Sos Prego Cabonara cendawan diarah tarik dari pasaran serta merta, dikesan rosak walau tarikh luput 17 Ogos 2023.

Sebentar tadi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri  Dato Seri’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim cabonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia  kerana terdapat tandsa-tanda kerosakan seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

KKM melalui Bahgian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima  notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M)  Sdn Bhd yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Makan Tiram Mentah Bukan Sebab ‘Kebal’ Tapi Risiko Keracunan Makanan, Lagi Bahaya!

Selepas 10 Hari Keracunan Puding Buih, Wanita 25 Tahun Meninggal Disebabkan Kegagalan Multiorgan

IKLAN

Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk  terlibat di pasaran secara sukarela.

Pihak yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Cabonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22.18 hingga 23.20.

Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

IKLAN

Sos Prego Cabonara Cendawan Diarah Tarik Daripada Pasaran Serta Merta, Tarikh Luput 17 Ogos 2023

Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat denan serta merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

IKLAN

Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prhatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI