallahualam).

Bayangkan, ada yang mengidam hidu ketiak suami, makan belon, makan kapur, pencuci tandas dan lain lagi di mana kita beranggapan takkan teruk sangat keinginannya tapi itulah banyak hal-hal kelakar bagi ibu mengandung ini.

Kadang suami pening kepala naik tunaikan permintaan ibu-ibu mengandung kerana takut menjejaskan anak dalam kandungan tambah lagi jika itu anak sulung.

Tapi bagi ibu mengandung pula, selagi keinginan itu tidak dipenuhi, mereka akan terus “bersuara” agar hajat itu dipenuhi.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hamil Anak Kedua, Wanita Ini Mengidam Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung

IKLAN

Faham Perasaan Mengidam, Abam Masak Mee Rebus Untuk Fasha Sandha Walaupun TAK JUAL

Bila sebut bab mengidam ini, satu perkongsian dari seorang ibu @Omma_ellysha76 cukup sebak di mana dirinya mahu menunaikan impian anaknya yang mengidam menaiki kereta kebal dan masa yang sama menguatkan hati meminta jasa baik kepada abang-abang tentera untuk hajat itu ditunaikan.

@omma_ellysha76♬ Ya Maulana (Remastered) – Sabyan

menfmenf

Dalam dilihat ibu ini cukup gigih berusaha meminta jasa baik abang-abang Angkatan Tentera Malaysia atas budi bicara untuk memberi kebenaran anaknya itu menaiki kereta kebal walau menyedari permintaannya anaknya yang hamil itu agak sukar.

Dan alhamdullillah, hajatnya itu ditunaikan walau pun sebenarnya ianya amat mustahil kerana orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki kem tentera kecuali dengan adanya pameran dan dibuka kepada orang awam.

Mungkin atas rezeki sambutan hari kemerdekaan semalam, hajat anaknya itu tertunai kerana pasukan tentera ini baru habis terlibat dalam perbarisan hari kebangsaan. Paling sebak, anaknya menangis kerana sama sekali tidak menyangka permintaannya tertunai walau merasakan ianya mustahil pada awalnya. Tidak hanya dirinya berpeluang naik tapi suami dan ahli keluarganya juga.

IKLAN

Dalam pada itu, selepas video ini mendapat tontotan ramai, lebih dari 2.2 juta, seorang indvidu @Muhammad Hafizi memaklumkan,

“akak yang saya bagi masuk tengahari tadi tu kan. Saya perasan kak dengan suami minta nak masuk kem. Katanya anak mengidam nak naik kereta kebal. Alhamdulillah, saya tolong setakat yang mampu.

“Saya kesian akak tu dah sebak-sebak minta nak masuk kem. Katanya anak mengidam. Memang tak sampai hati. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

JANGAN BUANG JEANS DAH ROSAK, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI.

IKLAN

Mengidam Naik Kereta Kebal, Ibu Mengandung Menangis Permintaan Ditunaikan Abang ATMJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI