Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

Sudah 48 hari berlalu, tragedi serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand tetap memberi kesan emosi yang mendalam.

Kejamnya pengganas, yang mahu menggugat keimanan umat Islam, tidak sedikit pun terkesan di bumi New Zealand. Ukhuwahnya makin utuh, makin erat. Baik di kalangan penduduk yang beragama Islam, mahupun non Muslim, mereka saling bersatu hati.

Kesempatan menjejakkan kaki ke bumi Chistchurch, dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Antaranya ziarah mangsa serangan, Nazril Hisham Omar antara yang dihempap timbunan mayat-mayat mangsa lain di dalam masjid.

Dan menyaksikan, merasai besarnya jiwa umat Islam di Christchurch ini.

 

Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

Catatan Mufti Wilayah Persekutuan : Sejenak Di Christchurch

Hati mula disinggah rasa hiba sebaik kaki melangkah keluar daripada Chrischurch International Airport. Suhu yang mencapai 16°c sedikit pun tidak terasa dek membuak-buak perasaan ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian berdarah di Christchurch.

Destinasi pertama kami adalah rumah En. Nazril yang tidak jauh daripada lapangan terbang. Sebaik sampai, Puan Zurinawati menyambut kami di muka pintu. Masuk ke bahagian dalam rumah, kelihatan En. Nazril sedang menunggu kami di atas kerusi roda dengan senyuman yang terukir.

 

Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

IKLAN

Suara Jemaah Sebut “Allah.. Allah..”

Masa yang terluang, kami penuhi dengan perbualan seputar tragedi berkenaan. Alhamdulillah, kelihatannya beliau sudah hampir pulih sepenuhnya daripada trauma berkenaan. Sesekali bergenang air mata di kelopak mata kami apabila En. Nazril menceritakan situasi semasa berlakunya tembakan tersebut.

Mayat bergelimpangan di mana-mana.

Masih terngiang-ngiang di telinga seorang jemaah yang menyebut “Allah…Allah…” sehinggalah nyawa di hujung tenggorok dan akhirnya kematian pun menjemput. Terlalu pedih untuk digambarkan.

Pertemuan diakhiri dengan sedikit penyampaian sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada En. Nazril dan Puan Zurinawati sekeluarga. Kami mendoakan beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Teruskan memberi sokongan moral dan motivasi buat mereka kerana itulah sumber kekuatan bagi mangsa-mangsa ini.

 

IKLAN

Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

 

Pintu Utama Masjid Al Noor Dan Salam ‘Hello Brother’

Deretan jambangan bunga menyambut kehadiran kami di Masjid al-Noor. Hati tetap berdebar-debar walaupun kejadian berkenaan sudah berlalu sekian lamanya. Langkahan awal ke dalam masjid membuatkan kami terkesima.

Lihatlah apa yang tertulis di papan putih itu. Subhanallah, besarnya jiwa umat Islam di sini!⁣⁣
⁣⁣
Pintu utamanya mengingatkan kami kepada seorang tua yang menyambut pengganas berkenaan dengan ucapan “Hello Brother” sebelum ditembak tanpa belas kasihan. Begitulah keindahan Islam yang meraikan sesiapa sahaja, meletakkan toleransi dan sangka baik, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.⁣⁣
⁣⁣
Usai menunaikan solat jamak dan qasar, kami mengambil kesempatan berbual dengan beberapa warganegara Malaysia yang tinggal berhampiran dengan masjid. Mereka menunjukkan kawasan timbunan mangsa tembakan di beberapa sudut masjid. ⁣⁣

 

Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

IKLAN

Kuasa Allah, Pengganas Tak Jumpa Bahagian Solat Muslimah

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, jemaah Muslimah terselamat kerana pengganas berkenaan tidak menjumpai bahagian solat Muslimah. Begitu juga imam terselamat kerana beliau bersembunyi di belakang mimbar. ⁣⁣
⁣⁣
Masjid al-Noor kini dalam proses pembaikan semula. Dinding sudah dicat semula bagi menghilangkan kesan darah yang berhamburan. Karpet dalam proses untuk ditukar.

Terselit rasa bangga apabila ada juga beberapa risalah dakwah yang dikeluarkan oleh IPSI Malaysia ditempatkan di sini. Tahniah Tuan Haji Kamaruddin!⁣⁣

 

Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok

Serangan Dah Lama Berlalu, Polis New Zealand Tetap Berkawal 24 Jam

Sebelum pulang, kami sempat berbual dengan seorang Muslim berbangsa Maori bernama Muhammad yang hadir untuk solat. Raut wajahnya tegas, tubuhnya sudah pasti sebagaimana umum bangsa Maori yang terkenal dengan kegagahan dan postur fizikal yang sasa.

Namun, kelebihan beliau sudah pasti pada iman yang tersemat di dada. Itulah keindahan Islam, agamaku. Semua sama di sisi-Nya kecuali iman dan taqwa yang membezakan. ⁣⁣
⁣⁣
Tidak lupa kepada anggota polis New Zealand yang sentiasa berkawal 24 jam di hadapan Masjid al-Noor. Walaupun keduanya bukan Muslim, semangat perpaduan yang ditunjukkan amat mengharukan. Kami menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada Bilal Israfil selaku Jawatankuasa Masjid al-Noor⁣
⁣⁣
Ketabahan dan kekuatan jiwa mangsa-mangsa ini amat wajar kita contohi dalam melayari bahtera kehidupan ini.

 

 

Sumber/Foto : Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI