Sumber / Sumber Foto : Instagram Achey

11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey Jalani Rawatan IVF. Bukan semua pasangan yang berkahwin dikurniakan cahaya mata, begitu jugalah yang dihadapi oleh Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne.

Walaupun belum dikurniakan anak kandung namun pasangan ini tetap bersabar dan bersyukur dengan kehadiran seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah yang kini berusia 4 tahun.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat

Seperti mana yang dipetik menerusi Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.

Kejayaan IVF memerlukan ovum sihat dan baik, sperma mampu mensenyawakan ovum dan rahim boleh menampung kandungan. IVF lazimnya dicadangkan selepas teknik bantuan rawatan Inseminasi Intrauterin (IUI) gagal.

Sempena sambutan hari lahir Achey pada 17 Ogos, Anne menerusi akaun Instagranya berkongsi dirinya kini sedang menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.

IKLAN

11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey, Jalani Rawatan IVF 11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey, Jalani Rawatan IVF

“Happy birthday sayang. Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat….

“Semoga awak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dilindungi ALLAH serta sihat tubuh badan. Aminn…

“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insya-ALLAH kita usaha, ALLAH yang tentukan.

“Kami kongsikan Perjalanan kami pertama kali buat IVF, 6 Jun 2022,” kongsi Anne.

Menerusi hantarannya di Instagram juga kelihatan Anne dan Achey bersama anak angkat mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor bagi bertemu Dr Tokha Muhammad.

IKLAN

“Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan” 

Menerusi ruangan komen, warganet mendoakan agar perjalanan pasangan ini untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey, Jalani Rawatan IVF 11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey, Jalani Rawatan IVF

Baca Disini : Suami Isteri, Bacalah 3 Doa Ini Sebelum & Selepas Melakukan Hubungan Intim Agar Anak Dilahirkan Soleh

IKLAN

“Untuk MAK Aku Takkan Tarik ‘Hand Brake’ Apa Ada Kita Usaha,” Achey

 Mingguan Wanita :  Semoga dipermudahkan segala urusan Achey & Isteri. 

Sumber / Sumber Foto : Instagram Achey

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI