Sesungguhnya ajal maut dan jodoh ketentuan tuhan. Sepasang suami isteri berusia 100 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang telah berkahwin selama hampir lapan dekad, meninggal dunia selang beberapa jam sambil berpegangan tangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Meninggal Selang 20 Jam

Hubert dan June Malicote bertemu di sebuah gereja di Hamilton, Ohio pada 1941 sebelum mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian.

Mereka meninggal dunia selang 20 jam pada 30 November dan 1 Disember lalu di pusat jagaan Hospis Hamilton.

“Hubert mendahului June dalam kematian selang hanya beberapa jam sekali gus menandakan berakhirnya kisah cinta mereka selama 81 tahun,” demikian obituari mengenai kematian mereka.

81 Tahun Hidup Bersama, Suami Isteri Meninggal Selang Beberapa Jam Berpegangan Tangan

Pasangan itu meraikan Hari Kesyukuran sehari sebelum cuti dengan menganjurkan pesta piza untuk seluruh keluarga mereka.

Anak lelaki mereka, Sam Malicote, 76, memberitahu akhbar Dayton Daily News bahawa ‘semuanya baik-baik sahaja’.

IKLAN

Akan tetapi, June jatuh sakit pada malam itu dan dibawa ke rumah jagaan oleh anak perempuannya, Jo Malicote, 70. Hubert melawat isterinya selepas Hari Kesyukuran dan jatuh sakit.

81 Tahun Hidup Bersama, Suami Isteri Meninggal Selang Beberapa Jam Berpegangan Tangan

Tidak Sedarkan Diri

Hubert turut dimasukkan ke pusat jagaan dan ditempatkan di dalam bilik yang sama dengan June. Kedua-dua mereka tidak sedarkan diri.

IKLAN

Hubert meninggal dunia pada 9.15 malam (waktu tempatan) dan diikuti June pada 5.40 petang (waktu tempatan).

Pasangan itu telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-79 awal tahun ini. June berusia 100 tahun pada 13 Julai dan diikuti suaminya 10 hari kemudian.

Pasangan itu meninggalkan tiga anak iaitu Jo, Sam dan Theresa McBride, 68, selain tujuh cucu dan 11 cicit.

IKLAN

Mesti Baca:Kisah Cinta Hingga Ke Hujung Nyawa, Kahwin Selama 70 Tahun & Hembuskan Nafas Terakhir Hari Yang Sama!
Baca Lagi Di Sini:Pasangan Tua RUJUK KEMBALI Selepas 16 Tahun Berpisah & Pernah Kahwin Lain

Mingguan Wanita:Bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan bertahun lamanya.Akhirnya cinta hingga ke hujung nyawa apabila masing-masing menemui ajal, hanya selang beberapa jam.

Sumber: Kosmo

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI