Ada sesetengah ibu hamil jadi sesak nafas bila pakai tali pinggang keledar (seat belt). Sudahnya mereka pilih untuk tak pakai. Sebenarnya pilihan yang ibu hamil buat itu membahayakan nyawa.
Jika berlaku kemalangan, mereka juga terdedah dengan risiko kecederaan. Lagilah bawa satu nyawa lain dalam badan. Sebab itu, ibu hamil kena belajar cara betul lagi selamat, pakai seat belt.
Bila betul cara pakai, nafas pun tak jadi sesak. Selesa je ketika memandu atau pun semasa duduk di sebelah seat pemandu tu. Rujuk panduan yang dikongsikan Hayati Abu Hassan ini.
Cara Betul, Selesa Pakai Tali Pinggang Keledar Untuk Ibu Hamil
“Saya pernah terbaca di wall saya, seorang suami menulis tentang kisah dia menengking seorang pegawai JPJ yang menegur isterinya untuk memakai seat belt di dalam satu sekatan jalan raya.” Terang Hayati.
Ads
Ada mitos mengatakan seat belt boleh mencederakan bayi di dalam kandungan!
Sebenarnya, WANITA HAMIL WAJIB MEMAKAI SEAT BELT / TALI PINGGANG KELEDAR!
Berikut cara pemakaian seat belt yang betul bagi wanita hamil untuk menjaga keselamatan si ibu dan anak dalam kandungan.
1. Selalu pakai kedua tali pinggang keledar, baik yang di pangkuan (lap belt) dan yang di bahu (shoulder strap).
Ads
2. Pasang lap belt di bawah perut dan di atas pinggul. Jangan sesekali mengenakan lap belt di atas kawasan perut. Cara ini boleh membahayakan kandungan jika terjadinya kemalangan dan seat belt mengetat!
3. Tempatkan shoulder strap di antara kedua payudara dan mengarah ke sisi perut.
4. Laraskan panjang tali sehingga ia rasa selesa untuk anda.
Ads
5. Bagi pemandu yang hamil, dinasihatkan untuk meninggikan sedikit kedudukan stering untuk memudahkan pergerakan.
Tip’s ini juga boleh diamalkan oleh bapa-bapa yang hamil bertahun-tahun tapi tidak juga melahirkan. Pemeriksaan terhadap perut bapa perlu dilakukan, bimbang bayi telah mati dalam kandungan.
Debaran paling hebat buat mak ayah ketika menanti anak kecilnya jalani pembedahan dalam bilik pembedahan. Ketika itu, ibarat nyawa jadi pertaruhan.
Sungguh, dalam memujuk hati yang resah dan serabut itu, doalah senjata mak ayah paling kuat. Lana Nodin berkongsi kesyukuran di IG livenya. Anak kedua, seusia 2 bulan itu selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara.
Sebelum ini, William Daud McKienzie disahkan mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Doanya fokus mahu anaknya selamat dan terus hidup dalam peliharaan mereka sekeluarga. Dan Allah makbulkan.
Sejak kelmarin, doa mak ayah ini tidak putus untuk anak keduanya, malah katanya rakan-rakan artis, pihak media, kawannya yang di Makkah turut mendoakan William yang mesra dipanggil Billy.
“Saya tak pernah upload gambar (sebelum ini), tak sangka mereka sayang anak saya.” tuturnya berterima kasih dengan kiriman doa dan kasih sayang yang diberikan itu.
“Ibu-ibu di sini teruskan berdoa. Memang betul orang kata.. doalah, tapi masa itu hati kita tengah kusut. Doa pun berterabur. Sebab hati sedih. Sebenarnya bila kita fokus satu benda cakap betul-betul. Tuhan akan bagi.”
“Cakap macam kawan pun cukup. Tadi lepas solat, saya cakap dengan Dia, ‘jangan ambil dia.. bagi dia hidup dengan saya.”
Dalam linangan air mata, Lana yang ditemani suami, Daud McKienzie mengucapkan kesyukuran kerana anaknya selamat.
“Alhamdulillah.. kerana doa-doa anda semua, anak saya selamat. Jantungnya tak terhenti, bermakna doktor dapat buat prosedur yang sepatutnya.”
Maklumnya lagi, jika pembedahan perlu dilakukan sekali lagi, risiko untuk jantung terhenti boleh berlaku. Sebelum ini, pembedahan untuk Billy terpaksa ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.
Lana juga dikurniakan seorang puteri sulung, Gia Quinn McKienzi.
Dalam posting instagram terdahulu, Lana mengajak orang ramai membantu anak-anak yang senasib dengan anaknya.
“Nama saya William Daud McKienzie, AKA “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic stenosis.
“Anda semua boleh membantu less fortunate children macam saya untuk mendapatkan bantuan treatment donating dengan menderma kepada Yayasan IJN.
“Semua donations are tax exempt jika anda menderma Cukai anda Akan Di bebaskan.” Tulisnya dalam instagram.
Menjadi tugas dan tanggungjawab seorang ibu menjaga anaknya daripada kecil hinggalah dewasa. Tidak pernah merasa terbeban biar pun sekelumit. Ibu sentiasa berada di sisi anakanda tercinta tidak kiralah di kala sihat atau sakit. Kadang kala hubungan antara ibu dan anak tidak mampu digambarkan dengan kata-kata dan hubungan ini juga tidak akan terputus sampai bila-bila.
Wanita ini, Hasanah Hassan, 50 tahun, merupakan salah seorang ibu yang diuji. Anakanda yang dilahirkan sihat dan membesar sempurna secara tiba-tiba hilang upaya sekelip mata.
Empat Hari Koma
Sebenarnya, tiada apa kekurangan kepada anak remajanya yang kini berusia 23 tahun. Anak ketiga daripada empat beradik ini, Muhamad Adli Asyraf, seorang yang aktif bersukan. Sering bermain futsal, bola serta sukan lasak lain. Sehinggalah suatu hari di tempat kerja, ketika dia sedang bersarapan, dia terasa pipinya kebas sebelum tumbang.
Kongsi Muhammad Adli Asyraf atau mesra dengan panggilan Ayap, dia hanya sedar seketika dan bertanya kawan sekerjanya apa yang berlaku sebelum ambulan tiba dan kembali tidak sedarkan diri selama empat hari.
Apa yang menyedihkan, kesan daripada rasa kebas itu, tempurung kepala sebelah kirinya dibelah kerana terdapat darah beku dan pasukan perubatan mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nyawanya.
Mengimbau kejadian yang berlaku pada 12 November 2018 lalu, Ayap sedang duduk bersarapan ketika kejadian. Tiba-tiba mukanya terasa kebas dan dia terus terjatuh dari kerusi.
“Kata kawan sekerja, semasa sedar selepas terjatuh itu, saya hanya sempat bertanya apa yang berlaku dan kemudian pengsan kembali. Masa dalam ambulan pun saya tak sedar sehinggalah tiba di hospital.
“Kata mak, dia cuba panggil-panggil saya tapi saya hanya mampu angkat tiga jari dan terus tidak sedarkan diri,” katanya yang dikejarkan ke unit pembedahan kerana hasil imbasan x-ray, terdapat darah beku di bahagian kepalanya.
Dibedah
Malah keluarganya juga tiada pilihan lain kerana perlu menandatangani borang persetujuan bedah dengan kadar segera kerana keadaannya kritikal. Lebih sebulan selepas sebahagian tempurung kepalanya, dibuang terdapat lekukan besar di kepalanya.
Sebagai ibu, sudah tentu pilu melihat perubahan ke atas diri anaknya. Bayangkan selama ini anaknya cukup aktif, tiba-tiba terdiam kaku dan tidak sedarkan diri. Tatkala mendapat perkhabaran daripada kawannya, dirinya menjadi hilang arah seketika.
Melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri di hospital amat meruntun hatinya. Berkali-kali dia memanggil anaknya tetapi anaknya hanya mampu gerakkan tiga jari sahaja. Penantian selama empat hari bukanlah satu tempoh masa yang singkat, siang malam dia berdoa agar anaknya sedar.
Mustajabnya doa seorang ibu, selepas empat hari tidak sedarkan diri Ayap sedar dan orang pertama yang dicari adalah emaknya. Menitis laju air mata seorang ibu apabila anaknya kembali memanggil “emak”. Hasanah memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.
Perubahan Positif
Sementara itu, jelas Hasanah, sebelum ini selepas pembedahan pertama keadaan Ayap lebih teruk. Hinggakan dia menguruskan segala keperluan anak bujangnya kerana Ayap tidak boleh berdiri dengan stabil.
“Kalau tak pegang dia akan jatuh. Perlu dibantu lagi. Alhamdulillah juga memorinya tidak terjejas kerana kalau itu yang berlaku risiko nyawa akan lebih terancam. Setelah pembedahan kedua, keadaan Ayap semakin bertambah baik.
“Kini dia mampu pergi ke bilik air sendiri tanpa bantuan saya. Sebelum ini memang 100 peratus saya bantu dia bergerak. Ada kalanya dia akan lepaskan tongkat dan jalan sendiri. Cuba saya awasinya dari jarak jauh. Tidak rugi kami luangkan masa dan wang ringgit untuk Ayap pergi fisioterapi. Kesannya amat positif,” ujarnya yang mulai sebak.
Ayap yang kini cuti sakit dan bekerja di Henry Butcher berkata, pada pembedahan pertama di KPJ Hospital Damansara, bil rawatannya mencecah RM83 ribu. Manakala pembedahan yang berlangsung pada 8 Januari 2019 yang lalu menelan belanja hampir RM52 ribu. Menurut bapanya, Jasni bin Abdullah, 56 tahun, kos rawatan agak tinggi kerana sebahagian tempurung kepala anaknya dibuang.
“Insurans dari pejabatnya hanya RM50 ribu. Nasib baik jugalah ketika bulan empat hari itu, saya baru pencen. Duit baki pembedahan sebanyak RM33 ribu itu saya guna duit bersara dan selebihnya duit daripada sumbangan orang ramai.
“Begitu juga pembedahan kedua, saya kumpulkan duit yang ada demi kembalikan anak saya yang dahulu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, Blok B, PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Alami Penyakit AVM
Jelas doktor, Ayap mengalami penyakit Aeteriovenous Malformation (AVM). sebenarnya tidak ramai yang mengetahui mengenai penyakit AVM dan serangan AVM ini mempunyai gejala seperti sakit kepala yang teruk, muntah dan juga kejang di leher.
AVM disebabkan pembentukan tidak normal ketika bayi di dalam kandungan atau masalah konginental. Serangan itu tidak dapat dibuktikan ada hubung kait dengan keturunan dan tidak juga disebabkan oleh masalah persekitaran. Biar pun kurang arif tentang penyakit ini, Hasanah akan sentiasa pastikan dia berada di sisi Ayap.
Setiap kali Ayap mengalami emosi yang tidak stabil, sebagai ibu Hasanah cuba menenteramkan anaknya. Malahan dia cuba bersabar dengan perubahan sikap Ayab yang sensitif. Bagi Hasanah, mungkin apa yang berlaku pada Ayap adalah normal kerana perbezaan hidup Ayap dahulu dan sekarang.
Perubahan
Dahulu dia bebas bergerak, bekerja dan berkawan, kini segala-galanya berubah. Dia tidak mampu bersukan seperti selalu, malahan juga tidak punyai daya untuk melepak bersama kawan-kawan. Keadaan ini memberi kesan kepada emosi Ayap secara keseluruhannya.
“Saya bersyukur, anak-anak saya yang lain dan setiap ahli keluarga menyokong penuh Ayap. Kawan-kawan Ayap juga banyak luangkan masa datang ke rumah, memberi sokongan kepada Ayap. Dalam masa dua bulan ini saya cuba memahami dan menerima keadaan Ayap sebaik mungkin.
“Sebagai ibu saya berdoa Ayap akan kembali pulih dan sihat 100 peratus seperti dahulu. Saya mahu dia kembali aktif, dapat berkawan agar dia tidak murung dan sedih dengan nasib dirinya.
“Apa pun yang berlaku, saya dan Ayap perlu hadapi ujian ini. Setiap kali saya sedih, saya akan lihat gambar Ayap sebelum dia sakit. Gambar lamanya banyak memberi motivasi kepada diri saya untuk terus menyokong Ayap ,” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Bagi anda yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan demi meringankan beban keluarga ini, bolehlah salurkan bantuan ke akaun CIMB Bank atas nama Muhammad Adli Asyraf Jasni di nombor akaun 7057679401.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tip ini untuk bantu mudahkan mak-mak kemas barang apa perlu di bawa dan apa yang perlu ditinggalkan bila nak jalan jauh atau bercuti hingga luar negara.
Boleh cuba praktikkan panduan yang dikongsikan Azian Mohamed Isa ini. Tip inilah juga yang dipraktikkannya bila jalan-jalan ke beberapa tempat di luar negara.
Jadi tidaklah nanti mak-mak terbawa barangan yang tidak perlu.
Ada banyak tip tentang cara paling berkesan untuk kemas barang ketika kembara. Google saja dan pilihlah kaedah yang sesuai mengikut keperluan anda.
Untuk seorang wanita yang matang seperti saya, berusia 40-an, berhijab, mahu tampil selesa, kemas dan menarik, ini tip yang saya selalu gunakan setiap kali mahu kembara.
Katakan tempoh kembara anda ialah 10 hari. Bawa pakaian untuk 5 hari sahaja. Dan pilih pakaian yang terbaik dan tercantik. Jangan murahkan destinasi anda yang mahal itu dengan berpakaian basahan seperti mahu ke pasar. Kebarangkalian kembara ke luar negara untuk golongan mak-mak seperti saya ini ialah 0.001. Jadi, manfaatkan sebaiknya.
Bawa 3 helai tudung.
Satu tudung jenis kasual seperti tudung bawal, shawl crumple atau tudung dua muka. Tudung ini mestilah selesa, tidak mudah renyuk, cepat kering apabila dibasuh, pinless/ pin-minimalis dan effortless. Pun begitu, dengan tudung ini anda akan sentiasa nampak menawan. Tudung inilah yang akan anda pakai sepanjang waktu penerbangan.
Mungkin ada waktu yang anda perlu solat di dalam kapal terbang. Oleh sebab itu, ia harus mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Jadi, tidaklah anda struggling untuk menyarung tudung di dalam bilik air kapal terbang yang sempit itu. Fuh, silap pilih tudung boleh berpeluh di dalam bilik kecil itu!
Satu tudung jenis sarung atau Syria. Ini saya panggil tudung emergency. Tudung yang kita mahu pakai apabila mahu turun sarapan awal pagi, mahu duduk-duduk santai di balkoni hotel sambil membaca novel kegemaran atau tiba-tiba house keeping datang mengetuk pintu bilik mahu maklumkan sesuatu.
Dan satu lagi tudung ialah tudung glamer. Ya, tudung yang blink-blink, penuh beads and glitter atau satin shawl yang anda hanya pakai waktu dinner atau dalam majlis formal. Mana tahu, pasangan kembara anda membuat kejutan dengan menempah makan malam di restoran ternama atau river cruise yang romantik.
Oh, jangan bimbang jika suami anda bukan jenis romantik. Suami apabila nampak bini well-dressed, mestilah diajaknya ke tempat yang istimewa. Dress like you’re going somewhere better later.
Kasut mesti selesa dan tahan lasak. Jangan pandang remeh hal kasut. Biarlah mahal tapi kualitinya bagus. Saya memilih jenama Skechers. Kasut itulah yang saya guna sepanjang kembara.
Sediakan baju sepersalinan di dalam hand luggage. Sepersalinan ini bermaksud sepasang seluar, sehelai baju dan pakaian dalam. Bimbang sampai ke destinasi, bagasi anda tidak muncul-muncul. Boleh berlaku apabila ada transit dalam itinerari penerbangan anda.
Ini berlaku semasa saya di Turkiye. Bagasi sampai selepas dua hari saya di sana. Mujur ada baju spare. Kalau tidak, terpaksalah shopping baju.
Asal packing je, gulung. Asal gulung je packing. Ini mitos. Sweatshirt dan cardigan jangan digulung. Lipat dan letakkan di atas gulungan pakaian di dalam beg. Hal yang sama untuk shawl.
Ya, saya bawa satu set hanger (ada 6). Bukan hanya untuk gantung, tapi untuk sidai baju. Baju atau seluar dicuci tangan. Sidai di dalam bilik air. Dah berhenti menitis, carilah tempat yang sesuai untuk gantung. Tak perlu cari dobi. Servis dobi di hotel libatkan kos.
Ketika di Mekah, bilik hotel kami langsung tiada hanger. Berguna sangat hanger yang dibawa. Apabila mahu berangkat balik, kami wakafkan saja hanger itu.
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat. Yang tak sesuai tak perlu ikut ya.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kanak-kanak lelaki didakwa dipaksa minum air cili di sebuah taska di Kluang. Kes kini disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.