Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
IKLAN
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
IKLAN
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
IKLAN
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Gembiranya pasangan suami isteri ini apabila menerima kehadiran bayi perempuan dari kumpulan embrio yang disenyawakan pada masa sama dengan anak lelaki mereka melalui kaedah IVF tetapi dilahirkan terpisah 2 tahun.
Melalui artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail, Karen, 33, dan James Marks, 35, menerima kelahiran anak pertama mereka, Cameron, dua tahun lalu. Kanak-kanak lelaki ini dilahirkan pada 1 September 2018.
Mereka menyimpan embrio yang boleh dibekukan sehingga dapat menambah keluarga mereka di kemudian hari. Dua tahun kemudian, Isabella dilahirkan.
Isabella dilahirkan pada bulan 15 September 2020. Kedua adik-beradik ini dianggap ‘kembar’ kerana mereka disenyawakan pada hari sama melalui kaedah IVF dari kumpulan embrio yang sama.
Karen berkata,“Kami gembira dapat memiliki anak lelaki dan perempuan. Memiliki bayi yang sihat pasti hebat. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
“Ada harinya saya berfikir setelah bertahun-tahun mencuba, saya semestinya sedang bermimpi. Saya bukan hanya mempunyai seorang anak tetapi dua anak yang cantik.
“Kami mempunyai seorang anak lelaki yang hebat, tetapi saya tidak pernah mahu dia menjadi anak tunggal.
“Cameron benar-benar menyayangi adik perempuannya. Dia bangga menjadi seorang abang dan selalu meminta pelukan.”
Masih Ada Lagi 2 Embrio Beku
Karen diberi dana untuk satu kitaran IVF di NHS pada tahun 2017 di Bristol Center for Reproductive Medicine.
Isabella Grace dilahirkan di Musgrove Park Hospital, Taunton, dengan berat 7lb 4.5oz, dan Karen mengatakan bahawa dia tidak pernah teragak-agak untuk memberitahu orang ramai bahawa anaknya adalah bayi IVF.
Perjalanan Karen dan James mungkin tidak berakhir dengan Isabella kerana mereka mempunyai dua embrio beku yang masih ada di BCRM.
Karen berkata, “Mudah-mudahan kami mempunyai lebih banyak anak. Saya selalu mahukan empat orang anak.”
Pasangan itu, yang berkahwin pada tahun 2014, bimbang mereka mungkin tidak akan mempunyai anak sendiri setelah Karen gagal hamil dan didiagnosis dengan masalah kesuburan.
Karen berkata, “Kami berusaha selama setahun untuk hamil secara semula jadi dan tidak ada yang berlaku, jadi kami pergi ke GP dan kami menjalani beberapa ujian.
“Tidak ada penyebab khusus, saya tidak ovulasi secara berkala jadi itu perkara utama, tetapi selain itu tidak ada penyebabnya – kami tidak mempunyai masalah.”
Karen menambah, “Kami memiliki lima embrio. Kami kehilangan satu – saya keguguran tahun lalu. Kami mempunyai anak kembar. Saya akan mencuba dan mempunyai dua yang lain. Saya berharap mereka boleh menjadi kembar empat.
“Rasanya sangat ‘gila’ kerana mempunyai anak kembar yang lahir beza dua tahun. Pelik – banyak orang mengatakan bahawa mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah kembar. Ini gila.”
Ibu kepada dua anak itu mengatakan bahawa bayi-bayi itu ‘tidak kembar seiras ‘ disebabkan embrio Isabella berpecah. Jika tidak mungkin Isabella boleh menjadi kembar seiras.
Karen berkata, ” Ketidaksuburan tidak pernah meninggalkan anda. Pengumuman kehamilan masih boleh menyakitkan, terutamanya apabila seseorang itu mudah hamil.
“Sekiranya anda telah menghabiskan semua pilihan lain,maka teruskan dan dapatkannya. IVF bagus. Jangan menangguhkannya atau mengelakkannya. Ini adalah rawatan kesuburan yang paling mungkin berhasil, dan ia berlaku untuk kami.”
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama, Elfira Kongsi Ilmu Manfaat Buat Wanita. Pelakon yang juga ibu kepada dua anak, Elfira Loy baru-baru ini melakukan ibadah umrah dengan membawa dua orang anaknya.
Meninjau di akaun Instagram Elfira sering berkongsi tip sepanjang menunaikan umrah. Terbaru Elfira berkongsi tentang dirinya yang tiba-tiba uzur ketika dalam perjalanan menaiki tren dari Madinah ke Mekah.
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama
Ternyata perkongsian ilmu dari pengalaman Elfira ini sangat berguna buat golongan wanita di luar sana.
Jika ada yang mengalami perkara yang sama ketika mengerjakan umrah bolehlah praktikkan nasihat dari Elfira ini.
“i nak sambung cerita , kisah umrah i haritu.
“Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah , dekat train station.
“El tetiba uzur , tak boleh nak buat umrah yang pertama.
“Sedih sangat waktu. Tapi walaupun uzur , el still kena niat buat umrah dekat Miqat pertama dalam train sebab el dari Madinah .
“El cuma perlu berihram dan jaga pantang larang je sampailah boleh.
Berjaya Sempurnakan Umrah
“Alhamdulillah , masa last day tu , el dapat juga completekan my umrahh pukul 10mlm-12 lepastu , 2am terus buat tawaf wada. Pukul 4am terus get ready to go to the airport.
“Tu yang terus rasa nak demam tu.
“Tapi sekiranya el tak boleh.
“El just kena bertahlul ( gunting sikit rambut ) , lepastu takyah buat tawaf wada. Haa mcmtulah untuk yang uzur,”
Banyak Cabarannya
Menerusi perkongsian sebelum ini Elfira turut berkongsi tip menunaikan umrah dengan membawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
“Kena banyak bersabar & reda”
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Gementar Bawa Dua Anak
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
Kisahnya, dua pegawai polis dari Jabatan Siasatan Semasa dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor sedang membuat rondaan OP COVID 19. Sebaik sampai di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, mereka menemukan tiga beranak ini sedang berada di taman permainan.
Mereka pun mendekati pasangan suami isteri yang ketika itu bersama anak kecilnya, kira-kira umur setahun 4 bulan. Pegawai polis itu memberikan nasihat kepada mereka, pada waktu ini sepatutnya mereka tak berada di situ.
Sebaliknya, duduk di rumah. Kerana ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan. Demi mengekang penularan wabak jangkitan Covid-19 kepada orang ramai.
Isteri Menangis Tak Ada Duit Beli Makanan
Pegawai polis itu pun, mengarahkan pasangan ini pulang ke rumah mereka. Tapi tidak semena-mena, si isteri ini menangis kesedihan. Katanya, ketika itu mereka dalam kesusahan. Tiada wang ringgit malah tak ada pun bekalan makanan di rumahnya.
Tersentuh hati dengan kesusahan yang sedang dialami tiga beranak ini, kedua pegawai polis berkenaan telah membawa mereka ke kedai runcit. Dapatlah pasangan ini membeli barang keperluan dapur bagi kegunaan sepanjang PKP ini.
Bukan saja bantuan barang dapur, pegawai polis ini juga memberikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan itu.
Kerana, disebabkan ketiadaan wang tadi, mak ayah ini cuma mampu berikan anak kecil mereka minum milo bercampur gula saja. Sebak hati mendengarnya.
Tiga Beranak Cuma Sewa Bilik – Polis Johor
Kemudian, pegawai polis ini menghantar mereka sehingga tiba di kediaman mereka di Taman Tampoi Indah. Mereka cuma menyewa bilik sahaja.
Pasangan yang diuji ini menjadi semakin sukar selepas PKP. Apabila si suami telah diberhentikan kerja sambilannya di Singapura kerana ketiadaan permit kerja. Manakala, isterinya pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Unsung hero yang membantu pasangan suami isteri ini adalah Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang baik hatinya.
‘Terima kasih’.. Sungguh, jasa dan kebaikan tuan Allah saja dapat membalasnya.
Dan menerusi perkongsian menyentuh hati dari Facebook rasmi Polis Johor ini, mereka mengharapkan agar pasangan keluarga ini terus diberikan bantuan.
Begitulah mak ayah, ujian kita tidak sama. Ada pasangan yang sangat diuji dengan kesusahan dan ketiadaan makanan sewaktu PKP ini, dan Allah kirimkan bantuan dengan cara yang tidak disangka-sangka.
MW :Janganlah terus putus harap, berdoalah terus mak ayah. Semoga Malaysia kembali aman, segera dijauhkan dari wabak Covid-19 dan rakyat dapat kembali bekerja seperti sebelumnya. Allahumma Amin.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...