Bapa didakwa ratah tubuh anak 3 tahun, perbuatan durjana dibuat ketika isteri keluar cari nafkah. Terlalu kejam untuk seorang anak kecil melalui penderitaan begini.
Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung sebaliknya bertukar menjadi syaitan apabila didakwa meratah tubuh anak kecil berusia 3 tahun tanpa rasa kesal.
Menyesakkan dada, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika isteri keluar mencari nafkah untuk keluarga di negara jiran Singapura kerana suaminya tidak bekerja.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan yang mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan bagi tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Ads
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh dalam bilik air di rumah keluarga itu di Tampoi pada 13 Disember 2022.
Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius yang tidak boleh dijamin.
“Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang merupakan anak kandungnya dan wujud kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa,” jelasnya.
Ads
Mahkamah kemudian bersetuju tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebelum menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Difahamkan, tertuduh yang juga seorang penganggur ditahan pada jam 11 pagi, 28 Disember tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada isterinya iaitu ibu kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika isterinya yang juga rakyat tempatan keluar bekerja di Singapura dan ketika itu tertuduh hanya tinggal bersama mangsa dan juga dua anak yang lain, manakala dua lagi sedang bersekolah.
Empat beradik termasuk bayi 10 bulan kena halau dengan nenek, ditinggalkan depan pejabat kerajaan. Entah di mana hati nurani seorang wanita berusia yang bertindak menghalau empat cucunya termasuk bayi berusia 10 bulan.
Dalam kes menyayat hati ini, dalam usia yang belum pun baligh, empat beradik di bawah umur ditemui ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, di sini, semalam.
4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek
Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan bayi 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah pada jam 5.39 petang.
Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan
Hasil siasatan awal, katanya, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa semua mangsa ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan kompleks pentadbiran itu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.
“Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun berkenaan, dia mendakwa mereka dihalau dari rumah oleh nenek di Kampung Kuchai, Bota di Parit.
“Mereka dihantar ke tempat kejadian menaiki kereta oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.
“Pengadu kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hafezul Helmi berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.
Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan tak tahu, Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz ini sweet juga orangnya. Lagi-lagi dalam bab menghargai isteri. Bak kata beliau, cuma isterinya, YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad itu yang boleh menerima dirinya 200 peratus.
Kata-kata penuh bermakna ini dizahirkan sempena meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Biar pun sibuk dengan urusan negara, tetap mengingati momen paling istimewa dalam kehidupan suami isteri.
Ini perkongsian sweet daripada ayah kepada empat orang cahaya mata,
“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, sentiasa sabar dan selalu mendengar. Dan terima kasih kerana mendidik anak-anak, dan melayan kerenah saya. Terima kasih kerana memberi dorongan untuk saya dan memahami kekangan masa bersama keluarga terutama sejak berkhidmat di Putrajaya ini.
Dalam 10 tahun ini, hanya dia yang boleh menerima saya 200%, (dengan pelbagai kekurangan diri ini!), memberi sokongan berterusan dan sering ‘bersetuju’ dengan saya, walaupun kadang-kadang saya pasti ianya sukar. ⠀ ⠀ Kepada Dina – pasangan saya yang luarbiasa, tempat mengadu dan sahabat akrab saya – terima kasih atas segalanya! Benar apa yang dikatakan, di belakang setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang gigih dan tabah. ⠀ ⠀ 📸: Delin (Adik ipar saya)⠀ ⠀ #ulangtahunperkahwinan⠀
Menteri Kewangan ini mendirikan rumah tangga dengan Raja Datin Sri Johanna yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan.
Isterinya itu juga merupakan anak sulung kepada Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, iaitu seorang ahli perniagaan terkemuka di negara ini.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikuniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Tahun 2020 sememangnya memberi cabaran tersendiri apabila satu dunia dilanda pandemik Covid-19. Siri jelajah redONE Colours of Ramadhan yang bermula di Johor pada awal tahun 2020 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa ditangguhkan buat seketika berikutan insiden yang tidak dijangka ini.
Meskipun pelbagai ujian dan dugaan dilalui, niat ikhlas menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mendekati golongan kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim dan asnaf akhirnya dipermudahkan juga.
Sekali lagi redONE Foundation berkolaborasi bersama Mingguan Wanita meneruskan siri jelajah redONE Colours of Ramadhan 2021, kali ini di Negeri Selangor Darul Ehsan pula.
Lokasi terpilih seterusnya adalah Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting dan Rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Meskipun kunjungan dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun ia berjaya dilaksanakan dengan pematuhan (SOP) yang ketat.
Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting
Program redONE Colours of Ramadhan 2021 hari pertama bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting. Rumah kebajikan ini menempatkan 70 orang anak yatim dan asnaf dari pelbagai latar belakang.
Di sini, pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini seperti sesi mewarna, mengemas bilik, melipat baju, solat berjemaah dan sebagainya. Paling menarik, artis Sissy Iman juga turut hadir membuat persembahan dengan menyanyikan 2 buah lagu dan turut serta bersama-sama melakukan aktiviti dengan anak-anak yatim ini. Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati serta sumbangan duit raya dari redONE.
Sissy Iman bersama-sama melakukan aktiviti mewarna dengan anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Menurut anak Pengasas Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Mohd Muaz Hj.Muliana, bantuan utama yang mereka perlukan sekarang adalah dari segi kewangan untuk menampung keperluan harian dan persekolahan anak-anak yatim dan asnaf ini.
“Buat masa sekarang, bantuan yang paling kami perlukan ialah dari segi kewangan.. Kami perlukan kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan beli kelengkapan buat mereka,”katanya.
Pandemik Covid-19 Tidak Mematahkan Semangat Beri Bantuan
Sementara itu, bagi Penyelia Informasi dan Latihan redONE Nurul Syahira Aszaha rasa sungguh gembira dengan layanan anak-anak yatim ini yang sangat mesra bagaikan keluarga sendiri. Malah pengalaman seharian bersama mereka turut menginsafkan dan membuatkan beliau sangat bersyukur dengan apa yang beliau ada.
“Kami ingin membantu ramai lagi masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan bantuan yang kami berikan ini ada pihak lain akan sambung benda baik yang kami buat ini”
“Pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat kami untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan malah membuatkan kami lebih bersemangat untuk memberi bantuan kepada mereka semua,”katanya.
Rumah Bakti Nur ‘Ain, Bangi
Hari kedua Program CSR redONE Colours of Ramadhan 2021 pula bertempat di Rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Rumah kebajikan ini menempatkan 25 orang orang anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Lembah Klang.
Di sini pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti bermain kompang, kerusi beracun, mengemas sudut bacaan dan sebagainya. Artis Wani Syaz turut hadir membuat persembahan dan bersama-sama melakukan aktiviti dengan anak-anak yatim bagi memeriahkan lagi suasana dan memberi kegembiraan kepada mereka. Seharian Wani melayan anak-anak ini dengan ceria serta cukup ‘sporting’ mendendangkan lagu-lagu yang diminta.
Kemuncak majlis disudahi dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati serta sumbangan duit raya dari redONE.
Wani Syaz menceriakan program CSR redONE bersama Mingguan Wanita ke rumah anak-anak yatim di Selangor.
Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi cabaran pada ramai pihak. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pengasas Rumah Bakti Nur Ain, Syed Zulkandar Nasir, sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka sangat terkesan. Bantuan makanan dan terutamanya dari segi kewangan sangat diperlukan bagi menanggung anak-anak ini.
CSR redONE Colours of Ramadhan 2021 Beri Kegembiraan
Sementara itu, bagi Rakan Niaga redONE, Mohd Fazrin Razak pula berasa cukup teruja dan gembira dapat meluangkan masa dengan anak-anak yatim di Rumah Bakti Nur Ain ini. Jelas beliau, hubungan diantara anak-anak yatim di sini cukup mesra, bagaikan adik beradik dan setiap aktiviti yang dilakukan nampak seronok dan membuatkan sesiapa yang melihat rasa terhibur.
“Program ini sebenarnya dapat memberi impak yang baik kepada anak yatim, terutamanya dalam memberi kegembiraan menjelang Syawal dan sekaligus dapat memberi imej positif kepada redONE, di mana redONE sentiasa menjalankan tanggungjawab sosial dan kebajikan buat masyarakat di luar sana,”katanya.
Sejajar dengan program yang berlangsung, pihak redONE Foundation ini juga mengharapkan agar lebih ramai lagi membuka mata untuk memahami akan kesukaran yang dialami anak-anak ini. Malah, sama-sama ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Terutama Ramadhan, kerana inilah masa terbaik untuk memanjangkan amalan bersedekah.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada kedua-dua buah rumah ini boleh menderma di nombor akaun tertera :
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin: 21246660005241 (RHB BANK)
Atas nama : Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin
Rumah Bakti Nur Ain: 562834629667 (MAYBANK ISLAMIC) 1000141000056920 (BSN)
Atas nama : Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi Selangor
Kekal Berhubung Dengan Yang Tersayang, Lebih Bermakna Dengan Pelan Postpaid Hybrid50U!
Dengan musim pandemik yang melanda membuatkan ramai orang terputus hubungan dengan yang tersayang. Mana taknya, bukan sahaja mereka kena duduk di rumah, malah nak merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pun tak boleh. Kini, hanya panggilan telefon dan Whatsapp sahaja sebagai pengubat rindu.
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk berbuat demikian. Kebanyakannya terikat dengan data dan panggilan yang mempunyai had membuatkan mereka sukar untuk berhubung.
Dengan pelan tanpa had, redONE Hybrid50U anda tidak perlu risau kerana biarpun jauh dari yang tersayang, anda akan tetap berasa dekat. Boleh hubungi mereka bila-bila masa yang anda inginkan.
Pelan ini menyediakan data dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu, pelan ini turut menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi kepada penggunanya. Jangan risau, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja sebulan dan menariknya, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan ke pelan ini.
Jika anda pernah disenarai hitam, jangan bimbang. Gunakan pelan ini dengan tenang. Apalagi dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan. Di kawasan pedalaman pun boleh dapat line!
Dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), redONE sentiasa memberikan kemudahan terbaik kepada para pelanggannya. Dengan itu, mereka boleh terus berhubung di media sosial dengan mereka yang jauh di mata, tapi dekat di hati.
Jika berminat untuk melanggan pelan Postpaid Hybrid50U, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...