Perbuatan keji bapa tiri terbalas, berdepan hukuman penjara maksimum 830 tahun atas 32 tuduhan jenayah seksual.
Pasti ramai masih meningati rayuan seorang ibu, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, yang meminta anak perempuannya Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Maju di sini sejak 17 Mac lalu agar pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Perbuatan Keji Bapa Tiri Terbalas
Di sebalik kes yang mendapat liputan media ini kerana membantu mencari anak perempuannya, ia membongkar satu sisi lain selepas anaknya ditemui di mana dirinya menjadi mangsa jenayah seksual bapa tiri dan hal ini diketahui oleh ibunya.
Nauzubillahminzalik. Semalam, di mahkamah Seksyen, lelaki yang menghadapi pertuduhan jenayah seksual ini telah dihadapkan di mahkamah atas perbuatan jeliknya dan segalanya terbalas di sini.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan menggunakan objek bagi tujuan seksual terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta lengkap hukuman.
Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 830 Tahun Atas 32 Tuduhan Jenayah Seksual
Tertuduh yang berdepan hukuman sebatan serta penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan tidak dibenarkan diikat jamin bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadirannnya di mahkamah.
Dalam kedua-dua prosiding, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Ads
Tertuduh turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 lalu di sebuah rumah di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari.
Sepanjang prosiding, tertuduh yang berambut panjang hanya tunduk dan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan serta tidak mengemukakan sebarang rayuan hukuman ringan.
Dalam pada itu Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.
Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Ads
Bagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar Harian pada 9 April lalu menyiarkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.
Pasangan itu ditahan polis setiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu.
Ibu mangsa yang merupakan isteri suspek turut ditahan kerana dipercayai mengetahui perbuatan suaminya.
Belanjawan 2021 sudah pun selesai dibentangkan kira-kira jam 6.30 petang tadi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggalas amanat menyampaikan amanat belanjawan yang disifatkan paling penting dan mencabar dalam sejarah.
Ekoran penularan Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat dan ekonomi negara.
Di sebalik melaksanakan amanat tersebut, penampilan Tengku Zafrul menarik perhatian umum. Hari ini beliau segak mengenakan baju Melayu lengkap bersamping.
Di tangannya terselit beg sampul berwarna kelabu berisi teks ucapan Belanjawan 2021. Memecahkan tradisi kebiasaan yang mana selalu teks belanjawan di bawa dalam beg bimbit berwarna hitam.
Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 itu dibawa dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.
Tengku Zafrul Mulakan Perjalanan Dengan Iringan Doa
Bagi mendapatkan keberkatan, perjalanan beliau dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah.
Malah, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon sama segak berbaju melayu.
Belanjawan 2021 ini pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.
Tengku Zafrul bahagia disamping keluarga.
Sementara di instagramnya, bapa kepada empat orang anak ini memohon agar tugasannya membentangkan belanjawan buat kali pertama ini dipermudahkan.
Minta tenangkan ibu, Imam Muda Asyraf kongsi pesanan terakhir PU Rahmat – “Kalau kita tak jumpa..jumpa di syurga.” Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf, mendedahkan beberapa pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh rakan pendakwahnya, PU Rahmat Ikhsan, yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Minta Tenangkan Ibu, Imam Muda Asyraf Kongsi Pesanan Terakhir PU Rahmat – “Kalau Kita Tak Jumpa..Jumpa Di Syurga”
Dalam temu bual bersama Bernama Radio, beliau berkata PU Rahmat sempat menitipkan pesan agar rakan-rakannya menenangkan hati ibunya serta menyampaikan perkara-perkara baik mengenai perjalanan misi tersebut.
MINTA TENANGKAN IBUNYA, BERI KHABAR GEMBIRA BUKAN KHABAR KETAKUTAN
“Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan. Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku,” kata Imam Muda Asyraf.
Selain itu, beliau turut menceritakan detik terakhir PU Rahmat sebelum ditahan pihak berkuasa Israel pada awal pagi Khamis.
“Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa… kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga,” ujarnya.
HIMPUNAN SOLIDARITI
Imam Muda Asyraf antara yang hadir dalam himpunan solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Khamis tengah hari, sebagai bantahan terhadap tindakan Israel menyekat pelayaran flotila kemanusiaan itu.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa penahanan yang dilakukan rejim Zionis adalah tidak sah serta menuntut pembebasan segera semua peserta flotila. Mereka juga menekankan supaya sukarelawan dilayan dengan penuh hormat mengikut prinsip undang-undang antarabangsa.
Jenazah dua beradik lemas Sungai Linggi selamat dikebumikan, bapa lihat dari dalam kereta, tiada waris datang. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan ketika jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu disemadikan.
Jenazah Dua Beradik Lemas Sungai Linggi Selamat Dikebumikan, Bapa Lihat Dari Dalam Kereta, Tiada Waris Datang
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana kira-kira jam 5.30 petang.
Bapa kepada kanak-kanak itu yang kini dalam tahanan reman turut dibawa ke lokasi pengebumian oleh pihak polis. Bagaimanapun, dia hanya berada di dalam kereta dan kemudian dibawa pergi sejurus selesai upacara pengebumian. Difahamkan, sebelum itu lelaki berusia 46 tahun berkenaan sempat dibawa ke hospital untuk menatap wajah anak-anaknya buat kali terakhir.
@sinarharianonlineJenazah 2 beradik lemas selamat dikebumikan Suasana pilu menyelubungi pengebumian dua beradik yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu. Jenazah kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia enam dan lapan tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di Port Dickson sekitar jam 5.30 petang. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #60saat #Duaberadiklemas #PD
Tiada ahli keluarga lain dilihat hadir ketika pengkebumian berlangsung. Sebaliknya, urusan dijalankan dengan kehadiran penduduk setempat, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta pihak polis. Antara yang turut berada di lokasi ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, dan timbalannya, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib.
Tragedi yang berlaku pada 4 September itu menyayat hati apabila kereta yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita terjatuh ke dalam sungai. Ketika kejadian, kenderaan terbabit diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan, sementara bapa mereka keluar sebentar untuk merokok.
Wanita berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan, namun kedua-dua beradik tersebut gagal dikeluarkan dalam keadaan hidup. Susulan insiden itu, bapa mangsa bersama teman wanitanya kini ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.