Datuk Seri Vida Sampai Sakit Kepala Hampir Kena Scam RM30,000

Dalam video berdurasi 18 minit 38 saat, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida meluahkan kebimbangannya selepas menerima panggilan telefon daripada penjenayah scammer yang hampir memperdayakan wang miliknya sejumlah RM30,000.

Beliau yang memuat naik video itu di facebook miliknya, Sayang-Sayang DSV membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas menerima ancaman sindiket penipuan scammer ini.

Berkali-kali juga Datuk Seri Vida meminta orang ramai ‘share’ videonya itu agar orang ramai tidak terpedaya seperti dirinya. Tindakan penipu yang sebegitu licik bermain psikologi membuatkan, pengasas Pamoga ini tidak dapat lari dan terus melayan penjenayah dekat 2 jam lamanya di talian.

Biasanya saya tak angkat call, bila tengok no bank saya angkat. Dia kenalkan diri, pegawai beri no kad ID. Maklumkan yang akaun saya dibekukan kerana ada loan RM30,000.” Ujar Datuk Seri Vida atau nama penuhnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dalam video yang dikongsikan itu.

Selepas memaklumkan yang akaunnya dibekukan, scammer itu mengaitkannya dengan kegiatan mengedar dadah. Walau bagaimanapun, beliau sempat menghubungi peguam sebelum meneruskan perbualan dengan scammer.

Dia beri ugutan, kata akaun dibekukan sebab penyalah gunaan dadah disebabkan seseorang suspek yang ditangkap mempunyai kad ATM saya.

IKLAN

Aku jual Pamoga, Qu Puteh bukan jual dadah. Saya bersama penjenayah dan saya mengaku yang saya Dato’ Seri Vida.” Sambungnya memaklumkan sampai sakit kepala disebabkan perbuatan tak bertanggungjawab scammer.

Datuk Seri Vida Sampai Sakit Kepala Hampir Kena Scam RM30,000
Kredit Foto : Sinar Harian Online

Dekat Final Stage Scammer Nak Dapat Duit, Peguam Datang

Mujurlah beliau sempat menghubungi peguam. Sampailah dekat final stage scammer mahu mendapatkan wang miliknya, peguamnya sempat sampai dan memberitahu yang itu adalah panggilan scammer.

Saya sampai lembik disoal siasat (merujuk pada scammer). Mereka pandai sampai saya stuck dalam perbualan.”

IKLAN

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida juga mengingatkan orang ramai agar tidak terperangkap dan terpedaya dengan panggilan-panggilan yang mencurigakan. Beliau berhadap pihak PDRM akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap penjenayah scammer ini.

Penjenayah scammer menggunakan modus operandi yang sangat licik. Mereka menggunakan nombor talian telefon yang sama dengan pihak bank, balai polis membuatkan mangsa mudah diperdaya.

Sindiket ini juga mempunyai data peribadi mangsa yang tepat sehingga boleh menyebabkan mangsa secara psikologinya menjadi bimbang dan tertekan.

IKLAN

Rezeki ini halal, jadi tuhan lindungi. Ramai mendoakan keselamatan dan bisnes saya. maka atas doa mereka yang Allah makbulkan inilah saya terselamat dari menjadi mangsa scammer yang tak berhati perut.”

Sebelum mengakhiri sidang videonya itu, beliau berdoa agar dilindungi daripada musibah yang tidak diingini. Mendoakan agar yang baik-baik saja dekat dengannya. Amin

Video Datuk Seri Vida Berhubung Scammer Yang Cuba Menipunya

Sumber/Video : Facebook Page Sayang-Sayang DSV

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI