Kakak tak sangka ikan masin & telur goreng menu terakhir adik. Allahu sedihnya apabila mendapat perkhabaran adik kandung kesayangan pergi buat selamanya.

Berita sedih itu diterima kakak kepada seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 10.15 pagi tadi.

Menurut Noryani Tamadun adiknya, Pegawai Waran II, Muhammad Faisol, 36 arwah adiknya ada membuat permintaan menu yang diinginkan kerana mengatakan itu kemungkinan permintaan terakhir dari beliau.

Kakak Tak Sangka Ikan Masin & Telur Goreng Menu Terakhir

Seperti mana dipetik menerusi laporan Sinar Harian, Noryani yang baru saja pulang berniaga nasi lemak terkejut apabila mendapat perkahabaran duka tersebut.

“Saya terkejut pagi tadi, pada pukul 10.15 pagi, saya baru balik berniaga nasi lemak, adik perempuan yang bertugas di Pahang telefon dan beritahu adik bongsu saya meninggal dalam nahas tu, terduduk juga la saya masa tu, memang tak sangka,” kongsinya.

Paling sedih Noryani turut menyatakan dia turut tidak menyangka menu berlauk ikan masin dan telur goreng yang diminta, menjadi kenangan terakhir bersama mangsa.

“Dia minta saya masakkan nasi berlaukkan ikan masin dan telur.. ‘last’ dah… takut tak dan (tak sempat)… dalam hati terdetik rasa pelik.. pasaipa (kenapa) tapi tak terluah di mulut ketika itu… kerap sangat dia sebut kali terakhir… selain itu pagi raya dia ajak ambil gambar bersama kami tiga beradik, seorang lagi adik perempuan saya yang bekerja polis di Pahang belum sampai lagi.

“Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut seorang hilang, kakak balik (polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita, saya pun rasa pelik kenapa dia cakap seorang akan hilang, masa nak balik pun dia cakap kita jumpa ‘last’ dah ni, hari ini semuanya terjawab,” ujar Noryani yang menetap di Kampung Tanjung, Sik.

 

Kakak Tak Sangka Ikan Masin & Telur Goreng Menu Terakhir Permintaan Adik, Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM

IKLAN

Kakak Tak Sangka Ikan Masin & Telur Goreng Menu Terakhir Permintaan Adik, Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Adik Bongsu Sangat Rapat Dengan Semua Adik Beradik

Selain itu, adik bongsu Noryani yang sangat rapat dengan adik beradiknya juga turut meminta kuih siput kegemaran untuk dibawa pulang ke Sabah ketika pulang bercuti selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Kemudian arwah adiknya bertolak pulang semula ke Sabah pada hari raya kedua untuk bertugas.

“Dia sudah menetap di Sabah kira-kira dua tahun dan dijangka balik bertugas di Perak Disember ini.

“Adik juga kata dia akan berpencen lagi dua tahun dan mahu pulang ke kampung untuk menguruskan rumah peninggalan arwah emak di Kampung Tanah Hitam untuk dijadikan inap desa.

“Dia memang minat tentera laut… selepas Tingkatan Lima, hanya sempat masuk sekejap Tingkatan Enam dan terus terima tawaran tentera laut,” kongsinya.

Ungkap Noryani,  arwah adiknya ada memaklumkan terlibat latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

IKLAN

Untuk pengetahuan Allahyarham Muhammad Faisol meninggalkan seorang isteri, Nor Syuhada, 36, yang merupakan seorang guru dan dua orang anak perempuan berusia 10 dan enam tahun.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-dua pesawat berkenaan terjunam.

Difahamkan insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan pada Mei depan.

Kakak Tak Sangka Ikan Masin & Telur Goreng Menu Terakhir Permintaan Adik, Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Baca Disini : Nahas Helikopter Terhempas, Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban

IKLAN

Sumber/Sumber Foto : Sinar Harian

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI